Monday, October 31, 2011

Jejak Remaja Super !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .
Harap pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera . Post ini bukan apa - apa , sekadar
Luahan Rasa Dengan Kata !


Jejak Remaja Super .

Pada tarikh 31 Oktober 2011 , Isnin , sebuah program yang diberi nama Jejak Remaja Super anjuran Persatuan Pelajar Islam Selangor ( PEPIAS ) telah diadakan di SMK Taman Kosas .
Program ini khas buat lepasan PMR ( form 3 ) macam saya ni . HUHU
Alhamdulillah , dengan izin Allah swt , hati saya tergerak untuk menyertai program tersebut .
Program tersebut bermula pada 8 pagi dan berakhir pada 1.30 petang .

Program tersebut banyak manfaatnya kepada saya apatah lagi saya beragama Islam .
Islam itu indah . Meskipun ceramah tetapi ada games yang turut diadakan . Saya seronok menyertai program tersebut . Sekurang - kurangnya , saya ada juga menyertai program untuk Tingkatan 3 dan tidak lari cari kerja daripada mana - mana cikgu seperti biasa :PP

Yang ini saya perkenalkan : Ustaz Syaifusyafiq bin Shaifuddin .
Beliau merupakan bekas ustaz saya di sekolah . *ustaz untuk 3 bulan sahaja*
Beliau merupakan Secretariat PEPIAS serta orang yang bertanggungjawab menganjurkan program tersebut di sekolah saya .

Slot pagi dimulakan dengan sesi suai kenal antara abang - abang serta kakak - kakak dari PEPIAS . Setelah sesi suai kenal . Slot disambung dengan Ceramah .
Inilah abang yang beri ceramah tu .
Ceramah pun ceramah , tapi gelak tawa masih ada .

Antara mutiara kata yang timbul sewaktu program tersebut ialah : Tuntutlah Ilmu Sampai ke Negeri China . Sabar , tenang , InsyaALLAH pasti ada hikmahnya .
Selain itu , program ini lebih banyak menekankan " Setiap perkara yang terjadi boleh menjadi nikmat atau ujian buat kita "
" Setiap perkara dalam hidup kita perlu ada pengorbanan seperti pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail "

Setelah selesai ceramah , kami semua turun rehat . Setelah rehat , kami sambung program kami tetapi mengikut kumpulan . Terdapat 5 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai kekuatan anggota seramai 20 orang . Termasuklah kumpulan saya :)
Ini kakak fasilitator kumpulan saya . Kumpulan saya tiada nama .
Cukuplah kawan - kawan tahu bahawa saya kumpulan kedua .
Nama kakak ni Nurul Shafikah . Panggil Kak Fika .

Setalah berada di dalam kumpulan masing - masing , games pun dimulakan . Setiap kumpulan duduk di tempat yang berbeza . Bagi kumpulan 2 , kami tersadai di laluan antara blog C dan B sekolah saya . HUHU XD
Tak mengapa , janji kami ada tempat untuk duduk serta menjalankan aktiviti kami .
Games yang pertama kami jalankan ( buat group saya ) ialah Mukaku Mukamu .
Games ini mengajar kita supaya mengenali orang lain dengan lebih akrab tetapi perlu ada batasannya . Games ini memerlukan kita untuk melukis wajah kita sendiri kemudian akan diserahkan kepada mana - mana ahli yang lain . Setelah bertukar tangan , ahli tersebut perlu komen dan meneka siapakah gerangan di sebalik wajah lukisan tersebut .

Ini lukisan yang saya dapat tetapi saya tidak dapat mengenal pasti siapakah pemilik wajah ini .

Setelah berakhir games Mukaku Mukamu ini , kami teruskan pula dengan BOTOL EMAS .
Perghh , game yang ini sangat mencabar cara kami bekerjasama serta cara kami memikirkan strategi . Game ini memerlukan kami mengisi botol dengan air paip *sumber air paling dekat* dengan hanya menggunakan MULUT serta tangan sahaja . Jadi , kawan - kawan bayangkanlah bagaimana keadaan kami sewaktu menjalankan game tersebut .


Dalam operasi mengisi air ke dalam MULUT .
SEKSA . Rasa loya sahaja selepas itu .

Selesai game BOTOL EMAS , kami teruskan dengan game TEROWONG MAUT .
HAH ? Apa kalian rasa apabila mendengar perkataan MAUT tu ?
Mesti fikir game yang agak susah bukan . Tetapi tidak , agak senang juga game tersebut .
Well , game tersebut mengajar kami agar tidak mementingkan diri sendiri serta kita perlu berkorban untuk mencapai sesuatu . Scroll down to see the pic .




