Friday, December 30, 2011

Tahun Baru : 2012

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera .
Khas buat tatapan pembaca blog milik Insan Biasa .
Ceritera kali ini tiada yang istimewa . Sekadar Luahan Rasa Dengan Kata .




Tirai 2011 bakal berlabuh tidak lama lagi . Tahun 2012 pula bakal menjelma lebih kurang 24 jam sahaja lagi . Saya percaya , setiap orang pasti sudah menetapkan AZAM baru bagi tahun 2012 bukan ?
Begitu juga dengan saya . Azam baru setiap tahun pasti ada bagi setiap orang . Tidak terkecuali mana - mana tahun . Pasti ada sahaja azam baru setiap tahun .



Alhamdulillah . Azam bagi tahun 2011 dapat saya capai . Tidak lain tidak bukan bagi calon PMR seperti saya , semestinya ingin memperolehi keputusan yang cemerlang pada peperiksaan tersebut . Azam tahun 2012 juga tidak banyak bezanya seperti tahun 2011 . 


Antara Azam 2012 :

  • Mendekatkan diri kepada Allah swt .
  • Perbanyakkan perkara sunat .
  • Belajar bersungguh - sungguh .
  • Menolong sesiapa shj yang meminta pertolonganku .
  • Merubah diri dari yang negatif ke positif .
  • Belajar lebih bersabar .
  • SPM 2013 .


Meskipun azam yang terakhir seperti kurang logik , tetapi saya sangat bersemangat untuk belajar dan seperti tidak sabar menghadapi SPM . Saya cukup suka belajar tapi mengikut cara saya sendiri . Walaupun saya selalu dapat nombor yang corot dalam kelas , tapi saya sedar kerana saya berada dalam kelompok pelajar yang bergeliga otaknya .



Tetapi , pada hari ini , semangat saya lumpuh :(
Kejadian hari ini hampir melunturkan semangat saya . Saya hampir putus asa dan terasa ingin melupakan semua azam saya . Terima kasih kepada Allah yang telah menjadikan sahabatku Azzah serta Nazirah sebagai perantara untuk menyedarkan diriku kembali . Ternyata , Allah sentiasa bersama setiap hambaNya . Alhamdulillah :)


Setelah menulis entry ini , saya sudah bersemangat kembali . Walaupun saya telah melakukan perkara yang tidak elok tadi , tapi saya menyesal atas perbuatan saya tadi . Saya perlu belajar menahan sabar nampaknya .


Otak sudah tepu , lidah pula sudah kelu . Hati sudah tidak tahu untuk berkata apa lagi buat entry ini . Nampaknya , cerita kali ini tamat di sini . Sekian sahaja ceritera dari Insan Biasa :)
Selamat tahun baru 2012 buat semua . Semoga tahun 2012 membawa lebih rahmat buat semua .



Assalmualaikum dan Selamat Sejahtera .
Tahun baru 2012 bakal menjelma .
Azam tahun baru hampir - hampir ingin dilupa .
Tetapi disedarkan oleh sahabatku semula .

Friday, December 23, 2011

The Best Day for 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca blog saya kesemuanya .
Hari ini , Insan Biasa mampu tidur dengan terlebih lenanya . Luahan Rasa Dengan Kata hari ini menunjukkan rasa syukur ke hadrat Illahi atas kejayaan yang di beri .




Semalam , hari saya dimulakan dengan perangai gila saya =.='
Saya tidak tidur gara - gara bangun lambat pada hari Rabu . Kalau tidur , takut terlajak pula . Jadi , saya ambil keputusan untuk tidak tidur . Online dari hari Rabu sampailah hari keputusan iaitu hari Khamis . Kemudian , pada pukul 9.15 pagi saya mula bersiap untuk ke sekolah . Debaran di hati kian terasa . Apa result saya , saya sudah pasrah dan terima sahaja .


