Powered By Blogger

Tuesday, November 29, 2011

Selesai Akhirnya !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .
Semoga pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera . Post ini bukan apa - apa , sekadar
Luahan Rasa Dengan Kata !



HEHE
Tiba - tiba sahaja terpampang gambar DONE ya ? HUHU ^^
Bukan selesai apa - apa , cuma saya gembira dan bersyukur kerana Kenduri Doa Selamat semalam dan Ujian Kelayakan Kemasukan ke MRSM pada hari ini telah selesai .
Gembira bukan kepalang apabila kedua - dua perkara yang penting pada minggu ini telah selesai .

Alhamdulillah , syukur ke hadrat Illahi Kenduri semalam berjalan dengan lancar walaupun hujan lebat . Tak mengapalah hujan . Hujan itu rahmat . Janji majlis berjalan dengan lancar . Kenduri Doa Selamat itu mak ayah saya buat sebab adik - adik saya berKHATAN ! . HUHU
Adik saya yang berumur 11 tahun dan 8 tahun di Khatankan sekali . Lepas itu , Kenduri tu juga sempena awal Muharam ( Birthday saya dalam Islam ) dan semenjak kami sekeluarga duduk di rumah ini , kami tidak pernah buat sebarang kenduri kesyukuran sebab telah berpindah !


So , the first event this week is DONE . A tick in my diary :D
Lets' move on to the next event which is today's event . HUHU
So , event pada hari ini pula Ujian Kelayakan Kemasukan ke MRSM . Well , saya sebagai calon PMR 2011 mesti ada hasrat untuk ke mana - mana sekolah berasrama . Jadi , saya telah memohon ke Sekolah Berasrama Penuh Kuala Selangor dan juga Maktab Rendah Sains Mara Alor Gajah . Untuk SBP , tiada ujian yang perlu diambil tetapi bagi MRSM , pemohon perlu mengambil Ujian Kelayakan . 



Ujian tersebut terdiri daripada 3 kertas . Kertas matematik , sains dan juga keperibadian .
Okay , soalan Matematik dia telah membuat saya terkedu , terpempan dan segala yang buat saya terdiam tak tahu nak bereaksi bagaimana . Soalan dia sangat - sangat - sangatlah susah . Saya dapat jawab 20 lebih sahaja daripada 40 soalan . Itu pun belum pasti semua yang berjaya dijawab itu betul . Lepas itu , masa untuk ujian Matematik pun tamat . Nak tahu apa pengawas tu cakap pada semua pemohon di dalam lab itu ?
*lupa nak bagitahu , saya salah masuk makmal rupanya . buat malu sahaja*

Pengawas : Okay . Saya bagi anda 1-2 minit kepada sesiapa yang belum siap lagi untuk tembak soalan bagi habis dan tekan butang SELESAI !
Ceh , pengawas pun suruh kami tembak ya . (Y)


Okay , habis je ujian matematik , pengawas tu bagi kami keluar . Then , saya duduk kejap dan minum air dulu . Nak makan , selera saya telah direntap oleh ujian matematik yang susah gila tu . Then , saya keluar juga sebab ingat nak pergi tandas dan nangis sendirian *okay tipu* . HEHE
Saya keluar sebab saya perlu call somebody . I need to talk to somebody . So , saya pilih untuk call Cikgu Haizan tapi Cikgu tak angkat phone . Jadi , saya call kawan baik saya iaitu Nurhidayah !


Okay , since I need somebody to talk to , saya terus buka call log kat handphone saya dan terus ternampak nama Cikgu Haizan . Hurwm , apalagi , terus call la sebab dah tak tahan stress ujian matematik tu . Tapi sakit hati pula yang datang sebab Cikgu tak jawab panggilan saya . 
Alhamdulillah dia tak jawab sebab lepas call dia baru saya teringat yang kawan baik saya baru dapat handphone baru . Apalagi , saya terus call dia la . Tapi tak dapat cakap lama . Waktu cakap dengan dia , saya ada nangis sikit . Pergh , kalau sampai nangis tu maknanya saya memang beriya - iya nak masuk MRSM la kan ?!


