Powered By Blogger

Tuesday, October 16, 2012

Menjadi Diriku :)

Assalamualaikum pembuka bicara :D
Hey readers , apa khabar semuanya ? Semoga dalam keadaan ceria senantiasa . Saya datang cuma untuk berbicara . Sekadar Luahan Rasa Dengan Kata kononnya . Haha xD




Apa khabar readers ? Saya tak tahu nak cakap apa sebab saya cuma nak post lagu ni je . Suka dengar lagu ni . It's all about yourself .




Hidup kita ni tak seperti bintang di langit atau pelangi yang sentiasa indah .
Hidup kita ada kitaran . Kadang kita di atas , kadang kita di bawah .
Rambut sama hitam , hati lain - lain . Manusia mungkin kelihatan sama tapi pada hakikatnya , kita semua berbeza .



Sering wajahku menunjukkan aku sombong , garang dan yang paling ketara adalah sukar tersenyum :')
Aku hanya insan biasa . Aku tak sempurna . Ketahuilah bahawa aku sudah terbiasa sebegitu rupa . Biarkan orang berkata , kerana aku tetap aku !
Hanya mereka yang mengenali aku akan mengetahui diriku yang sebenar .


Biar apa pun yang terjadi , ingatlah wahai kawan - kawanku dan pembaca yang menatap isi hatiku ini :-
Kita perlu sentiasa menjadi diri sendiri !
Terima segala kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri kita .
Ketahuilah bawah setiap orang itu ada kekurangannya dan kelebihannya . Dan kekurangan serta kelebihan yang ada pada diri kita itulah yang membuatkan diri kita itu unik :D

Kepada kawan - kawan mahupun sesiapa sahaja yang mengenali diri ini ,
Terimalah aku seperti apa adanya . Aku hanya insan biasa dan aku pun tak sempurna .
Tuhan menjadikan setiap orang itu berbeza - beza agar kita mampu saling melengkapi di dunia yang fana ini .
Terima kasih kepada orang - orang yang sentiasa menerima aku apa adanya dan sentiasa sabar dengan kerenah aku . Walaupun aku tahu , kadang - kadang kerenah aku ni tak kena dengan umur aku yang dah mencecah 16 tahun ni .


Dan seperkara lagi , kita kenalah bangga dengan apa jua perkara yang kita ada . Tidak kiralah apa orang berkata , kita kena bangga ! Bangga !
Setiap waktu ku nikmati , anugerah hidup yang ku miliki .
Setiap saat , setiap minit , setiap jam mahupun setiap hari yang berlalu dalam hidup kita ni , kita harus ingat bahawa semua itu adalah nikmat yang dikurniakan . Hargailah semua anugerah itu . Jangan persiakan kerana kelak engkau jua yang akan menyesal ..


Hati kita ibarat awan yang terkumpul di langit . Kadang cerah , kadang gelap . Kadang ringan dan kadang pula berat . Tapi bila hati menjadi berat , ia akan menjadi hitam . Dan setelah hujan datang (menangis) atau dalam erti kata lain meluahkan apa yang terbuku , pasti hati kita akan menjadi putih suci ibarat awan yang baru terkumpul di langit biru :)
Jadi , jangan takut untuk menangis jika ia mampu meredakan hati kita !

Sekian sahaja luahan kata dari saya . Saya tinggalkan rakan - rakan dan para pembaca yang lain dengan lagu Menjadi Diriku dari kumpulan EdCoustic . Harap semua terhibur dan selamilah maksud di sebalik lagu itu :')
Assalamualaikum dan Selamat Malam !


Thursday, October 11, 2012

Sekolah Sri Bangsar ♥

Assalamualaikum pembuka bicara . Hope readers fine and sejahtera . Entry kali ni membawa sebuah cerita . Sekadar Luahan Rasa Dengan Kata dari Si Gadis Hati 
Kalau sudi , silalah baca . Kalau tak sudi , tiada paksaan dari saya :D


Readers saya apa khabar ? Sihat tak . Haha . Lama tak menulis . Saya rindu one of my bestie which is Stella . That's why tiba-tiba datang mood nak menulis tu . Iyalah , Stella is one of my stalker kat blog . Itu yang sengaja datang nak menulis tu . huhu ^_^

Hey , tapi itu tetap bukan motif utama saya datang menulis . Antara sebabnya is saya just need to write something . It's been a while since I wrote anything here . Rasanya blog saya ni pun dah berdebu , bersawang , berhabuk , semuanyalah . haha *okay, merepek jap*
Anyway , teruskan membaca . Sebab ceritera saya hendak bermula :D

Siapa pernah dengar tentang Sekolah Sri Bangsar ? Peminat Kak Ain Maisarah pasti tahu tentang sekolah ni bukan ?
Sekolah Sri Bangsar ni sebenarnya sekolah alam maya yang ditubuhkan oleh Kak Ain . Saya juga merupakan antara pelajar di sekolah alam maya ni dan boleh dikatakan antara pelajar yang kuat online . Sekolah ni merupakan tempat untuk kita berinteraksi dengan pembaca - pembaca novel Kak Ain dari seluruh Malaysia .