Budak - budak perempuan kelas saya telah sepakat untuk pakai Baju Kurung masa ambil result . Termasuklah saya . Jadi , saya pun pakai baju kurung semasa ambil result . Tidak sangka , rupanya bukan kelas saya je pakai baju kurung . Ada juga pelajar dari kelas lain yang pakai baju kurung . Saya bersiap pukul 9.15 pagi tapi nak pergi ambil result lambat lagi . Kelas saya sudah sepakat nak ambil sama - sama . Biar sama - sama happy dan sama - sama sedih kalau ada yang tidak berjaya dapat straight A .


Saya sampai di sekolah tepat - tepat pukul 11 pagi . Saya berkumpul dahulu dengan kawan - kawan sekelas di tempat letak basikal . Pada pukul 11 , result kami belum pun keluar . Cikgu - cikgu sedang mengasingkan slip keputusan mengikut kelas masing - masing . Hampir pukul 12 baru kami dapat slip keputusan masing - masing . Sambil menunggu waktu mengambil result , kami bergambar dahulu . Gambar buat kali yang terakhir beramai - ramai walaupun tidak semua masuk dalam gambar tersebut .


 With my Adik (mentee) : Raudatul Amaliyah bt Rumsi .
 My fellow Classmates :)
 My Friends .
 With my BFF : Yai :)
Edy je tak ada =.=


Lepas kami ambil gambar ni , cikgu - cikgu panggil kata dah boleh ambil result . Apalagi , saya dan Yai bergerak ke arah kantin sambil berpegangan tangan . Seriously , kalau Edy ada , mesti terasa lebih lengkap :|
Jadi , di kantin kami nampak semua pelajar sedang beratur mengikut kelas masing - masing untuk ambil slip keputusan mereka . Ya Allah , masa itu Allah sahaja yang tahu betapa gundahnya hati saya . Nervous yang amat !


Kami beratur di barisan kelas kami . Saya cuba tenangkan perasaan saya dengan ambil gambar . Iyalah , saya kan camerawoman sekolah . HAHA ^^
Akhirnya , tiba giliran saya untuk ambil slip saya sendiri . Dup dap .. Dup dap .. Nervous sangat . Walaupun saya tahu Cikgu Ogostila kata tak perlu risau sebab ramai yang dapat straight A tapi perasaan nervous tu tak dapat dibuang jauh - jauh .


Melihat wajah Puan Rahimah tersenyum lebar , membuat saya yakin bahawa saya dapat 8A . Ternyata dugaan saya benar . Alhamdulillah , syukur . Lepas ambil result saya terus ke belakang sebab nak telefon mama dan papa untuk memberitahu keputusan saya . Masa telefon mama , saya buat suara biasa sahaja dan buat - buat seperti tidak dapat keputusan yang bagus . Tapi lepas tu , saya bagitahu saya dapat 8A . Gembira yang amat mama masa itu . Sekejap sahaja berita itu sudah tersebar kepada kaum kerabat saya yang lain .


Kemudian , saya bergerak ke depan pula . Jumpa kawan - kawan dan kami decide pergi Restoran Bismillah untuk minum - minum . Seolah meraikan keputusan kami . Tambahan pula , kelas saya yang terdiri daripada 25 orang telah mendapat keputusan straight A kecuali 4 orang sahaja . Kelas KRK batch 2009 juga telah mencatat record paling 'GEMPAK' kerana 45 daripada 63 orang telah mendapat keputusan 8A . Bukan itu sahaja , berita juga melaporkan seramai 34 271 calon mendapat straight A dari seluruh Malaysia .


Budak - budak 96 memang terhebat :D
So , lepas dapat result kami lepak di Restoran Bismillah sambil minum - minum dah ambil gambar . So , enjoy gambar - gambar yang ada . Sekian sahaja dari Insan Biasa :)


Masa beratur ambil slip keputusan ^_^










Masa lepak di Restoran Bismillah .









Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .
Hari yang penuh suka telah berakhir .
Berjaya sekarang tidak bermaksud berjaya selamanya .
Bermakna kita perlu berusaha lagi , untuk masa depan pula .

Wednesday, December 21, 2011

Gemuruh Melanda !

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat para pembaca yang sedang menatap warkah dari Insan Biasa pada kali ini .
Warkah kali ini seperti biasa hanyalah Luahan Rasa Dengan Kata hati Insan Biasa :)
Semoga pembaca membacanya dengan suka tanpa ada paksaan dari sesiapa .





Dup dap .. Dup dap .. Dup dap jantung milik Insan Biasa berdegup . Berdegup dengan kadar yang luar biasa . Jarum jam menunjukkan waktu sudah menginjak masuk ke pukul 6 pagi . Semakin lama masa berlalu , semakin kencang degupan jantung Insan Biasa . Perasaan gemuruh itu sudah semestinya ada sehingga darah tidak mampu mengalir ke tangan secara normal . *tangandahsejuk* Kerana perasaan gemuruh ini jugalah , saya tidak mampu melelapkan mata . Saya tidak melelapkan mata dari semalam lagi .


Hari yang begitu bermakna buat semua calon PMR 2011 iaitu 22 Disember 2011 , Khamis telah tiba . Tarikh di mana keputusan PMR yang amat bermakna buat semua calon akan dikeluarkan . Setelah hampir dua bulan menunggu , keputusan bakal diagihkan kepada calon - calon PMR . Termasuklah saya .
Nervous bukan kepalang saya memikirkan hari ini sehingga tidur pun sudah tidak peduli . Setelah semua usaha yang saya berikan , hari ini akan dibalas kembali dengan keputusan yang cemerlang . InsyaAllah :)


Apakah mampu saya menghadapinya dengan tenang . Atau saya memerlukan seseorang di sisi ? Sedangkan saya sendiri bertegas ingin mengambil keputusan saya sendiri tanpa kehadiran ibu bapa di sisi . Ini keputusan saya sendiri . Andai keputusan yang sudah sedia tercetak itu kurang cemerlang , biarlah saya kecewa sendiri dahulu . Setelah reda barulah saya kongsi .

Itulah diri saya . Sentiasa mahu menanggung segalanya sendirian sedangkan kita di dunia ini bukan sendirian : |

Oleh sebab sudah tiada apa yang perlu diperkatakan , saya mengundur diri dahulu . Buat kawan - kawan yang lahir pada tahun 1996 , calon PMR tahun 2011 , saya Insan Biasa yang bernama Nornatassha Ahmad Azahar , mengucapkan serta mendoakan agar kalian ikhlas serta redha menerima segala keputusan yang diperolehi . Gagal sekarang tidak bermakna anda gagal selamanya . Itu hanya bermakna anda perlu berusaha lagi di masa hadapan .


Bagi yang memperolehi keputusan cemerlang , tolong jangan terlalu selesa dengan kedudukan anda . Hidup umpama roda yang berputar . Sekejap anda berada di atas , sekejap anda berada di bawah . Teruskan usaha anda untuk kekal cemerlang . Jangan bersikap hidung tinggi apabila sudah berjaya .
Mulakan hari anda dengan ucapan Bismillah dan tatkala menerima keputusan anda , ucaplah Alhamdulillah . Segala kejayaan yang diperolehi hanyalah pinjaman daripada Tuhan yang Maha berkuasa . Sekian , saya undur diri dengan dua buah lagu untuk semua .



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,
Bismillah pembuka kata , alhamdulillah pengakhirnya .
Selesai sudah luahan rasa Insan Biasa ,
Sehingga berjumpa di entry lain pula :)



Gemuruh Jiwa , Semangat Membara !
Teruskan semangat yang membara , jangan kerna result anda kecewa selamanya . Masa depan anda masih ada :)


Today My Life Begins .
Anggaplah keputusan anda pada hari ini sebagai ,
Permulaan Hidup Anda yang Baru menuju 
Menara gading untuk masa hadapan :)

Monday, December 19, 2011

Persahabatan !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera . Semoga pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera . Post ini merupakan refleksi perasaanku pada tika dan saat ini . Refleksi diri Insan Biasa melalui kata - kata penuh bermakna .




