Powered By Blogger

Friday, January 27, 2012

Rumahku Syurgaku !

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera .
Khas saya ucapkan buat pembaca saya tidak kira bangsa mahupun agama .
Tujuan saya menulis tidak lain tidak bukan hanya kerana Luahan Rasa Dengan Kata milik Hatiku yang serba sederhana .
Semoga anda enjoy coretan hati saya :)





Kita sering dengar orang berkata "Rumahku Syurgaku" . Bagi saya perkara itu memang betul kerana rumah itu bertujuan untuk melindungi kita dari segala ancaman . Rumah juga untuk kita mengisi waktu bersama keluarga . Tapi saya ada konflik hati berkenaan rumah . Pelik ya ? Kenapa saya berkata begitu ?
Ini kerana bagi saya , rumah yang saya duduk sejak saya bayi hingga umur saya 14 tahun yang paling tepat untuk saya kata sebagai "Rumahku Syurgaku"


Mari saya terang dari mula kenapa saya berkata sebegitu rupa :)
Pada detik 11 November 2010 saya telah berpindah ke rumah baharu . Lebih kurang 20 minit perjalanan kaki dari rumah lama saya atau setakat 5 minit sahaja dengan menaiki kenderaan . Sejak saya bayi , saya duduk di rumah lama itu . Tetapi , suatu saat saya perlu berpindah . Saya akui , rumah baru saya lebih besar dari rumah lama saya . Tapi apa hebatnya rumah besar jika kita hidup di dalam rumah itu bersama keluarga tapi interaksi sebagai sebuah keluarga itu tiada .



Dulu di rumah lama , dengan jujurnya saya hanya tidur di lantai ruang tamu . Tetapi tidur di lantai ruang tamu itulah yang lebih saya suka kerana sekurang - kurangnya saya tidak berseorangan seperti di rumah lama . Kalau rumah lama , bila makan sahaja pasti ada yang menemani dan ada yang masakkan sesuatu yang saya mahu . Tapi sekarang , saya lebih banyak makan di luar . Kadang - kadang sabtu ahad pun makan luar . Apakah di rumah yang baru saya diami selama 13 bulan ini layak menjadi "Rumahku Syurgaku" ?


Jujur saya katakan , rumah lama yang kini nenek serta 2 orang anak dan seorang menantunya diami itu lebih layak saya gelar sebagai Syurga saya . Di rumah itulah saya membesar . Dari bayi hinggalah saya berumur 14 tahun saya menetap di situ . Di situ zaman kanak - kanak saya berlaku . Terlalu banyak memori yang saya simpan di situ . Nenek yang jaga saya dari kecil , yang masak untuk saya semua di situ . Rumah yang kecil tetapi tempat yang bahagia bagi saya . Sungguh saya katakan , setiap minggu saya balik situ . Kalau terasa nak makan masakan nenek yang telah menjadi santapan saya sejak kecil , pasti saya akan pulang ke situ .


Setiap Jumaat ! Setiap Jumaat adalah hari yang wajib untuk saya duduk di situ . Meskipun sekadar duduk di situ dari tengah hari sampai maghrib tetapi saya suka bahkan hati saya gembira duduk di situ . Sekurang - kurangnya saya tidak berseorangan seperti di rumah sendiri . Jadi wajarlah saya berkata yang rumah lama saya itu adalah "RUMAHKU SYURGAKU"


Saya rasa saya tidak mahu luah lebih lama . Bimbang ada antara keluarga asas saya yang membaca . Takut terasa hati pula mereka . Sekian dulu dari saya .
Assalamualaikum dan Selamat Malam semua :)

Bicara hati lebih baik dari menahan diri ,

Sesukar untuk berkata , sukar lagi untuk menahan rasa .
Saya rindu pada rumah lama ,
Rumah yang menyingkap seribu memori buat saya :)