Di sekolah online ni , saya dapat berkenalan dengan ramai orang . Antaranya ialah Stella , Mimi , Junior Labi Ipin (Iz) , Eiz , Sahirah , Farihah dan ramai lagi yang lain . Tapi , baru - baru ni SSB tak dapat dicari a.k.a tak boleh bukak langsung .
Kalau sebelum ni , at least dapat bukak home page dia . Tapi ni Google langsung tak dapat detect SSB . Jadi , saya agak frust .

Kenapa nak frust kan ? Saya frust sebab tak dapat nak contact a.k.a merepekings dengan kawan - kawan saya especially Stella kat SSB >_<
Hurwm ~ Harap SSB 'pulih' dengan kadar segera ..
Rasa macam pelik kalau sehari tak bukak SSB . Dah kalau tiap - tiap hari bukak , mesti nak bukak selalu kan ?
Haha . Owh well , just hope SSB 'pulih' supaya saya dapat kembali berinteraksi dengan kawan - kawan saya :)

Saya rasa cukup la sampai di sini celoteh saya . Kalau buat panjang - panjang pun bukan ada nak baca . Kalau celoteh lebih - lebih nanti banyak merepek je . Haha . Okay then . Sudah cukup sudah , Cukup sampai di sini saja entry dari saya . Assalamualaikum dan semalam malam semuanya ...

Jaga mata , jaga hati dan jaga Iman :)

p/s : Good luck to SMKTK students for exam tomorrow especially my friends :)

Saturday, October 6, 2012

Selamat Tinggal Kenangan :')

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera . Hope readers fine and sejahtera . Entry saya kali ni membawa sebuah cerita . Segalanya tentang Luahan Rasa Dengan Kata :')
Sudi - sudilah baca . Kalau tak sudi , saya tak memaksa .




So , readers saya apa khabar ? Sihatkah ? Lama saya menghilang . Sampai blog ni bersawang . Eh , kejap . Rasa macam baru sebulan saya menghilang kan ? Kira tak lama la . Well , hari ni nak update sikit . More to meluahkan perasaan actually . Kalau tak nak baca , tak payah baca okay . Saya bukan orang yang suka memaksa . Saya sedar , siapalah saya ni . Blog pown bukan cantik . Lagi la takde orang yang nak baca kan ? Anyway , keep on scrolling untuk sesiapa yang nak baca okay ^_^

As para pembaca tahu (bagi yang pernah baca entry saya pada 3.8.2012) je , pintu hati saya telah diketuk oleh seseorang . Namun , kini semuanya berubah . Iya , saya akui . Saya memang rapat dengan dia . Tapi itu dulu . Sekarang ni , kalau boleh saya tak nak pandang muka dia LANGSUNG ! Reason ? Biarlah rahsia . I just can't accept him anymore !

Kalau boleh , saya tak nak jumpa dia langsung dah kat sekolah . Tapi lately makin kerap pula berjumpa dengan dia . *sigh*
Apalah nasib diriku ini >_<



Hurwm ~ Sedih memikirkan apa yang terjadi . Saya memang sukakan dia . Tapi after the confession , saya cuma anggap dia sebagai kawan . Mengapa ini pula yang terjadi ? Betul ke saya anggap sebagai kawan ? *berfikir sejenak*
Itu sebab saya betul - betul sakit dengan apa yang dia buat . Saya tahu saya salah sebab apa yang saya buat kat dia . Tapi saya dah minta maaf . Hurwm ~
Apa-apa je la kawan . Yang pasti , harap lepas ni tak perlu interact dengan dia dah . Tak nak sakit hati je . Cukuplah kalau bertemu sekadar berbalas senyuman je . Kalau tak nak senyum , terpulang pada dia la .
Akhir kata dari saya :

Dalam Hati Ada Taman,
Dalam Taman Ada Rindu.
Dalam Rindu Ada Sepi,
Dalam Sepi Ada Tangis.
Dalam Tangis Ada Kenangan,
Dalam Kenangan Kau Ku Tinggalkan.
SELAMAT TINGGAL KENANGAN :')

Berakhir sudah entry saya pada kali ini . Saya tahu pendek je entry ni . Tapi apakan daya . Mata saya dah mengantuk . Maka dengan ini , saya ingin mengundur diri . Dengarkanlah lagu didekasikan khas dari saya buat para pembaca . Assalamualaikum dan Selamat Malam :)

Sudah cukup sudah ,
Cukup sampai di sini saja .
Jaga mata , jaga hati dan jaga iman :')

*Sudah Cukup Sudah-Nirwana band*

*Kosong-Najwa Latif*

Monday, September 24, 2012

Mr.Frog :3

Assalamualaikum pembuka bicara . Hope readers fine and sejahtera . Sekian lama saya menghilangkan diri tanpa bicara , today saya kembali dengan Luahan Rasa Dengan Kata :)
Sudi - sudilah membaca , kalau tak sudi saya tak memaksa . Saya sedar siapalah saya . *poyo* xD




Apa khabar para pembaca? Maaf sebab saya sering menghilangkan diri. Semenjak memasuki alam tingkatan 4 ni, busy je memanjang. Al-maklumlah, tahun depan merupakan tahun akhir di alam sekolah menengah ni. Takut, gementar semua ada. Tahun SPM katakan (Y)
Tapi itu bukan tujuan saya nak berceloteh kat sini. Tajuk saya hari ni ialah Encik Katak or in English Mr.Frog :3

Pada tanggal 22 September 2012 iaitu pada hari Sabtu yang lepas, pelajar aliran SC di SMKTK telah mengadakan suatu experiment yang dinamakan DISECTING FROG.
Experiment apakah itu? Experiment itu adalah operasi membedah katak. Muahahah XD
Interesting? Best? Awesome?