Lepas cakap dengan kawan , saya terus masuk balik makmal untuk ujian seterusnya . Tak lain tak bukan , paper Sains dan Keperibadian . Sains saya dapat siap dengan cepat sekali . Soalan dia sangat senang dan direct questions . 50 soalan saya siap dalam tempoh 50 minit sahaja . Bermakna pukul 10.50 saya sudah siap menjawab soalan Sains dan terus menyambung soalan Keperibadian pula . Soalan Keperibadian mengambil masa sedikit . Ada 100 soalan yang perlu di jawab dalam tempoh 30 minit . Walaupun saya jawab dengan pantas tetapi saya tetap check semula jawapan saya . Takut ada salah tanda atau nak tukar jawapan .


Soalan - soalan Ujian Keperibadian macam tak logik je rasa . Antara soalan yang ada ialah :
1 . Kereta Nasional mana merupakan pilihan idaman anda .
2 . Apakah ciri - ciri HERO pilihan anda .
Macam - macam lagi sebab ada 100 soalan tapi yang saya ingat dua ini sahaja .
Pelik soalan dia . Apa kena - mengena dengan MRSM pun saya tak tahu .
HAHA . Tapi dah itu soalan yang diberi , saya jawab sahajalah .


Okaylah . Cukup lama dah saya merapu kat post ni . Kasihan pula kepada pembaca saya .
Dah la panjang pastu membosankan pula tu . Tak mengapa , saya sedar diri saya . Saya cuma Insan Biasa yang tiada apa - apa keistimewaan dalam diri . HUHU ^^
Sekian sahaja warkah Insan Biasa . Saya undur diri dahulu . Enjoy lagu kat bawah ni . Banyak kali dengar lagu ni waktu perjalan pergi dan balik daripada KPM Beranang .
Peace (Y) no war everyone :)

Smile and Take Care !


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .
Terima Kasih sebab tak jawab phone call saya .
Exam matematik tadi main tembak sahaja .
Soalan dia , fuhhh ... Orang yang terror pasti boleh jawab punya !
*Saya tak terror* -____-



Entah berapa kali dengar lagu ni .
Saya pun tak pasti . Yang pasti , saya dengar dan layan sahaja .
Since tak tahu nak berbual apa dengan papa dalam kereta !

Wednesday, November 23, 2011

Kebodohan Terserlah ( Y )

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .
Semoga pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera . Post ini bukan apa - apa , sekadar
Luahan Rasa Dengan Kata milik Insan Biasa !



Puan Aida Zaharah binti Isamil .
26 tahun pada tahun ini .
Guru Matematik saya pada tahun 2011 .
Merangkap guru yang rapat ,
serta ambil berat tentang saya :')
Appreciate your love towards me 

Pembaca sekalian sihat ? Harap semua menjaga kesihatan . Iyalah , musim cuti katakan . Semua bosan kat rumah dan asyik makan je . Habis stok makanan kat rumah tu . Hehe , main - main sahaja (Y)
Okay , back to my topic . Sesiapa yang rajin update pasal blog saya mesti kenal Cikgu ni .
Saya pernah masukkan wajah guruku tersayang ni antara orang - orang yang saya sayang .
Well , frankfully saya cakap , Saya Rindu sangat dekat cikgu ni .
Dia akan berpindah jauh ke selatan mengikut suami dia . Pindah ke Johor Bahru :'(

Well , saya nak bercerita tentang kebodohan diri saya dengan sikap dan sifat kasih sayang serta ambil berat yang ditunjukkan oleh Cikgu Aida terhadap saya .
Bila difikirkan balik , lucu pun ada . Kenapalah saya takut dengan dia . Bukan dia nak makan saya pun . Tapi , entahlah . Pandai - pandailah pembaca tafsir cerita saya sendiri .