Sahabat merupakan orang yang yang paling dekat dengan diri kita . Tidak mungkin tiada sesiapa pun di dunia yang tidak mempunya sahabat . Kita sentiasa dengar Sahabat ketika suka senang dicari namun sahabat ketika kita berduka satu dalam seribu . Namun sedarkah kita apabila kita bergaduh , kita bermusuhan dengan sahabat kita sedangkan dia sahabat kita ketika suka dan duka .


Tujuan saya buat entry ni sebab saya nak tunjuk saya appreaciate semua kawan - kawan saya . Saya sedar kadangkala kita akan bergaduh dan terutamanya saya , pasti akan terasa lebih - lebih . Tapi , itulah hakikatnya diri saya yang sebenar . Saya Insan Biasa yang sering kalah dengan emosi . Emosi mudah menguasai diri . Saya matang dari segi pemikiran tapi apabila melibatkan emosi , saya lemah .


Kita bergaduh dan saya akan terasa . Marah itu sudah pasti ada sebab saya seorang yang panas baran . Tetapi mungkin sahabat handai saya tidak sedar , marah saya itu cuma sementara . Selepas itu , saya akan berlagak seperti biasa . Ini kerana , sahabat yang saya ada ialah sahabat saya ketika suka dan duka . Kalian sentiasa bersama saya . Menolong saya tidak kira apa pun . Apabila saya ada masalah , kalian akan anggap masalah saya merupakan masalah kalian juga .


Mengalir air mata saya ketika saat ini memikirkan segala salah dan silap saya kepada semua sahabat handai saya . Andai saya silap , saya minta maaf . Tapi sahabat kena faham , saya seorang yang jenis mudah terasa . Sahabat melihat saya sebagai seorang yang kuat tetapi pada hakikat , saya mudah terasa . Sikap suka memendam perasaan membuatkan saya tewas ! Tewas dalam permainan emosi sendiri .


Andai sahabat melihat saya tiba - tiba terdiam kerana kata - kata atau perbuatan sahabat , bermakna saya terasa dengan apa yang telah sahabat buat . Mungkin pada sahabat , perkara itu kecil tetapi bagi seorang Insan Biasa yang selalu tewas kepada emosi atau dari segi lain , seorang yang SENSITIF , saya akan terasa hati dengan tindakan kalian . Apabila ini terjadi , perasaan terasa itu sering ditukar ganti dengan perasaan marah . Ya Allah , tolonglah hambaMu yang lemah ini agar sukar menerima hasutan dan bisikan Syaitan .


Sekiranya Sahabat melihat perubahan pada waktu itu , biarkanlah saya sendirian agar saya mampu menenangkan diri supaya perbalahan yang berlaku tidak berpanjangan . Saya perlukan masa bersendirian agar mampu menilai kembali apa yang telah terjadi . Saya tidak mahu membuat musuh dengan sesiapa . Apatah lagi , ajal maut kita yang tidak pasti bila datangnya boleh membuat saya terseksa di alam sana kerana menanggung dosa sesama manusia yang bergelar sahabat atau sesiapa sahaja .


Kepada semua sahabat saya sama ada kita kenal sudah lama atau pun baru beberapa minit sahaja , saya pohon maaf atas segala kesilapan diri saya . Perasaan ego dan sentiasa hendak menang itu selalu membuat diri ini sukar untuk menuturkan perkataan 'MAAF' atas segala kesilapan kita . Itu perasaan biasa dalam diri sesiapa sahaja . Saya harap semua sahabat mahupun orang lain seperti guru - guru atau sesiapa sahaja yang pernah terasa hati dengan saya , saya MOHON MAAF atas segala salah dan silap saya .