Jyeah.... Untuk saya, experiment tersebut memang best. Pada malam sebelum saya menjadi 'Doktor Bedah', saya ada tengok video pembedahan katak yang dijalankan oleh budak sekolah lain . Terus terang saya cakap, saya mabuk lepas tengok video tu . Tapi pada hari pembedahan yang sebenar , saya tak mabuk pown . Haha :D
In fact, group saya seronok gila buat pembedahan tu. Doktor Yasmin *bukan nama sebenar* pown dapat overcome her fear dengan katak . Shocking right? Walapun banyak jugak jeritan-jeritan dari classmates yang lain kedengaran, secara keseluruhannya EXPERIMENT TU BERJAYA DAN SANGAT AWESOME ! Huhu ^_^
Saya rasa karangan ni berakhir sampai di sini sahaja . Tengok pictures pembedahan katak tu je la . Tapi AMARAN kepada yang tidak tahan tengok organ - organ dalaman katak atau geli - geleman dengan katak , dinasihatkan JANGAN TENGOK! Takut ada yang sakit jantung plak nanti (Y)

 *dari kiri*
Dr.Qis, Dr.Amy, Dr.Yasmin, Dr.Sha
 *Pesakit untuk pembedahan kami*
 Dr.Qis bersama pesakit XD

 Operasi membedah bermula :D

 *layer kulit pertama*






 Organ katak :3






TAMAT !

Berakhir akhirnya entry saya kali ini . Hope readers sudi baca . Kalau geli saya memahami . Hehe .. Sekian sahaja celoteh saya :)
Assalamualaikum dan Selamat Malam .
Jaga mata, Jaga Hati dan Jaga Iman :')
p/s: Happy Birthday to 'adek' iaitu Raudatul :)

Wednesday, September 19, 2012

S.T.E.L.L.A :D

Assalamualaikum pembuka kata, khas buat para pembaca. Entry saya kali ni untuk orang yang istimewa. Orang itu Stella namanya .
Jemput baca Luahan Rasa Dengan Kata dari Si Gadis Hati untuk sahabat saya sempena Hari Lahir dia :)


Pada 18.9.2012 iaitu semalam merupakan hari jadi salah seorang kawan baik saya iaitu Stella. Oleh sebab saya tak boleh nak bagi hadiah kat Stella, blog entry ni pun jadi la erk? *Sha tau Stella baca*

Kita berkenalan di Sekolah Sri Bangsar. Bermula sekadar kawan biasa tiba-tiba boleh menjadi rapat dan kini menjadi kawan baik dunia dan akhirat, InsyaALLAH.
Walaupun kita jauh di mata, namun dekat di hati. Huhu ^^
Stella ialah antara kawan yang sangat Sha percaya. Stella selalu faham Sha.


Hurwm~ Sha tak nak melalut lebih-lebih. Sha tahu yang entry ni Sha buat on 19.9.2012 instead of 18.9.2012. Tapi semalam Sha penat sangat sampai tak larat nak online guna lappy. So, entry ni hanya dapat dipost pada hari ini .
Hope Stella sudi baca.

Anyway, sempena Hari Meningkat Tua buat Stella, Sha hanya mampu mendoakan agar Stella sentiasa dirahmati Allah di dunia dan di akhirat. Semoga panjang umur, murah rezeki, happy di samping orang yang tersayang, success dalam semua perkara yang Stella ceburi dan yang paling penting semoga Persabahatan antara kita kekal buat selamanya dengan harapan semoga kita dapat bersua muka satu hari nanti .

Sha rasa setakat itu je yang Sha nak celoteh kat sini. Tak dapat nak on lama-lama sebab banyak sangat kerja yang perlukan perhatian dari Sha dan juga buku-buku yang mahukan perhatian. Al-maklumlah, final dah nak dekat. Pelajaran paling penting katakan. That's all from me : Si Gadis Hati :)

Assalamualaikum dan Selamat Malam dari Si Gadis Hati,
Semoga Stella happy dengan hadiah ni,
Itu sahaja yang Sha mampu bagi.

Sekian, Jaga Mata, Jaga Hati dan Jaga Iman.


 You are an awesome friend <3
p/s : Tgk je la cake ni erk? huhu (Y)

Friday, August 3, 2012

C.I.N.T.A ♥

Assalamualaikum pembuka bicara . Dengan harapan semoga pembaca blog saya sentiasa berbahagia . Cerita hari ni mengisahkan suatu perkara . Sekadar Luahan Rasa Dengan Kata 


C.I.N.T.A 

Apa itu cinta ? Mengapa cinta itu perlu hadir dalam diri seseorang ? Dan macam mana rasanya bila kita jatuh cinta atau ada orang jatuh cinta pada kita ? Apakah kita akan rasa suka , sayang , menyampah atau apakah benci juga boleh hadir kerana cinta ? Haha ... Pelik kan saya ni ? Takde angin takde ribut , tiba - tiba mahu berbicara soal CINTA ? Siapalah saya sekadar budak hingusan yang ingin berbicara soal cinta . Rasa seperti tak patut je saya update soal cinta di bulan puasa kan . Tapi pada tanggal 15 Ramadhan 1433 hati ini tertarik dan menarik untuk berbicara soal cinta . Mungkinkah sudah terbuku lama di sanubari hatiku ini ? Hurwm ~
Dengarkan saja cerita ku ini okay :)