Well , saya mula kenal dia di saat kelas pertama . Since saya duduk DEPAN SEKALI , sudah terang lagi bersuluh , semestinya cikgu akan nampak saya . Tambahan , saya pengawas . Lagi menyerlah duduk di depan . Pada kelas pertama , sesi Program Maju Diri ( PMD ) akan berjalan dahulu . Semasa sesi Cikgu Aida , kami disuruh mengenalkan diri kami . Antara butir yang perlu dinyatakan sewaktu mengenalkan diri ialah :
Nama Penuh :
Asal dari sekolah mana :
Cita - cita :

Setelah menanti mengikut giliran , tibalah giliran saya untuk mengenalkan diri . Lantas saya berdiri dan mengenalkan diri mengikut butiran yang dikehendaki . Cikgu pula berdiri betul - betul di sebelah saya . Meskipun jantung saya agak berdebar kerana saya seorang yang agak segan apabila perlu bercakap di khalayak ramai , namun saya tabahkan hati kerana berfikiran : Alah , sekejap sahaja ni . Tak perlu takut sangat .
Setelah saya menyebut cita - cita saya , tiba - tiba cikgu menyentuh bahu saya dan berkata :
Ada ciri - ciri nak jadi peguam ni !
Dengan satu kelas pula dia cakap . Padahal , Najwa juga hendak menjadi peguam seperti saya . Sejak detik itu , hati saya sering berdebar apabila waktu kelas dia . Sudahlah ada sekali itu , dia baru lepas ajar bab pertama dan suruh buat latihan tapi saya pening kepala lalu dia suruh saya tidur . Baik kan dia ?

Sejak itu , saya sering takut dan susah untuk fokus semasa dia mengajar . Tangan saya akan jadi sejuk beku tambahan , tudung saya pasti jatuh ke depan . Senang cerita , saya jadi cacing kepanasan dalam kelas . Semua benda jadi serba tak kena . Takut saya dibuatnya padahal dia menunjukkan kasih sayang kepada saya . Yang paling tak tahan , Najwa perasan dan dia sendiri pegang tangan saya dan rasa betapa sejuknya tangan saya pada waktu itu . Selain itu , kawan saya juga pernah berkata pada saya yang cikgu pernah bertanya pada dia : Natassha yang mana satu ? Pelik , kenapa nak tahu saya yang mana satu ? Saya pernah buat apa - apa ke ? Mungkin kenal waktu sama biro untuk Majalah Sekolah 2010 barangkali .

Masa berlalu , hinggalah suatu saat saya perlu keluar kelas . Yai cakap , cikgu banyak bertanya pasal saya . Bukan pasal sekolah tapi pasal diri saya . Antara yang Yai pernah kata dan saya ingat ialah : Mak Natassha kerja apa ? Dia ada berapa adik beradik ?
Hurwm , meskipun soalan itu tak penting , tapi kenapa dia nak ambil tahu pasal saya bukan ?
Itu yang membuat saya makin takut . Sebab dia ambil berat pasal saya . Bukan salah pun kan ? Entah apa hal la saya takut pasal benda yang baik . Bodohnya rasa . Lucu pun ada . Shengal pun ada rasa dalam diri ini .

Tiba suatu saat , saya mendapat khabar atuk saudara saya meninggal dan perlu pulang ke kampung ayah . Tak datang sekolah gamaknya . Dua hari tak sekolah sebab balik kampung . Bila masuk sekolah balik , macam - macam ketinggalan . Saya tanya lah Yai , ada cikgu tanya apa - apa saya tak datang sekolah ? Dia cakap ada . Semua cikgu yang masuk , mesti tanya . Tidak terkecuali Cikgu Aida . Tetapi , soalan Cikgu Aida berbeza dengan soalan cikgu - cikgu lain . Cikgu lain sekadar bertanya kenapa saya tak datang lepastu cakap "ooo"
Tapi Cikgu Aida , dia tanya kenapa tak datang itu memang soalan wajib tetapi soalan kemudian dia iaitu meninggal kat sini ke kat kampung ? O_O
Cikgu lain tak ada tanya pun soalan tu . Tapi dia ? Tanya pula soalan itu ye ?

Satu hari , terbongkar rahsia yang satu agak takut dengan dia . Padahal , naik cuti bulan 6 , saya sudah tidak takut dengan dia . Tapi si Yai ni la , pergi bagitahu saya takut dengan dia . Terus satu hari , dia panggil saya dan cakap : Natassha , kalau ada apa - apa tak faham , terus tanya dengan cikgu tau !
Fuhh . Berderau darah saya tika dan saat tersebut . Elok - elok saya tak takut dengan dia , terus jadi takut pula rasanya . Tapi masa merubah segalanya . Saya makin kurang takut dengan Cikgu . Makin mesra pula adalah .