Demi sebuah ikatan yang dinamakan Persahabatan , saya rela andai hati saya hancur . Saya tidak akan ambil hati terlalu lama dengan mana - mana sahabat saya . Saya tidak tegur , tidak bermakna saya tidak mengambil tahu tentang diri anda . Di dunia serba maju , kita boleh sahaja melihat atau menduga perasaan sesiapa sahaja dengan melihat 'kata-kata' yang dituturkannya . Sekian sahaja dari Insan Biasa :')




Assalamualaikum serta Salam Sejahtera .
Berakhir akhiranya Luahan Rasa Dengan Kata .
Maaf dipinta kepada sahabatku semuanya ,
Andai kalian pernah terasa dengan tindakan aku sebelumnya .

Friday, December 16, 2011

Our Last Time ?

Assamualaikum dan Salam Sejahtera .
Semoga pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera . Post ini bukan apa - apa , sekadar
Luahan Rasa Dengan Kata hati Insan Biasa .
Sudi - sudilah baca ya ? :)




So , erm , Yeah this is my friends . Eh , apa hal aku speaking pula ni ? -.-
HAHA :D Sebenar - benarnya , pada tarikh 16 Disember 2011 kami telah memilih untuk keluar outing . Barangkali untuk kali terakhir sebagai penutupan tahun 2011 . Iyalah , pada tarikh keramat 22.12.2011 iaitu Khamis depan keputusan PMR kami akan keluar . Hati berdebar - debar menanti minggu depan . Apakah keputusan kami nanti ?



Ya Allah ya Tuhanku , aku redha serta mengikhlaskan segala apa yang telah ditakdirkan buat diriku pada hari keputusan keluar . Segala apa yang telah Engkau tetapkan pasti ada hikmah di sebaliknya . Andai ditakdirkan aku memperolehi keputusan yang kurang cemerlang , semoga Engkau tabahkan hati kedua ibu bapaku untuk menerima takdirMu ini ya Allah . Amin :"(


Okay . Tak nak mood emosional lagi . Hari ini , aku telah keluar Outing dengan kawan - kawanku iaitu Najwa Afifah , Yasmin , Fazlia , Puteri and juga seorang junior Form 2 yang rapat dengan kami iaitu Ain Syazween :)
Kami keluar pada pukul 10.00 pagi dan berkumpul di 7E . Kami pergi menaiki bas kecuali Fazlia kerana Fazlia dihantar oleh kakak dia ke KLCC .


Kami sampai lebih kurang pukul 11.05 di KLCC . Sampai sahaja di sana , kami terus ke Kinokuniya sebab Fazlia sedang menunggu di situ . Oleh sebab kami takut tiket habis , kami telah menyuruh Fazlia membelikan tiket dahulu untuk kami . Dan harga tiket itu tidaklah mengejutkan saya iaitu RM14 sebab cerita yang kami nak tengok iaitu Alvin and The Chipmunks 3 : Chipwrecked baru sahaja ditayangkan mulai 15 Disember .





HOHO . Lepas cari Fazlia , kami terus ke Parkson sebab mama suruh saya mencari hadiah untuk hari jadi papa berupa Tali Leher . Tapi harga Tali Leher di Parkson mencecah RM200 satu 0.0
Oleh sebab mahal sangat , mama akhirnya suruh saya pergi cari Tali Leher di Ampang Point . Lepas ke Parkson , kami naik semula ke Food Court . Semua perut kosong termasuklah saya yang hanya minum susu sahaja sebelum keluar rumah . Sampai di Food Court , kami terus pilih meja dan kemudian terus pergi mencari makanan kami sendiri . Masing - masing dengan pilihan makan sendiri . 2 orang makan McDonald , 2 orang makan Claypot Dish dan 2 orang lagi makan Nasi Ayam iaitu saya XD