Sebelum meneruskan cerita , meh sini che nak habaq kat hampa semua apa itu cinta . Cinta itu adalah suatu perasaan yang terbit apabila kita minat pada seseorang ni . Huhu ^^
Itu tafsiran daripada Kamus Edisi Si Gadis Hati *harap maklum* XD
Haha ... Cinta itu kadang - kadang buta . Kadang - kadang tak mengenal usia . Bagi seseorang yang macam saya , saya tak pandang kepada paras rupa . Tapi budi bicara yang lebih penting . Mungkin kawan - kawan saya melihat saya seseorang yang mempunyai taste yang tinggi bak kata mereka la . Tapi kalau melihat dengan siapa saya jatuh hati , baru orang akan tahu yang saya lebih mementingkan soal hati . Biar muka buruk , asal tinggi budi bicara .

Selepas putus dengan Mr.H from Kedah , hati saya sedikit susah untuk mempercayai lelaki . Saya couple ? Wohoo ... Macam tak percaya seorang gadis yang kelihatan garang di sekolah *memang garang pown* boleh bercinta . Pelik bin ajaib kah ? Well , saya juga seorang insan biasa yang punyai hati dan perasaan . Back to the story , lepas putus cinta dengan dia , hati saya kosong . Tetapi baru - baru ini , perasaan itu telah muncul kembali dengan kehadiran seseorang . Kenapa ? Macam mana ? Apa puncanya ?

Berkenalan di SMKTK . Tetapi kami ada kes sebelum tu . GADUH !
Haha . Yes , saya memang akan gaduh kalau ada orang cari pasal dengan saya atas sebab yang remeh temeh . Tetapi pada tanggal 26 Jun , dia menegur saya di FB . Mulai detik itu , kami makin rapat . Di sekolah juga dia berani menegur saya . Tapi pada mulanya saya anggap dia kawan sahaja . Well , kami terus - terusan chat . Hampir SETIAP HARI ! *sayaKakiFb*
Then perasaan suka itu mulai terdetik . Sebabnya dia seorang yang baik hati . Dia juga caring pada saya . Itu ciri - ciri pada dia yang saya suka . Tapi suka itu disimpan saja .

Sampailah suatu saat di mana ada sesuatu yang terjadi dan akhirnya saya confess pada dia . Pelik kan ? Dah macam perigi cari timba . Kalau rasa saya ni tak tahu malu , itu terpulang pada para pembaca . Lepas confess tetapi dia tiada perasaan pada saya . Saya terima seadanya dan kami kekal sebagai KAWAN .
Apabila saya suka tapi telah tetapkan hubungan sekadar berkawan , sedikit sebanyak perasaan suka itu mulai beransur pergi . Hati ini tidak benci cuma sedikit menjauhkan diri . Kini perasaan suka itu telah bertukar menjadi suka sebagai seorang sahabat . Kawan saya yang tahu perkara ni semua pelik . Macam mana saya masih boleh berkawan dengan dia walaupun telah ditolak ?
Mungkin hati saya kuat . Kuat selepas putus dengan Mr.H . Dan saya terima seadanya .

Jadi , konklusinya , Jodoh , Maut , Rezeki itu datang daripada Allah SWT .
DIA yang memberi dan DIA juga boleh menariknya kembali . Setiap orang pasti ada jodoh masing - masing . Hanya waktu akan menentukan bila datangnya perkara itu . Kalau kalian ada masalah cinta , rujuklah hati sendiri . Buang Ego tu jauh - jauh . Ego boleh menjadi punca keretakan sebuah hubungan yang suci seperti apa yang terjadi antara saya dan Mr.H . Masing - masing ego dan tak mahu beralah . Akhirnya , kecundang di tengah jalan .
Beranikan diri untuk meluahkan apa yang terbuku di hati .Kepada orang yang berjaya buat saya menyukai seorang lelaki kembali : It's okay . Saya tak benci pada awak . Cuma perasaan tu sudah bertukar Suka sebagai seorang SAHABAT sahaja :)

Cinta itu buta ,
Tidak mengenal usia .
Boleh terjadi kepada sesiapa sahaja ,
Asal namanya seorang manusia .
*kalau bukan manusia takkan nak bercinta pulak kan ?*

Sekian sahaja dari Si Gadis Hati .
Assalamualaikum , Selamat Malam dan Selamat Bersahur bagi yang Islam . Niat jangan lupa baca :)
Jaga mata , Jaga Hati , Jaga Iman 

Saturday, March 24, 2012

Adab vs. Amanah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera . Si Gadis Hati ucapkan pada semua .
Semoga kalian berada dalam keadaan sihat sentiasa . Entry kali ini sekadar Luahan Rasa Dengan Kata !




Apa khabar semua ? Harap semua sihat sentiasa :)
Saya minta maaf sudah lama tak update . Mesti ramai yang tak follow saya dah kan ? Pertama sekali , saya minta maaf yang amat sangat sebab saya tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menulis di blog ini . Kasihan dia . Sudah berdebu + bersawang jadinya . So , enjoy dan tolong bagi pendapat tentang entry kali ini okay :)



Definisi Adab - Tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan) , budi bahasa , budi pekerti yang halus , kesopanan .
Definisi Amanah - Kepercayaan yang diletakkan pada seseorang .