Masa mampu merubah manusia . Seperti saya , hati saya berubah untuk Cikgu Aida . Takut - takut sayang katakan . Takut - takut pun , saya masih jalankan aktiviti spy kat Cikgu . Cikgu duduk mana , asal mana , nombor telefon cikgu apa dan nombor plate kereta cikgu pun saya dah hafal . Parah sungguh . Takut tapi sayang ? Begitulah hati manusia . Tiada sesiapa mampu faham . Susah untuk diterangkan dari segi saintifik . Minda kita sahaja faham !

Semakin lama , saya makin rapat dengan Cikgu Aida . Sampai cikgu pernah texting dengan saya . Call saya pun pernah . Tapi semua itu berlaku apabila tarikh untuk cuti sekolah makin dekat . Demam rindu dibuatnya saya kepada Cikgu yang diberi nama Aida Zaharah bt Isamil .
Last week masa ambil duit bantuan pelajaran , saya ada berjumpa dengan dia . Pada waktu itulah , tiba - tiba sahaja dia memberitahu saya dia dapat bertukar ke Johor Bahru .
Pergh . Terkejut juga saya kerana saya tidak bertanya langsung soalan itu . Tidak terlintas langsung di kotak fikiran saya untuk bertanya soalan itu . Saya lebih bertanya sama ada cikgu puas hati atau tidak dengan video yang saya ambil atas arahan cikgu tempoh hari .

Hurwm , meski hati pernah takut dengan dia tapi sayang melebihi segalanya . Sayang sekali , saya hanya dapat kenal dia dalam tempoh setahun sahaja . Tapi , dengan kecanggihan yang ada , saya boleh sahaja berhubungan dengan dia melalui telefon . Nombor dia kan sudah saya perolehi . Dan saya perolehi dari dia sendiri . Dia dengan rela bagi :)
Dia juga ada cakap , meskipun cikgu dah pindah , kita masih boleh contact .
Kembang hati dengar . HUHU
Cikgu juga cakap , nanti dah dapat result , jangan lupa bagitahu cikgu .
Sudah semestinya saya akan bagitahu . In fact , saya akan call cikgu secara direct . Tak nak sms . Rindu nak dengar suara Cikgu . Suara gembira cikgu yang bakal mengucapkan Tahniah atas kejayaan saya .

Haish , rasanya post ni dah EXTREMELY panjang . Itulah , rindu dekat Cikgu Aida punya pasal . Sampai dekat pukul 5 pagi juga saya tulis pasal dia . Panjang KILLER bak kata seseorang .
Hurwm , masa semakin berlalu . Setiap detik berharga buat dirku . Sekian sahaja warkah Insan Biasa , sehingga berjumpa di post lain pula . Sudah menjadi sifat manusia yang sering alpa . Itu sebab saya memilih untuk mencatat kenangan yang terjadi dalam hidup saya . Oleh itu , kenangan bersama Cikgu Aida telah dicatat dan bakal ditatap oleh sesiapa sahaja yang membaca blog saya .

Sekian , Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .
Post tentang Cikgu Aida siap akhirnya .
Sepanjang malam bersengkang mata .
Demi Cikgu Aida yang special di raga hatiku sahaja .

Sunday, November 20, 2011

Kisah Lama !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .
Harap pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera . Post ini bukan apa - apa , sekadar
Luahan Rasa Dengan Kata !