Lepas makan , kami terus menuju ke Taman KLCC . Tidak lain tidak bukan kalau nak posing di sana . Posing sekadar untuk Kenangan di kemudian hari sahaja . Agak lama juga kami di sana . Sampai pukul 12.45 juga tetapi masuk ke dalam semula sebab cuaca semakin panas . HAHA . Apa kata pembaca tengok je gambar masa kat Taman . Macam - macam kerenah kami XD
Kami juga sempat berjumpa dengan banyak pelancong asing seperti kanak - kanak dari Jepun :D

















 Kanak - kanak dari Jepun :D



Kemudian , kami masuk semula ke dalam sebab kepanasan . Lepas itu , kami teman Puteri beli cekak . Lepas beli cekak , kami semua naik semula ke Panggung Wayang sebab movie tersebut akan bermula pada pukul 1.30 petang . Lepas beli popcorn dan air , kami masuk ke pawagam nombor 11 XD
Cerita tersebut tamat pada pukul 3.00 petang . Kami keluar dan decide untuk terus ke Ampang Point tapi terkejut sebab dekat luar sedang hujan . Terpaksalah kami redah hujan lintas jalan sebab kena ambil bas di seberang jalan . Basahlah kami tetapi mujur hujan tidak berapa lebat .


 Dihujani (Y)

Pencemaran betul -.-

Sampai sahaja di Ampang Point , Yasmin , Najwa dan Ain pergi mencari surau untuk solat . Saya dan yang lain pula pergi ke tandas dan teman Fazlia cari Jam Tangan untuk hari jadi sepupu dia . Kemudian , kami terus ke Factory Outlet untuk mencari Tali Leher . Nasib kami baik sebab dapat Tali Leher yang bersesuaian serta menepati bajet saya ada terjual di situ . Tapi nak buat pilihan bukan main lama lagi . Sampai minta pendapat 3 orang asing pasal ni . Tapi yang lucunya , ada seorang abang tu *pekerja kedai* sempat lagi nak cucuk jarum cuba mengurat Yasmin . HAHA

* Tie yang dipilih . Cantik kan ? XD

Lepas bayar , kami jalan - jalan dalam Ampang Point cuci mata dulu dan kemudian pergi beli air . Lepas pergi beli air , kami terus ke Perhentian Bas . Seperti biasa , kalau tunggu bas rapid mesti lambat sebab bas rapid yang masuk ke Kosas tidak banyak . Dari pukul 5 sampai pukul 5.35 kami tunggu bas . Penat sangat masa tu . Rasa nak pengsan pun boleh . Lepas dapat bas , kami terus balik . Saya turun di Ampang Indah sebab nak pergi Pasar Malam dan perhentian bas itu dekat dengan rumah nenek . Dah beli apa yang patut di Pasar Malam , kami terus balik . Penat kami tidak terkata . Sekian sebagai penutup kata .

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera .
Mood saya tiba - tiba berubah pula .
Mood lapar mula menjelma .
Gara - gara tidak ambil dinner XD
Bye . Take care (Y)

Wednesday, December 7, 2011

Masa Bersama !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .
Semoga pembaca berada dalam keadaan sejahtera . Post ini sengaja ditulis , buat tatapan pembaca semua . Sekadar Luahan Rasa Dengan Kata hati Insan Biasa :)



Hari ini , cerita saya sebenarnya bukan nak cakap tentang meluangkan masa bersama si 'Dia' tetapi sebenarnya tentang saya dan seorang kawan saya . Kami keluar jogging pada hari Selasa , 6/12/2011 . Jogging ke ? Hurwm , rasanya kami berjalan sahaja . Tidak mengapa , jalan juga boleh mengeluarkan peluh . Bak kata orang : ' 10 000 walks a day , makes the Doctor away ' . So , to all readers out there who's reading my blog right now , walk a lot okay ? Don't be such a lazy bum (Y) .