Okay , saya akan cerita apa sebab saya menulis sedemikian . Saya merupakan seorang pengawas sekolah . Jadi , sebagai pengawas sekolah , sudah tentu saya perlu menjalankan Amanah yang diberi oleh guru iaitu menolong guru untuk mengawasi pelajar supaya pelajar tidak melanggar peraturan sekolah . Jadi , amanah yang diberi perlu saya jalankan supaya tidak memakan diri . Agar orang tidak mengata pengawas pilih kasih atau pengawas pun langgar peraturan , jadi apa salahnya pelajar biasa pun berbuat demikian !


Jadi , semalam iaitu Jumaat , 23.3.2012 berlaku satu kejadian di mana pelajar itu nak kata melawan tidak tapi kita boleh anggap sebagai MENJAWAB balik sahajalah . Saya kini bertugas meronda di Blok A / Blok B pada waktu rehat . Jadi , sah - sah kalau loceng dah berbunyi pelajar patut faham yang mereka tidak boleh berada di dalam kelas . Mereka patut pergi makan di kantin . Tetapi tidak , ada segelintir pelajar yang suka duduk dan makan di dalam kelas . Jadi , saya sebagai pengawas yang meronda perlu menghalau mereka turun ke kantin .


Nak dibuat cerita , ada kelas di Blok B ni yang buat peraturan sendiri dengan makan di dalam kelas . Kalau sikit takpe , tapi ramai yang buat sebegitu . Jadi , saya serta rakan pengawas yang lain pun masuk ke kelas itu dan menyuruh mereka turun walaupun kami nampak mereka sedang makan . Saya tidak sihat pada waktu itu jadi saya suruh rakan setugas saya yang menyuruh mereka turun dan saya melihat mereka dari jauh .


Kawan saya tegur pelajar - pelajar tu dengan elok . Bukan kami marah - marah dan halau cara kasar . Tapi , kenapa pelajar tu menjawab macam ni "KITA ADA ADAB . TAK NAMPAK KE ORANG TENGAH MAKAN TAPI HALAU SURUH TURUN" .
Lepastu kawan pelajar itu pula dah mula nak marah - marah . Nasib baik saya tengok dari jauh je . Kalau tidak , dah tentu - tentu saya melenting masa tu . Sebagai sebagai pelajar yang paling senior , dia patut dah tau peraturan . Soal ADAB tak akan muncul kalau dia tak langgar peraturan dari awal lagi .


Jadi , apa yang patut kami perkatakan pada mereka ? Saya geram sangat sampai saya balas balik apa yang dia cakap masa tu . Selalu saya diam je kalau ada pendapat tapi melihat kawan dia dah mula marah - marah , saya menjawab macam ni , 'Kalau nak pertikaikan tindakan kami , pergi bilik disiplin . Kami hanya menjalankan amanah yang diberi ! '


Sungguh saya katakan , kalau kami pergi lapor apa yang mereka buat , senang - senang mereka boleh kena tindakan . Sebab apa yang mereka lakukan itu boleh dianggap sebagai melanggar arahan pengawas . Tapi kami tak nak memperbesarkan hal yang remeh temeh dan boleh membawa impak pada perkara lain , kami buat tak tahu je .


Jadi , persoalannya sekarang , ADAB atau AMANAH lagi penting ?

Sekian sudah Luahan Rasa Dengan Kata saya pada kali ini . Kalau ada yang sudi , bagi lah pendapat tentang perkara ini dalam komen nanti . Kalau ada yang terasa dengan entry saya ni , saya minta maaf dari hujung rambut saya hujung kaki . Tapi lain kali saya buat lagi :P *gurau*



Sekian akhirnya Luahan Rasa Dengan Kata ,
Andai ada yang terasa , ampun ku pinta .
Semoga ada yang sudi membaca ,
Kalau beri pendapat , lagi saya suka .

Saturday, March 3, 2012

Chemistry 101 .

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat sekalian pembaca blog saya :)
Harap semua sihat untuk membaca Luahan Rasa Dengan Kata Si Gadis Hati .

Maaf sudah lama meninggalkan blog sehingga berdebu bersawang jadinya .
Jadual harian saya terlalu penuh tak terkata hingga mengalahkan perdana menteri je saya rasa ;D




Naphthalene merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam ubat gegat atau penyembur serangga seperti Sheltox . Bagi pelajar Sains Tulen , mereka perlu buat experiment menggunakan bahan tersebut untuk PEKA mereka . Saya sebagai pelajar Sains Tulen juga perlu buat experiment tersebut . Jadi , pada tarikh 21 Februari 2012 saya telah melakukan experiment tersebut . Tetapi , sesuatu yang di luar jangkaan telah terjadi dan membuat saya mengingati apa yang terjadi sehingga kini .