Hai semua . Sihat ? Saya sihat . Lama tak update kan ? Entahlah , hati tak ada rasa nak update blog ni . Mungkin kerana dibimbangi perasaan gementar . Gementar sebab ujian kelayakan ke MRSM makin dekat tapi macam tak bersedia sahaja lagi . Bukan apa , papa seolah berharap sangat saya lulus ujian itu dengan jayanya dan dapat masuk ke MRSM meskipun sejak akhir - akhir ini saya seperti berubah fikiran . Berubah fikiran untuk keluar dari SMK Taman Kosas . Keluar dari Selangor ni dan berubah angin ke Melaka pula . Hurwm :/

Anyway , hari ini hati saya terdetik nak update blog . Sebab apa ye ? Well , macam ni ajelah , saya tiba - tiba teringat kisah lama . Kisah setahun lalu di mana saya masih bersama seseorang yang cukup saya sayang . Kenapa tiba - tiba saya ingat kisah lama pula kan ?
Well , semua gara - gara baca novel Cupid Love . HAHA
Pelik kan ? Baca novel pun boleh ingat kat kisah lama . Tapi , saya dengan dia lama sebelum dia buat HAL .

Saya berkenalan dengan dia pada ketika saya masih darjah 6 . Penghujung tahun 2008 merupakan detik perkenalan antara saya dan dia . Kami berkenalan tak lama kemudian mula berhubungan dengan handphone . Satu hari , dia minta couple dengan saya . Pada mulanya saya tak terima tapi melihat kesungguhan dia , saya terima juga pada akhirnya . Bermulalah detik percintaan kami . Kami jarang bertemu kerana masing - masing jenis yang malu - malu katakan . HEHE 
Baguslah kalau malu - malu bukan ? Kami hanya contact melalui hanphone . BerSMS dan call itu perkara biasa . Sampai lewat malam juga kami buat begitu . HUHU
Orang hangat bercinta katakan .

Well , kemudian dia kena berpindah . Pindah jauh pula tu . Dia harus berpindah ke Kedah . Hancur luluh hati saya waktu itu . Tapi saya terima sahaja . Dia juga berjanji akan kerap call saya . Saya terima meskipun hati saya tahu susahnya hubungan jarak jauh ni . Hubungan kami tahan selama dua tahun . Bermaksud sampai saya form 2 .
Well , kami tak sama umur . Sekarang ni dia form 4 . Bermaksud , masa kami kenal , dia 13 tahun = form 1 .

Masa hubungan kami hampir genap form 2 itulah dia mula buat hal . Dia mula marah - marah saya . Kemudian , dia suka minta macam - macam daripada saya . Macam - macam tu tak perlu la tahu , biarlah ia jadi rahsia peribadi saya . Bukanlah dia minta yang bukan - bukan tapi ada sesuatu yang dia minta sehingga saya tak tahan nak layan dah . Akhirnya kami sering bergaduh dan putus semasa saya di penghujung form 2 .

Hancur musnah hati saya masa itu . Tetapi sehancur - hancur hati saya , hari ini saya terkenangkan dia . Hanya selepas membaca novel Cupid Love itu saya terkenangkan dia . Saya sendiri tidak tahu mengapa saya terkenangkan dia . Apakah kerana pujuk rayu dia selepas kami putus ? Entah , atau kerana hubungan kami yang tahan sehingga 2 tahun ?
Saya sendiri tidak pasti .

Well , yang pasti saya rindu kat si dia yang bernama Haf...
Saya tahu saya tak patut begini kerana pada saat ini hati saya sudah dimilik oleh orang lain .
Tapi , hati kalau nak kenang kita tak boleh nak elak walaupun saya dah lama lupakan dia , tetapi kenangan bersama dia tetap tak boleh nak dilupakan bukan ?
Kadang kala , kenangan yang lalu kita perlu ingat agar pisang tidak berbuah dua kali .
Agar saya mampu meneruskan hidup ini dengan menjadikan kisah lalu sebuah pengajaran .

Setelah meluahkan rasa di blog ni , saya rasa saya mampu melupakan dia untuk malam ni . Iyelah , dah tiba - tiba ingat Kisah Lama , mesti susah nak lupa bukan ?
Dulu pun susah nak lupakan , apalagi tiba - tiba ingat dia sekarang .
Hurwm , saya harap lepas dah luah ni , saya mampu biar dia terbang pergi . Bukan apa , lepas putus pun dia masih mencari saya tetapi saya cuma tidak mahu pisang berbuah dua kali . Biar sekali dia patahkan hati saya . Tak sanggup buat kali yang kedua .