Monday, January 23, 2012

Aku Terima Semuanya ;)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat pembaca blog Insan Biasa .
Semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera . Update kali ini bukan apa - apa , cuma ingin bercerita tentang Luahan Rasa Dengan Kata hati Insan Biasa :)




Pertama sekali sebelum Insan Biasa memulakan cerita hari ini , saya hendak memohon maaf kerana sudah sekian lama tidak update . Kasihan buat mana - mana pembaca Insan Biasa yang sekian lama menunggu saya update tapi saya hilang entah ke mana . Cewah , cara saya bicara seolah ramai sahaja pembaca saya . Walaupun tak ramai , tapi saya tahu ada beberapa pembaca saya yang setia menanti saya update . Cuma saya sahaja yang tidak berkesempatan untuk update blog yang sudah penuh dengan sawang labah - labah . Kasihan blog ini . Tidak mengapa , hari ini mood saya sangat terganggu . Apabila itu terjadi , tangan pun mula menari - nari sambil berlagu :)


Kita mulakan cerita hari ini dengan Bismillah :)
Jadi , hari ini saya telah keluar untuk menyiapkan Album KRK . Niat pada mulanya setakat keluar ke Ampang Point untuk menyiapkan Album tersebut , akhirnya sampai ke KLCC pula .  Bukanlah niat untuk melencong sampai jauh sebegitu , tapi Ampang Point tutup pula hari ni . Jadi kami terpaksa ke KLCC untuk menyiapkan Album KRK . Pelik kan nak pergi tempat lain semata - mata untuk menyiapkan Album itu sedangkan rumah ada . Mungkin rumah agak suram sebab tiada sesiapa pun di rumah hari ini .


Tapi , saya bukan hendak bercerita tentang perihal Album KRK tersebut . Album itu sudah siap dan tinggal waktu untuk diberi pada pelajar KRK dan guru lihat sebelum diserahkan pada pentadbir semula . Hari ini setelah pulang dari KLCC lebih kurang pukul 5 petang , saya terus naik ke bilik selepas rehat seketika di ruang tamu . Sudah semestinya kalau naik bilik itu tandanya saya mahu online .. hehe ;D
Semasa saya sedang asyik online , adalah seorang lelaki yang tiba - tiba hantar Chat pada saya . Oleh sebab saya tidak mengamalkan sikap hidung tinggi , saya akan layan walaupun saya tidak kenal . Sekadar untuk mencari kawan , apa salahnya bukan ? Tambahan , lelaki tersebut adalah junior a.k.a pelajar tingkatan 3 di sekolah saya . Mungkin juga dia mahu minta tolong dari segi pelajaran bukan ?


Sedang chat perkenalan , tiba - tiba soalan yang pantang saya lihat keluar . Tidak lain tidak bukan : Awak ni masih single ke ?
Saya pantang sungguh soalan sebegini keluar . Saya akan cakap saya single kerana itu memang hakikat . Saya cakap begitu tidak bermakna saya hendak melayan dia . Tapi bila saya cakap begitu hanya untuk waktu itu kerana selesai chat sahaja saya akan 'block' dia . Dan memang itu terjadi . Dia telah pun saya block . Sudahlah tiba - tiba ajak 'COUPLE' tapi saya tolak je terus sebab saya memang sudah tidak berminat dengan perkara 'COUPLE' ni kerana ia hanya membuang WAKTU dan menjerumus ke arah maksiat . Sebagai umat Islam , semestinya saya mahu elak perkara sebegitu . Buat dosa kering je nanti ;(
Lagipun , kita masih bergelar pelajar . Kita patut fokus pada pelajaran dan bukannya percintaan . Nanti pelajaran entah ke mana , diri pula entah ke mana . Lebih baik fokus pada satu iaitu menuntut ilmu . Itu lebih mulia :)


Selesai chat dengan dia , saya terus block . Tak nak ada hubungan lagi sebab takut makin menjadi - jadi . Selesai masalah dengan lelaki yang pertama ini . Muncul pula masalah dengan lelaki kedua pula . Minggu ini saya banyak kena kacau dengan lelaki yang saya tidak kenali ! Apakah saya ada buat salah pada mereka atau kawan mereka ? Rasanya tidak kerana saya susah untuk membuat musuh . Kalau bermusuhan pun , pasti sekejap sahaja . Okay , mari saya cerita tentang perihal lelaki kedua ini pula .




