Saturday, January 26, 2013

Cinta atau Cita-Cita?

Assalamualaikum pembuka bicara. Hope readers fine and sejahtera. Kedatangan saya kali ni membawa sebuah cereka. Sekadar Luahan Rasa Dengan Kata.




Hai readers :D
Sudah terlalu lama rasanya saya meninggalkan blog ni. Sampai dah tak kenal dengan blog sendiri. Mana tidaknya, terlalu lama ditinggalkan, blog ni pun dah berhabuk, berdebu dan bersawang setebal 10inci. Haha *tipu je*
Hurwm~ Tapi pada malam ni, saya tiba-tiba terasa nak menulis pula. Bukanlah menulis tentang benda berat ke apa, cuma nak meluahkan pendapat tentang perkara ni. Perkara apa tu kan?
Perkaranya adalah Cinta dan Cita-Cita :)


Apa itu cinta? Dan apa pula itu cita-cita?
Pada pendapat saya, cinta itu adalah suatu perasaan yang lahir dari dalam diri seseorang apabila kita jatuh hati atau menyukai jantina yang berlawanan dengan diri kita. Cita-cita pula bermaksud impian atau kerjaya yang diimpikan oleh seseorang di masa depan setelah tamat belajar.

Kebanyakan individu masa kini mempunyai atau pernah terlibat dalam percintaan sejak di alam sekolah menengah lagi. Itu sudah menjadi lumrah manusia kerana pada masa remaja itulah seseorang itu hendak atau mahu mencuba sesuatu perkara yang baru. Sekurang-kurangnya sekali ketika remaja pasti seseorang itu terlibat atau dalam istilah masa kini 'couple' dengan seseorang. Kalau tidak, pasti ada menyukai seseorang.

Bagi seorang pelajar atau murid, apabila hati dicuit dengan perasaan sebegini, pasti dunianya sedikit sebanyak dirasakan akan berubah. Bak kata orang, 'mandi tak basah', 'makan tak kenyang', dan 'tidur tak lena'. Orang yang tengah angau la senang kata. Namun, persoalannya sekarang, TIDAKKAH CINTA ITU AKAN MENGGANGGU KOSENTRASI SESEORANG DALAM MENCAPAI CITA-CITANYA? Mampukah individu tersebut kekal fokus dalam pelajaran demi cita-citanya? Maka, apakah cinta yang bakal dipilih atau cita-cita itu bakal terkubur hanya kerana perasaan cinta?

Ada satu page di laman Facebook yang tidak saya ingat apa nama page itu bertanyakan satu soalan kepada para penggunanya. Soalannya adalah : Kalau korang, korang akan pilih cinta atau cita-cita? Apa sebabnya atas pilihan korang tu?
Kebanyakan pengguna telah memilih cita-cita. Namun, ada juga yang telah memilih cinta dan terdapat juga yang memilih kedua-duanya sekali. Terdapat satu komen yang menarik perhatian saya "Jangan memilih cinta kerana nanti akan sengsara".
Betul ke pendapat orang tu? Tidak dinafikan, jika mengikut logik akal pasti ramai akan memilih cita-cita. Tapi pada realitinya, berapa ramai yang betul-betul akan memilih cita-cita?
Mulut kata 'Mestilah pilih cita-cita. Cita-cita lagi penting!' Namun, hakikatnya ramai yang pasti memilih cinta berbanding cita-cita.

Kenapa saya berani berkata demikian? Jawapannya mudah sekali. Semuanya ada di depan mata kita. Cuba para pembaca fikir. Kalau tidak kerana cinta, kenapa masalah sosial semakin berleluasa di negara kita. Ya, pasti para pembaca akan berkata, 'takkan sebab cinta? Mungkin ada sebab lain'. Pada saya, cinta merupakan salah satu sebab mengapa berlakunya masalah sosial hari ini. Kes-kes pembuangan bayi merupakan salah satu buktinya. Pembuangan bayi sudah tentu berlaku akibat hubungan haram antara lelaki dan perempuan bukan? Kalau tidak kerana cinta, adakah perkara itu akan berlaku? Sudah tentu tidak!

Masalah sosial pasti tidak akan berlaku jika setiap individu mampu menetapkan keputusan dalam memilih cita-cita berbanding cinta. Semuanya terpulang pada diri individu tersebut. Kita perlu ingat, hidup kita di dunia ibarat seorang perantau. Menjadi tanggungjawab kita untuk belajar bukannya mencari cinta. Cinta itu pasti akan hadir sendirinya kerana setiap insan telah ditetapkan jodohnya sebelum dilahirkan lagi. Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita, In Shaa Allah cinta itu akan datang dengan sendirinya :)

Akhir kata dari saya, semua makhluk perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing di dunia ini. Mungkin kerana kurangnya kasih sayang dari keluarga dan tiada kawan membuatkan kita rasa sunyi dan kita hanya berfikir untuk seronok je. Namun, kita perlu ingat kita masih ada Allah tatkala kita merasakan semua orang seolah-olah tiada di sisi kita. Justeru, saya tegaskan, pilihlah cita-cita berbanding cinta. Fokuslah dalam pelajaran demi cita. Kelak, cinta itu akan hadir dengan sendirinya :')



Sekian warkah sayang dari saya pada malam ini. Assalamualaikum dan selamat malam.
Jaga mata, jaga hati dan jaga Iman. In Shaa Allah kita pasti akan dilindungi oleh Allah. Mudah-mudahan. Amin :)