Kita perlu ambil kertas di tengah - tengah itu , menggunakan mulut sahaja dan perlu pass kepada orang di luar . Orang di dalam ialah orang yang berkorban kerana dia sanggup menjadi mayat . Sesiapa yang tidak faham , tidak mengapalah . Tak perlu faham . Agak susah hendak diterangkan dengan kata - kata .

Setelah selesai aktiviti ini , tepat pada pukul 12.45 tengah hari , kami pun bergerak ke Surau sekolah kami untuk aktiviti penutup atau konklusi .

Abang Muzakir atau panggilannya abang Kir .
Beliau merupakan Naib Presiden PEPIAS .
Konklusi program telah disampaikan oleh beliau .

Setelah tamat program , kami pun berselawat sambil bersalam - salaman dengan kakak dan abang PEPIAS dan pulang ke rumah .

 Berselawat sambil bersalam - salaman .
Gambar ini bertujuan untuk menunjukkan kecomelan ustaz yang makin comel sejak tamat kontrak sebagai guru .
Maaf ustaz . Gurau senda sahaja :D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera . Thanks readers yang sudi baca .
Post ini menunjukkan aktivi harian saya .
Aktiviti harian saya bersama abang serta kakak dari PEPIAS sahaja .

Friday, October 28, 2011

Aku Terpegun !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .
Harap pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera . Post ini bukan apa - apa , sekadar Luahan Rasa Dengan Kata !




Setelah sekian lama saya terus - terusan update pasal benda yang sedih sahaja , kini saya sudah bertekad untuk mengurangkan post - post yang sedih . Nak juga post yang gembira . Kalau sedih sahaja , nanti mengalami kemurungan pula . Saya bukan yang jenis suka murung , jadi , saya dah bertekad untuk memperbanyakkan post yang gembira pula . Here goes my first happy story :)


Hari ini , saya telah pergi ke rumah nenek saya . Rumah nenek saya tidak jauh pun dari rumah saya . Sekadar 20 minit jalan kaki sahaja . Jadi , setelah sampai di rumah nenek lebih kurang pukul 3 petang , nenek terus ajak saya makan . Kata nenek , nenek memang tunggu saya datang untuk makan sama - sama . Apa lagi , kesian pula dengar nenek kata dia lapar , saya pun terus ke dapur dan makan dengan nenek .


Hari ini , nenek masak special untuk saya . Kawan - kawan nak tau tak apa yang nenek masak untuk saya ? Ermm , masih terasa kesedapan masakan tersebut . HUHU .
Nenek masak KARI KETAM untuk saya . nyum3 . Sedap sangat . Lagipun , sudah lama saya tidak makan masakan nenek yang sememangnya telah menjadi santapan harian saya sejak saya kecil . Jadi , apabila sudah pindah ke rumah sendiri , memang susah nak makan masakan nenek .


HUHU , kemudian , petang menjelma . Oleh sebab cuaca kelihatan cerah , nenek pun mengajak saya keluar untuk menolong dia menggergaji pokok . WOW ! Mesti kawan - kawan pelik kan . Nenek saya ajak gergaji pokok ? Tapi itulah yang telah terjadi . Memang betul , kalau kalian tak percaya , tengok gambar kat bawah ini .



Tengok , saya tidak menipu kalian kan ? hehe ^_^ 


Okey , selesai sahaja menolong nenek , saya terus ambil basikal dan semestinya camera yang sudah ada dalam tangan dan terus pergi berbasikal . Pergh , masa berbasikal ni la saya buat aksi berbahaya . HUHU .
Semasa berbasikal , saya tahu bahawa saya sepatutnya memakai topi keledar tapi saya tak pakai pun . Lagi satu , sambil berbasikal , saya boleh sempat lagi ambil gambar .
Ish3 , satu tangan pegang handle dan lagi satu tangan dan ambil gambar Alam Semulajadi yang sememangnya telah membuat saya terpegun .

Ciptaan Allah SWT memang indah . Saya terpegun melihat fenomena alam yang indah nian pada petang tadi . Mesti kawan - kawan nak lihat juga gambar - gambar tersebut bukan ?
Well , enjoy gambar - gambar tersebut di bawah ini .


 Gambar ini membuat saya terpegun !
 Ini gambar Masjid Kosas .





 Telatah kanak - kanak di Tadika .

 Sejurus sampai di rumah , hujan turun dan saya sempat mengambil gambar ini .
Cantik sungguh ciptaan Allah swt .

 Pelangi Petang ~










 Kanak - kanak bermain bola di Padang MPAJ .