Yap Huei Mei .
Kawan yang sudi teman saya masa itu . Kami keluar berdua sahaja (Y)
Dating with Yuppy :D

Kisah bermula apabila saya tidak tidur dari pukul 5 petang hari Isnin . Kami terus - terusan chat di Facebook kemudian beralih arah ke Skype dan akhirnya kami Chat di Yahoo Messenger sebab nak main Scrabble di YM . Saya rasa tak mengantuk lagi dan masa pula sudah pukul 5 pagi . Jadi , saya terus ajak dia keluar jog pukul 7 pagi nanti . Alang - alang tak tidur , baik keluar exercise . Sekurang - kurangnya dapatlah juga menyihatkan badan kita . Iyalah , sejak cuti sekolah ni , mana ada exercise . Asyik online dan baca buku memanjang je . HAHA (Y)

So , kami capai kata sepakat nak keluar pukul 7 nanti . Tapi , kami syok main Scrabble sampai tak perasan dah pukul 7 . Aduh ! Akhirnya , kami tukar masa keluar iaitu pukul 7.40 pagi . Since rumah kami jauh sedikit sahaja , kami pakat jumpa di tepi pagar hitam iaitu pembahagi antara kawasan rumah saya dengan tepi jalan . Jadi , pukul 7 saya shut down lappy dan terus bersiap untuk keluar . T-Shirt merah + sweater dan semestinya seluar treck . Kasut je spoil sikit sebab saya tak ada kasut sukan biasa . Pakai redah aje pakai kasut futsal saya . Saya keluar sekali dengan mak ayah saya keluar .

Lepas pakai kasut dan buka pintu pagar untuk papa keluar kereta , saya terus ke destinasi pertemuan kami . Saya nampak Yuppy sudah tunggu di situ rupanya . Kasihan dia tunggu saya tapi tak lama pun dia harus menunggu . Kami terus lintas jalan sebab nak elak mama dan papa saya tengok sama ada betul saya nak pergi jog atau nak melencong ke tempat lain . HAHA XD
Lepas lintas ke seberang , kami terus jalan dan lalu depan sekolah sebab rindu konon (Y)

Sambil berjalan kami decide nak jog area mana . So , kami decide nak pergi kawasan Kosas fasa 3 kemudian ke Bukit Indah dan akhirnya ke Ampang Waterfront . Kami terus ke Kosas fasa 3 . Kami jalan sambil menikmati pemandangan . Sebenarnya , kami lebih nak ambil gambar sebab siap bawa camera lagi waktu itu . Kami berjalan sambil berbual bicara . HAHA
Macam - macam kami bualkan pada waktu itu . Kemudian , kami decide nak teruskan ke Bukit Indah . Dalam perjalanan , tiba - tiba ingat pada Najwa . Apalagi , terus call dia dan ajak dia sama ada nak follow kami sekali . Tapi dia tak nak . Katanya nak tengok cerita Korea . Tak mengapalah , kami dating berdua pun boleh .

Kami teruskan perjalan kami . Dalam perjalanan , saya bagi cadangan pada Yuppy .
Sha : Apa kata kita breakfast dulu kat Restoran Hidayah ?
Yap : Okay je . Kat mana restoran tu ?
Sha : Kat depan sana sahaja . Lagipun , lagi okey makan dulu .
Yap : Okay . Aku pun tak breakfast lagi .
Jadi , kami teruskan perjalanan dengan satu tujuan iaitu hendak sampai ke Restoran Hidayah untuk breakfast . Jalan punya jalan akhirnya kami sampai ke sana apabila waktu hampir mencecah pukul 8.45 pagi . Kami buat pesanan kami iaitu Tosai dan air tin Teh Bunga untuk saya dan Milo Ais dan Roti Telur untuk Yuppy .