Rasanya sudah cukup saya meluahkan rindu pada "Orang Yang Salah" malam ni .
Biarlah dia terbang pergi menjalani haluan sendiri .
Saya dengan hidup saya dan dia dengan hidup dia .
Selamat tinggal buat sekian kalinya .

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera .
Rasa rindu kian tiada .
Dibawa pergi ombak cinta .
Ombak cinta buat kekasih lama .

Tuesday, November 15, 2011

Hatiku Terkenang - Kenang .

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .
Harap pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera . Post ini bukan apa - apa , sekadar
Luahan Rasa Dengan Kata !



Sekian lama saya tak update blog , sampai dah bersawang blog ni kena tinggal . Kasihan blog saya , tuan dia sendiri tak nak jenguk . Akhirnya , hari ni , malam ini , saya telah menemukan semula semangat untuk menulis . Well , bercakap pasal menulis , dah terlalu lama rasanya saya tak pegang pen dan sambung cerpen saya . Tak mengapalah , malam nanti saya sambung cerpen pula .

Pada tarikh 11 November 2011 , sepupu saya telah menamatkan zaman bujangnya bersama lelaki pilihan hatinya . Tapi , post saya kali ini bukanlah pasal dia tetapi tentang sesuatu yang telah mengusik hati saya pada malam tarikh tersebut . Sepupu saya nikah lepas asar tapi saya tak dapat hadir kerana tidak berapa sihat . Pada malamnya , saya berasa sedikit sihat dan menggagahkan diri untuk hadir kerana majlis keluarga , tak elok kalau tak hadir . Nanti , majlis kita , dia pula tak hadir .

Pada malam tu , ada sesi menepung tawar kemudian makan - makan . Sambil makan - makan , keluarga saya yang 'HAPPENING" ni pun sempat karoke . Melihat keluarga saya karoke , hanya membuat saya sedih dan rasa seperti hendak mengalir air mata saya kerana teringatkan kawan baik saya . Tahun lepas , di Pulau Pangkor , saya dan kawan baik saya had a great time karaoke pada malam terakhir kat sana . Kami makan barbeque sambil karoke . OUCH !

Such sweet memories :')
Tapi malangnya , tahun ni tiada PERCUTIAN bersama kawan - kawan .
Dan perkara itulah yang membuat saya semakin terkenang - kenang Pulau Pangkor dan kawan - kawan saya di saat melihat keluarga saya berKAROKE . Keluarga sedang bergembira , tapi saya duduk termenung sambil minum air . Nasib baik tidak tumpah air jernih dari kelopak mata saya , kalau tumpah pada malam tersebut , pasti sudah kena tegur macam - macam daripada keluarga saya yang sememangnya suka menyakat ni . 

Hurwm , saya sedih tiada percutian bersama kawan - kawan . Sudahlah kawan baik saya berkemungkinan akan ke asrama , tapi tiada kenangan bercuti dengan dia . Makin sedihlah saya gamaknya . Saya pun dah tiada mood gara - gara jadi KAUNTER PERTANYAAN pula pada malam ini -_-
Gara - gara khabar angin pasal RM100 keluar pada macam - macam tarikh , saya pula yang ditanya . Hurwm , sabar sahajalah . Tak mengapalah , enjoy video dan lirik lagu yang kawan baik saya nanyi sewaktu di Pulau Pangkor tahun lepas . It might just explain everything . Look for the purple in colour lyrics .

 

Bila , aku sudah tiada .
Simpan semua laguku ,
Jangan ditangis selalu .

Mungkin , itu SEMENTARA .
Bila jumpa pengganti ku ,
Jangan Dilupakan Aku .

Pagi itu , indah seperti biasa .
Tidur yang lena terhenti di sana .
Layap kuyu masih tak terdaya .
Bukalah tingkap mu ,
Curahkan cahaya ....

Siapa yang sangka ,
Bila tiba masa kita 
Untuk Pergi Selamanya ...

Takkan terduga ....
Jika saat ini ,
Tuhan tentukan ,
Akulah orangnyaaa ...

Gelak tawa tangisan yang hiba ,
Kenangan kita masa di dunia .
Alangkah Indahnya jika ,
KITA MAMPU HIDUP SELAMANYA .