Kita semua ciptaan Tuhan . Semua sempurna tapi adakah itu bermaksud kita boleh menghina ciptaan Tuhan yang lain ? Apakah kita layak dihina sedangkan kita juga ciptaan Tuhan yang satu ? Itulah masalah Insan Biasa dengan kaum Adam yang kedua ini . Pada waktu itu , saya sedang makan malam . Sudah menjadi kebiasaan saya online guna handphone waktu makan malam . Tatkala saya 'log in' facebook saya , terdapat 1 unread message . Saya terus membuka message tersebut dan lelaki tersebut menulis 'Awak ni saya tengok gedik'
Apalagi , mengamuk la saya waktu itu . Mujur sedang makan jadi marah saya tidak seberapa . Saya terus membalas dengan ayat seperti ini 'Kau siapa nak cakap macam tu? Belum kenal tapi dah buat anggapan sendiri'
Selepas itu , mulalah pertikaman lidah antara kami .


Tiba satu saat , saya malas mahu melayan orang yang bernafsukan amarah syaitan ni . Saya terus berkata begini 'Tak guna aku layan kau . Buat dosa melayan amarah syaitan je . Hak kau nak panggil aku apa pun . Masuk telinga kanan , keluar telinga kiri . Sekian , Assalamualaikum .'
Selepas ayat - ayat di atas keluar , dia terus berkata 'okay , saya tak nak gaduh dah'
Malangnya , waktu itu saya sudah ofline dari handphone saya . Apabila saya buka Facebook guna lappy , saya sudah tidak ingat kepada lelaki itu . Lepas itu , dia cari gaduh dengan saya semula . Dia mula panggil saya gedik lagi .
Fine , saya terima walaupun pada hakikatnya di sekolah saya ganas . Tiada lagi yang panggil saya gedik melainkan kawan baik saya itupun kalau kami sedang bergurau manja .


Saya pun tanya dia kenapa panggil saya gedik .  Kemudian dia kata sebab muka saya buruk . Apa hak dia nak kata saya sebegitu ? Mungkin saya tiada paras rupa menawan tapi saya bersyukur dengan paras rupa yang ada . Sekurang - kurangnya paras rupa saya tidak membuat kaum Adam memandang saya dengan syahwat . Nanti kaum Adam berdosa , kaum hawa pun berdosa .
Lebih baik tiada paras rupa berbanding mempunyai paras rupa sehingga maksiat berlaku . Akhirnya , saya mengelak lelaki tersebut dengan mengatakan saya perlu 'log out' kerana sibuk dengan assignment sedangkan saya hanya melarikan diri ke account facebook saya yang kedua .


Setelah memastikan dia tidak lagi online , saya terus 'block' dia . Apa guna berkawan dengan orang yang tiada budi bahasa dan membuat kita sakit hati sahaja ? Lebih baik berkawan dengan batu kalau begitu . Jadi , hari ini 2 orang kaum Adam telah kena block dari Facebook saya .
Kesimpulannya , kalau ada yang cari pasal dengan saya . Cara saya mudah sahaja , block terus . Tak perlu nak tarik lama - lama . Baik kita terus cegah perkara itu sebelum makin teruk hingga melibatkan orang lain pula . Sekian :)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera .
Hidup ini cuma sementara .
Kita di dunia bukan sendiri sahaja .
Oleh itu , hormatlah makhluk yang lain juga .
Agar hidup sentiasa aman bahagia :)