Masa itu merupakan hari Selasa dan waktu Kimia kelas saya pula sebelum rehat . Kelas saya terletak di Makmal Fizik . Oleh sebab kami nak buat experiment , kami berpindah ke Makmal Kimia iaitu bersebelahan Makmal Fizik . Pada mulanya , semua berjalan dengan lancar . Tengah khuysuk buat experiment tu , tiba - tiba kami keliru macam mana nak baca bacaan termometer tersebut . Akhirnya , kumpulan saya perlu mengulang kembali experiment pada waktu itu sebab dah terlajak memanaskan bahan tu .


Jadi , pada kali keduanya kami buat dan berjaya siapkan . Lepastu , kami perlu keluarkan bahan tu dari Tripod Stand dan letakkan dalam beaker lain untuk menyejukkan bahan tu dan dapatkan bacaan juga . Sedang nak mengeluarkan nya , AIR PANAS , saya ulangi AIR PANAS yang kami guna tadi TUMPAH !
Menjerit terkejut kumpulan saya sebab air panas tu tumpah . Dan 4/5 dari air tu tumpah kena SAYA . Ya Allah , panasnya bukan main tapi saya tidak mengalami sebarang kecederaan . Habis basah baju saya . Selamat tak ada orang fikir saya kencing dalam seluar . HAHA XD


Tapi yang betul - betul buat saya risau , air panas tu tumpah dan kena pada poket uniform saya . Dalam poket saya ada pendrive . Nasib baik pendrive saya tak rosak . Kalau tak , habislah semua kerja saya dalam tu . Menangis tak berlagu pula nanti . Semua gara - gara air panas tumpah . Haih :/
Tapi , apa nak buat kan ? Kalau perkara tu nak jadi , ia tetap akan terjadi tidak lambat sesaat atau laju sesaat . Setiap yang terjadi pasti akan ada hikmah yang tersembunyi kan ?

Walaubagaimanapun , saya berasa bersyukur sebab tiada apa - apa yang buruk terjadi pada saya . Bayangkan ya kawan - kawan ? Air yang telah mendidih pada takat 90 darjah selsius tumpah kena korg ? Apa korg rasa ? Mesti terkejut beruk kan ? HAHA

Serious malu betul nak keluar kelas lepastu . Semua pandang lain macam je . Nasib baik air tu cepat kering . Kalau tak , bertambah - tambah la malu saya waktu tu . hehe :D


Jadi , pengajaran cerita saya kali ini : Berhati - hati ketika melakukan uji kaji di dalam kelas . Keselamatan diri yang paling utama !


Selesai sudah coretan kali ini ,
Berkisar tentang berhati - hati .
Keselamatan diri perlu dijaga ,
Keselamatan hati , perlu dikunci :)
Sekian sahaja dari Gadis Hati .
Assalamualaikum dan Selamat Malam buat pembaca semua . Bye ~

Saturday, February 18, 2012

Kucingku Sayang ♥

Assalamualaikum dan Selamat Sejatera . Saya ucapkan buat pembaca saya semuanya . Maaf saya pinta kerana meninggalkan blog ini buat sekian lamanya . Cuma saya terlalu sibuk dengan aktiviti harian saya sehingga tiada masa untuk Dunia Blogging :)
Harap pembaca di luar sana enjoy dengan entry saya kali ini ^_^




So , pembaca semua sihat tak ? Maaf sangat - sangat lama tak update especially kepada stalker saya yang seorang tu 
Kasihan juga pada blog ni , habis berdebu , bersawang segala bagai akibat ditinggalkan Tuan dia yang tiada hati perut ni . HAHA ^_^
Sebelum saya terlebih merepek , hari ni tajuk entry saya ialah tentang Kucing !
kUCING ? CAT ? MEOW ?
Kucing merupakan haiwan peliharaan yang cukup saya suka , sayang dan cinta .
Tetapi untuk membelanya , jauh sama sekali .

Saya tidak dibenarkan untuk membela kucing . Apa nak buat kan ? Ayah saya tidak suka kepada kucing . Meskipun begitu , saya dapat berjumpa kucing kesayangan saya iaitu kucing kepada nenek saya SETIAP MINGGU . Saya ulangi ya : SETIAP MINGGU !
Walaupun tak dapat nak membelanya sendiri , janji pada setiap minggu saya dapat bermanja dengan kucing nenek . Dalam nak manjakan kucing nenek yang nama Cholo tu , saya juga suka buat dia merajuk . HAHA
Habis merajuk sampai monyok je muka dia dalam gambar . Saya buat dia merajuk dengan asyik - asyik snap picture si Cholo ni . Dah lah flash camera tu kuat , lepastu saya asyik snap je . Memang merajuk la si Cholo ni .

Tetapi , bila sedap menulis pasal kucing ni . Saya teringat sebuah cerita yang cukup menyayat hati dan memberi kesan yang mendalam sehingga saya menjadi geram pada orang yang membuat kesalahan itu . Siapa orang itu biarlah saya dan saksi kejadian sahaja yang tahu . Harap tak menjadi isu untuk buat orang lain marah tentang kejadian ini . Mari saya ceritakan pada semua :

Pada suatu petang yang indah lagi damai , saya berada di dalam sebuah kereta . Sewaktu itu , saya dalam perjalanan pulang ke rumah . Nak dibuat cerita , kawasan perumahan saya itu banyak kucing berkeliaran . Jadi , ada lah seekor kucing yang comel ni nak melintas jalan . Lepas tu , ada kereta tu (saya kenal driver dia) pula kebetulan lalu di situ . Driver kereta tu pula saya tahu memang tak suka pada kucing . Dia pun teruskan drive sehingga dia tidak sedar bahawa dia sudah melanggar kucing itu walaupun sedikit . Lepas tu , dia pergi reverse tapi rupanya tindakan dia itu hanya membuat kucing itu terus mati . Saya cukup marah masa itu . Rasa macam nak maki hamun pun ada tapi apa hak saya untuk memaki hamun orang yang lebih tua kan ?

