Tuesday, October 29, 2013

Menuju Penamat :')

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Semoga pembaca daku sihat semuanya. Setelah sekian lama saya menyepi seketika, hari ini saya datang membawa sebuah cerita. Sekadar sebuah Luahan Rasa Dengan Kata. Kalau sudi, jemputlah baca. Kalau tak sudi, tidak mengapa :)


Apa khabar pembaca? Semoga sihat walafiat hendaknya. Maaf kerana meninggalkan blog ni sampai berdebu dan bersawang tebal 10 inchi *tipu lebih* hahah.. Al maklumlah, tuan punya blog ni sibuk berhempas pulas untuk SPM yang tinggal lagi 7 hari dari sekarang. Hurwm *doakan saya berjaya ye*
Apa-apa pun, tujuan saya datang ke blog ni sekadar untuk menulis atau dalam erti kata lain merehatkan minda seketika sebelum kembali ke dunia pembelajaran.

Tangan ini merayu-rayu minta menari di papan kekunci. Nak sedapkan hati, saya turutkan saja. Mana tahu ini kali terakhir saya dapat berbuat demikian? Ajal maut tiada siapa yang tahu bukan? Hurwm :')
Maka, warkah kali ini saya hendak mengenalkan beberapa watak yang telah memainkan banyak peranan dalam hidup saya. So, here goes nothing :)


Inilah intan,
Inilah permata.
Mereka yang pertama di sisi,
Di saat aku perlu teman bicara.

Saya percaya sesiapa yang mengikuti setiap penulisan saya pasti tahu siapa mereka dalam hidup saya. Betapa pentingnya mereka sepanjang 3 dari 5 tahun saya di SMKTK. Seolah-olah tak percaya kita akan berpisah jua. Betul la kata orang, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. To both of you, you know who you are to me. Untuk adek, semoga kita sama-sama berjaya ke menara gading. Untuk 'mak', memori bersamamu tidak akan dilupakan. Setiap pertolongan kalian hanya Allah yang dapat membalasnya. Semoga ukhuwah yang telah terjalin tidak akan putus di tengah jalan.


Inilah bos.
Inilah kawan.
Inilah adik.
Walau berbeza umur (setahun je pun) tapi dia tahu banyak benda tentang diriku.
And that makes her so special in my life.
Knowing her had been one of the sweetest memory in SMKTK.

Nama diberi Ainaa. But I call her Cik Puan atau Bos. Hahaha...
Setiap pagi kalau jumpa dia mesti bagi tabik spring sambil ucap "Selamat Pagi Bos"
And that always made me laugh every morning at school :D
Dia budak form 4. Muda setahun la kiranya. Tapi kadang-kadang rasa sikap dia lebih matang dari aku. Mungkin ada yang akan pelik kenapa atau apa pentingnya dia dalam hidup saya kan? Senang je jawapannya, sebab dia ada di samping aku di saat aku susah dan senang (that includes her sister, Amira). Dan yang paling penting, dia ada di samping aku masa aku menangis teruk kat sekolah sebab satu kes baru-baru ni. Itu tak dikira rahsia gelapku yang dia tahu. Mana tak, kawan baik aku sendiri tak tahu apa rahsia aku tu tapi dia mendapat keistimewaan untuk tahu rahsia tu termasuk 'adek' dan 'mak'. Untuk Ainaa, jangan lupakan saya ye bos. Tahun depan, In Shaa Allah akak akan bantu Aina untuk SPM Aina pula.

SPM is just around the corner. And school is about to end for me. Segalanya semakin menuju ke penamat. Detik untuk 5 tahun di SMKTK berakhir semakin dekat. Ya Allah, seperti mimpi semua ini *tampar pipi tak percaya*
Kepada semua kawan-kawan, semoga ukhuwah kita tidak akan terputus di tengah jalan. Jangan dilupa segala memori yang telah terbina. Jangan dibuang seolah tak bermakna sahaja. Kutiplah ia, simpanlah ia dan sematkan segala memori yang telah tercipta di hati dan ingatan selamanya. Kerana apabila kita menginjak dewasa kelak, kenangan itulah yang akan kita ingat semula. Semoga kita semua berjaya menggapai cita-cita yang dikehendaki dan semoga kita bertemu lagi di lain hari :')

Siapa sangka masanya hampir tiba,
Untuk kami melangkah pergi.
Di SMK Taman Kosas memori tercipta,
Semuanya akan disemat di hati.

The time has come for me to leave,
And all the memory I shall keep.
From the depth of my heart I weep,
The tears of happiness is what it lead.

Sampai di sini coretan terakhirku sebelum aku akan menuju ke medan perang. Kepada cikgu-cikgu, halalkan semua ilmu yang cikgu dan bagi dan saya minta maaf andai anda salah dan silap dari tutur kata mahupun tindak-tanduk saya.
Kepada kawan-kawan, maaf andai ada salah dan silap. Halakan segala perkongsian ilmu antara kita. Semoga kita berjaya semuanya. Amin :)

p/s: Semoga majlis izin ilmu esok berjalan dengan lancarnya.

Akhir bicara, jaga mata, jaga hati dan jaga iman. Fihifzillah buat semua. Semoga kita bertemu di coretan seterusnya. Assaamualaikum dan Selamat Malam :)