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .
Sekian sahaja post dari saya .
Post kali ini tentang rasa ,
Luahan Rasa Dengan Kata :)
Sudi - sudilah baca ~

Monday, November 7, 2011

Setahun Sekali .

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .
Harap pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera . Post ini bukan apa - apa , sekadar
Luahan Rasa Dengan Kata !




Mesti kalian pelik bukan ? Title entry "Setahun Sekali" tapi tiba - tiba gambar pasal tekanan ?
HUHU . Tunggulah saya cerita kepada kalian dahulu , baru kalian faham apa kena - mengena TEKANAN dengan Setahun Sekali tu .   xD


Okey , pada minggu lepas iaitu Rabu , 2 Oktober 2011 merupakan hari ketiga sekolah selepas cuti seminggu . Nak dibuat cerita , adik saya pula demam sebelum itu dan baru baik . Pada hari selasa , hari sebelumnya , saya tidur bilik dia . Tak tahu mengapa saya tiba - tiba nak tidur bilik dia . Pelik .


Kemudian , hari rabu itu saya pergi sekolah seperti biasa tetapi pada pagi itu saya sudah berasa lain macam . Maksud lain macam saya ialah saya rasa mabuk dan pening di sekolah . Saya tahan saja kerana saya lebih sanggup berada di sekolah daripada kebosanan duduk di rumah . Kemudian , saya keluar bersama bonda ( Puan Erni ) , mak angkat saya , Yai dan Qis membeli barang untuk dibuat hamper bagi Majlis Penutup Program Lepasan PMR .


Semasa keluar membeli barang ini baru saya rasa pening kepala saya semakin teruk . Rasa nak pitam pun ada tetapi di tahan sahaja . Kemudian , kami pulang ke sekolah setelah selesai membeli barang . Kawan - kawan yang lain sambung buat hamper tapi saya pergi jumpa Cikgu Aida dan ambil kertas untuk distapler kerana dia minta tolong . Tidak mengapalah , biar saya seorang sahaja yang buat kerja stapler tu dan yang lain buat hamper . Hamper lebih penting .


Buat kerja stapler itu agak memberi tekanan kerana banyak kertas yang perlu distapler dan hanya saya seorang sahaja membuat kerja tersebut . Sedang membuat kerja itu , kepala saya makin tertekan akibatnya pening kepala saya makin teruk dan saya sedar itu tandanya saya akan demam teruk .


Tekaan saya benar kerana apabila bunyi sahaja loceng sekolah , saya terus keluar dan balik rumah nenek kerana tidak larat . Sampai kawan baik saya pun tidak tahu saya sudah balik kerana saya hendak elak hujan *takuthujanmakinlebat*
Sampai di rumah nenek , saya terus tidur . Lebih kurang pukul 4 petang , saya terjaga lalu saya makan roti dan ambil ubat .


Beberapa ketika selepas makan ubat , saya muntah - muntah pula . Apabila sudah begitu jadinya , sahlah bahawa saya tertekan sehingga demam . Saya cuma akan demam Setahun Sekali . Alhamdulillah , demam tahun ni tidak teruk meskipun ubat dah habis tetapi pening kepala masih tidak hilang lagi . Cepatlah pergi wahai demam dan penyakit yang seangkatan datang dengannya . 


Walau apapun , saya bersyukur saya tidak demam teruk seperti waktu saya darjah 3 . Sampai masuk hospital ketika itu . Tidak sanggup rasanya jika kejadian seperti itu berulang lagi . Kalau ada sesiapa yang tidak faham cerita ini , buat - buat faham sudahlah *kejam* xDDD


Pendek Cerita : Setahun sekali menceritakan tentang saya yang hanya demam sampai tak datang sekolah tapi setahun sekali sahaja . Tiap - tiap tahun , pasti akan ada 1 atau 2 hari saya tidak datang sekolah sebab demam . Kalau teruk sangat pun , mesti 3 hari sahaja . HUHU ^^

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .
Thanks readers yang sudi baca .
Post ini sekadar cerita , tentang saya yang demam sekali sekala :D
Peace No War !