Sedangkan Saidina Abdul Rahman yang dikenali sebagai Saidina Abu Hurairah iaitu salah seorang tokoh Islam juga amat menyayangi kucing . Jadi kenapa manusia zaman sekarang ada yang benci pada kucing hingga tergamak melanggarnya ? Astagfirullahalazim :(
Sedih saya pada masa itu . Sebagai seorang yang mencintai kucing sepertimana Saidina Abu Hurairah yang juga mencintai kucing , saya berasa malu dan segan dengan sikap manusia zaman sekarang . Tapi apa yang mampu saya buat ? saya cuma seorang budak sekolah yang berumur 15 tahun pada waktu itu tidak mampu hendak menegur bapak budak yang saya kenali sebagai orang yang susah mendengar kata .

Kalau tidak suka , tidak perlu hendak melanggar kucing tersebut . Biarkan kucing tersebut melintas jalan dengan selamat . Bukannya kucing tersebut akan melakukan apa - apa terhadap kita . Kucing juga makhluk Allah . Kita sebagai makhluk Allah yang mempunyai akal patut boleh bertindak mengikut rasional . Ini tidak , pakai langgar sahaja kucing tu .
Akibat tindakan orang itu , saya cukup dingin dengan orang tu sekarang . Biarlah dia nak kata apa , tapi apa yang dia buat merupakan suatu kesalahan yang berat bagi saya !

Sudahlah , berbicara mengenai orang itu membuat saya sakit hati dan terasa hendak menangis sahaja . Jadi , pesanan saya buat semua yang di luar sana , sayangilah haiwan - haiwan yang ada di dunia ini . Mereka juga mahu hidup meskipun tiada akal seperti kita . Kita TIDAK ADA HAK untuk melakukan perkara yang zalim terhadap makhluk lain .
Akhir kata , saya cuma mampu berharap Allah memberikan hidayah kepada hambaNya yang seorang itu untuk membezakan antara hak dan batil . Sekian ,

Assalamualaikum dan Selamat Malam ,
Buat pembaca blog Si Gadis Hati .
Selesai sudah coretan malam ini ,
Semuanya berkisar tentang makhluk kucing .
Luahan rasa dengan kata saya pada malam ini berakhir setakat ini sahaja ,
Sehingga bertemu di lain entry pula :)

Saturday, February 4, 2012

Tinggal Kenangan ;)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera . Buat pembaca tidak kira usia serta di mana sahaja anda berada . Post kali ini khas untuk kawan saya .
Sekadar Luahan Rasa Dengan Kata !




Sedar tidak sedar , kita kini sudah menginjak masuk ke bulan Februari . Hari ini juga merupakan tarikh lahirnya Kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W .
Tetapi keberadaan saya di blog ini bukan untuk menceritakan perihal itu . Melihat tajuk juga kita sudah tahu bukan itu yang ingin saya ceritakan dari lubuk hati saya yang paling dalam . Kisah kali ini berkenaan rakan / sahabat - sahabat saya yang akan berpindah ke sekolah baru mereka .


Keputusan SBP serta MRSM telah keluar pada 20 Januari 2012 yang lepas . Saya juga tidak terkecuali kena check permohonan saya . Tak akan saya lupa yang saya buka laptop pukul 1 pagi semata - mata nak check sama ada saya diterima masuk ke SBP atau tidak . Juga tidak akan saya lupa di mana saya terjerit - jerit di depan Bilik Guru serta depan mak angkat saya apabila saya TIDAK diulangi TIDAK DITERIMA MASUK ke MRSM . Melonjak kegembiraan hati ini apabila kenyataannya saya tidak perlu ke asrama .


Sebab utama saya kerana saya sudah memikul banyak tanggungjawab walaupun baru awal tahun . Tapi itu hakikat diri saya . Saya tidak boleh melepaskan tanggungjawab saya bulat - bulat pada orang lain . Itu hanya akan buat saya risau berbuat demikian . Tidak semestinya saya tidak dapat masuk ke asrama , rakan yang lain  juga tidak dapat . Keluarga 4 Sains 1 yang pada awalnya mempunyai kekuatan anggota seramai 45 orang kini hanya tinggal 36 . Seramai 9 orang keluarga 4 Sains 1 yang berpindah . Ada yang ke Sekolah Menengah Sains dan ada juga yang dapat ke Maktab Rendah Sains Mara .


Setiap pertemuan akan ada perpisahan . Dan perpisahan itu yang sedang terjadi ke atas diri ini . Sayonara saya ucapkan buat sahabatku seperti Nazira , Syakirah , Ain Sofia , Aqilah serta Qistina . Mereka merupakan antara sahabat saya dari tingkatan 1 serta sama - sama berada dalam kelas KRK seperti saya . Pemergian kalian akan kami rindui . Jangan lupakan kami yang berada di Kosas ni . Cuti nanti , kita pergi bowling macam selalu tau ? Jangan dah dapat kawan baru , kawan lama tolong ingat selalu .