Sedang menunggu pesanan kami , tiba - tiba handphone saya berbunyi menandakan mesej masuk . Rupanya , cikgu saya mesej tanya tentang perhiasan tempoh hari . Nak pinjam lagi sekali katanya . Jadi , lepas Cikgu mesej , saya perlu tukar rancangan perjalanan jog kami pada pagi itu . Lepas makan , kami terus jog di kawasan Bukit Indah pula . Keadaan di Bukit Indah tersangatlah sunyi sepi . Seram kami jika sesuatu yang buruk terjadi . Wallahualam , pinta dijauhkan dari kami pada waktu itu . Lepas jog di kawasan Bukit Indah , kami berjalan semula ke rumah nenek saya iaitu di Taman Kosas fasa 3 untuk mengambil perhiasan di rumah nenek .

Di rumah nenek , saya terus masuk sebab rumah nenek ialah rumah lama saya sebelum saya berpindah ke rumah sendiri di Taman Kosas fasa 1 . Nenek tinggal dengan anak dan menantu dia . Jadi rumah itu tinggal 4 orang saja sekarang . Masuk je rumah , saya terus pergi belakang tengok nenek dan terus naik atas jumpa *aunty* untuk minta perhiasan tersebut . Dah jumpa , saya ambil dan terus balik rumah pula sebab nak simpan perhiasan itu di rumah . Tak sanggup nak bawa sampai ke Ampang Waterfront pula . Lebih kurang pukul 10.30 kami sampai rumah dan terus letak perhiasan tersebut yang ada tersimpan di dalam kotak dan pukul 10.35 kami gerak pula ke Ampang Waterfront .

Kemudian , apabila sampai di waterfront , kami nak guna alat yang ada di parking lot tu , tapi ada pula 2 orang guard serta seorang pak cik yang buat kami segan nak exercise . Tak suka dipandang orang katakan . Akhirnya , kami duduk dan mula aktiviti Snapping Pictures . Kwang3 . Iyalah , tak banyak gambar yang diambil sejak bermulanya perjalanan kami . Akhirnya , kami cuma tangkap gambar sahaja di parking lot Ampang Waterfront dan round Ampang Waterfront sekali . Lepas round di situ , kami gerak ke Restoran Bismillah sebab tekak terasa kering dan nak lepak dulu . Malas rasanya nak balik rumah sebab nanti tidur pula kerja kami .

Jadi , akhirnya kami lepak di Restoran Bismillah sampai pukul 2 petang ! WOW O_O
Dari pukul 11.45 pagi sampai 2 petang kami lepak + minum + borak di restoran itu . Kami setakat minum dua gelas air sahaja . Sampai masa bayar , mak cik jaga kaunter macam tak percaya itu sahaja yang kami pesan . Siap tengok meja kami lagi . HAHA . Kami jujurlah mak cik . Lagipun , kami dah biasa makan kat kedai mak ck kan . Tak akan tak percaya kami lagi .
HAHA . Rasanya saya dah terlebih membebel sendirian di sini . Tak apalah ! Saya tak kisah pun . Lagipun , saya tahu tiada yang sudi baca blog diri saya Sang Insan Biasa . Sekian .

Gambar di Bukit Indah !


Gambar pemandangan sahaja pun jadilah ! 



Gambar masa perjalanan ke Ampang Waterfront !


Gambar di Jambatan penghubung Taman Kosas dengan Ampang Waterfront .


Gambar semasa di Ampang Waterfront !


Gambar tak ada kerja -.-


Nama saya juga rosak . Cish -.-
Siapalah yang conteng nama saya .
Nasib ejaan lain !


Ulat ESPECIALLY for Yap Huei Mei :D

Apabila emosi menguasai diri . Gambar pun jadi begini (Y)


Gambar kucing masa di Restoran Bismillah . Kucing ni macam couple je saya tengok . Ke mana sahaja pasti berdua -.-


Musim mengawan katakan .
Suami isteri agaknya kucing dua ekor ni . XD


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .
Warkah hidupku sampai di sini sahaja .
Sesunggunya aku rasa kurang selesa .
Post kali ini terlebih panjang buat tatapan pembaca !