Berat rasa hati untuk berpisah dengan mereka . Sudah lama berkongsi suka dan duka , tiba - tiba , mereka kini tiada di sisi kita . Hari Jumaat tempoh hari merupakan hari terakhir buat sahabat saya yang dapat ke MRSM . Yang dapat ke SBP pula telah pergi ke sekolah baru mereka pada 31 Januari yang lepas .
HUHU :(
Sedihlah apabila teringat pada mereka . Macam tak percaya pun ada . Rasa - rasa saya dah terlebih banyak merepek di entry ini . Mari saya perlihatkan wajah sahabat saya yang sudah berpindah . Enjoy the picture .
Sekian :)



 Ain Sofia : MRSM Pasir Salak
Nazira (Pengawas) : MRSM Alor Gajah
 Aqilah : MRSM Serting
 Farhan : SMS Banting
 Imran (Ketua) : SMS Shah Alam
Syakirah : SMS Tapah

Itu sahaja nama - nama sahabat saya yang akan serta sudah berpindah yang mampu saya ingat . Yang lain harap maaf akan kealpaan diriku ini . Sekian dari Si Gadis Hati untuk entry kali ini . Andai ada tersalah tutur kata , saya minta maaf . Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam .

Asslamualaikum dan Selamat Sejahtera ,
Post kali ini untuk mengucapkan selamay tinggal pada mereka .
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan ,
Kalau ada umur yang panjang , semoga bertemu di pertempuan yang akan datang .

Friday, January 27, 2012

Rumahku Syurgaku !

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera .
Khas saya ucapkan buat pembaca saya tidak kira bangsa mahupun agama .
Tujuan saya menulis tidak lain tidak bukan hanya kerana Luahan Rasa Dengan Kata milik Hatiku yang serba sederhana .
Semoga anda enjoy coretan hati saya :)





Kita sering dengar orang berkata "Rumahku Syurgaku" . Bagi saya perkara itu memang betul kerana rumah itu bertujuan untuk melindungi kita dari segala ancaman . Rumah juga untuk kita mengisi waktu bersama keluarga . Tapi saya ada konflik hati berkenaan rumah . Pelik ya ? Kenapa saya berkata begitu ?
Ini kerana bagi saya , rumah yang saya duduk sejak saya bayi hingga umur saya 14 tahun yang paling tepat untuk saya kata sebagai "Rumahku Syurgaku"


Mari saya terang dari mula kenapa saya berkata sebegitu rupa :)
Pada detik 11 November 2010 saya telah berpindah ke rumah baharu . Lebih kurang 20 minit perjalanan kaki dari rumah lama saya atau setakat 5 minit sahaja dengan menaiki kenderaan . Sejak saya bayi , saya duduk di rumah lama itu . Tetapi , suatu saat saya perlu berpindah . Saya akui , rumah baru saya lebih besar dari rumah lama saya . Tapi apa hebatnya rumah besar jika kita hidup di dalam rumah itu bersama keluarga tapi interaksi sebagai sebuah keluarga itu tiada .



Dulu di rumah lama , dengan jujurnya saya hanya tidur di lantai ruang tamu . Tetapi tidur di lantai ruang tamu itulah yang lebih saya suka kerana sekurang - kurangnya saya tidak berseorangan seperti di rumah lama . Kalau rumah lama , bila makan sahaja pasti ada yang menemani dan ada yang masakkan sesuatu yang saya mahu . Tapi sekarang , saya lebih banyak makan di luar . Kadang - kadang sabtu ahad pun makan luar . Apakah di rumah yang baru saya diami selama 13 bulan ini layak menjadi "Rumahku Syurgaku" ?


Jujur saya katakan , rumah lama yang kini nenek serta 2 orang anak dan seorang menantunya diami itu lebih layak saya gelar sebagai Syurga saya . Di rumah itulah saya membesar . Dari bayi hinggalah saya berumur 14 tahun saya menetap di situ . Di situ zaman kanak - kanak saya berlaku . Terlalu banyak memori yang saya simpan di situ . Nenek yang jaga saya dari kecil , yang masak untuk saya semua di situ . Rumah yang kecil tetapi tempat yang bahagia bagi saya . Sungguh saya katakan , setiap minggu saya balik situ . Kalau terasa nak makan masakan nenek yang telah menjadi santapan saya sejak kecil , pasti saya akan pulang ke situ .


Setiap Jumaat ! Setiap Jumaat adalah hari yang wajib untuk saya duduk di situ . Meskipun sekadar duduk di situ dari tengah hari sampai maghrib tetapi saya suka bahkan hati saya gembira duduk di situ . Sekurang - kurangnya saya tidak berseorangan seperti di rumah sendiri . Jadi wajarlah saya berkata yang rumah lama saya itu adalah "RUMAHKU SYURGAKU"


Saya rasa saya tidak mahu luah lebih lama . Bimbang ada antara keluarga asas saya yang membaca . Takut terasa hati pula mereka . Sekian dulu dari saya .
Assalamualaikum dan Selamat Malam semua :)

Bicara hati lebih baik dari menahan diri ,

Sesukar untuk berkata , sukar lagi untuk menahan rasa .
Saya rindu pada rumah lama ,
Rumah yang menyingkap seribu memori buat saya :)