Jadi , apa yang kalian rasa dengan post saya kali ini ? Saya kelihatan seperti sudah baik dari SAKIT HATI saya bukan ? InsyaAllah , saya akan mencuba sebaik mungkin agar tidak sedih - sedih lagi . Saya sendiri dah rasa bosan nak sedih pasal dia . Kita perlu mengikut haluan masing - masing . Masa lalu tidak perlu di ingat apatah lagi jika masa lalu tersebut hanya akan membuat masa depan kita menjadi gelap .







Sekian sahaja post saya kali ini . Saya semakin bersemangat untuk menjalani liku - liku perjalanan hidup saya di hari - hari yang bakal mendatang . Kerana nila setitik , rosak susu sebelanga . Takkan kerana DIA sahaja , saya hendak memusnahkan masa depan saya .
Fikir - fikirkanlah tentang hidup anda jika seseorang membuat anda sakit hati dan anda terasa ingin mematikan hidup anda dengan bersedih , maka anda hanya membuang masa kerana masa lalu akan tinggal sebagai masa lalu . Anda di masa depan perlu terus memandang ke depan dan meneruskan hidup . Sekian .

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera . Thanks readers yang sudi baca .
Post ini menunjukkan siapa saya .
Siapa saya ? Iaitu seorang Insan Biasa .
Insan Biasa yang diberi nama Nornatassha bt Ahmad Azahar sahaja !

Thursday, October 13, 2011

Hidup Umpama Pelarian

Pelarian merupakan orang yang lari daripada ditangkap atas kesalahan yang dilakukannya . Macam orang dah kena tangkap dan masuk penjara tetapi melarikan diri selepas itu dan hidup sebagai pelarian .


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sebagai pembuka kata di petang yang indah lagi terang untuk aktiviti termenung di angkasa lepas tetapi saya memilih untuk update blog saya yang sederhana ini . Hari ni , saya nak cuba update blog saya dengan membuat cerita . Harap kawan - kawan enjoy dengan cerita saya ni :)


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Aku merupakan lepasan PMR bagi tahun 2011 . Peperiksaan Menengah Rendah yang telah berakhir pada 10 Oktober 2011 merupakan detik yang paling indah kerana semua beban yang aku tanggung sudah habis . Keesokan harinya , aku dan kawan - kawan telah pergi outing di Ampang Point . Kami keluar rumah pada pukul 11 pagi dan pulang ke rumah pada pukul 4 petang .


Ketika outing , kami ada juga berbual dan bertanya pendapat antara satu sama lain .
"Wei , korg semua nak datang sekolah ke esok ? "
"Kalau datang sekolah , ada aktiviti apa ? "
Setelah berbual , semua decide nak pergi sekolah kerana semua berfikiran kalau datang , boleh enjoy berbual dan membaca novel yang baru beli tadi .


Malang tak berbau , sangkaan kami tersasar jauh sama sekali . Pada keesokan harinya iaitu Rabu , 12 Oktober 2011 , kesemua pelajar Tingkatan 3 telah dikumpulkan di dewan sekolah bagi program Lepasan PMR . Cikgu kata , program tersebut akan berlangsung selama tiga minggu ! Tiga minggu ? Bermaksud sampai tamat sekolah . Aduh , hancur musnah segala harapanku untuk berbual dan have fun dengan kawan di dalam kelas .


Walaupun bosan di dalam dewan , keesokan harinya iaitu Khamis , saya tetap datang ke sekolah . Namun , pada hari Khamis iaitu hari ini , hidup saya seolah - olah pelarian . Mengelak daripada Cikgu Disiplin kerana tidak berada di dalam dewan . Dari awal pagi iaitu dari pukul 7.30 sehingga 9.50 pagi , saya duduk di dewan .


Walaupun duduk di dalam dewan tetapi saya langsung tidak mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti yang mereka lakukan . Saya terus - terusan layan buku cerita Mr.Midnight .
Kemudian , loceng berbunyi menandakan waktu rehat . Saya keluar agak lambat dari dewan kerana pening kepala . Pening kepala gara - gara perut lapar sebab tak makan malam pada hari sebelumnya .


Kemudian , apabila sudah keluar , saya berjalan agak perlahan sehingga tidak sedar yang mak angkat saya juga berada di sebelah saya . Dia juga bertanya kenapa saya tidak melibatkan diri . Bukan apa - apa , seperti yang telah saya nyatakan , saya nak baca buku dan tidak larat untuk melibatkan diri kerana pening kepala . Lagipun , saya tak makan lagi .


Selepas rehat iaitu pada pukul 10.15 pagi , hidup saya sebagai PELARIAN pun bermula . HUHU ^^ Selepas saya selesai makan , saya dan kawan - kawan tidak masuk semula ke dewan tetapi duduk di Pusat Sumber Sekolah dan membaca buku di situ . Cuma saya , Yai , Edy dan Naj sahaja di PSS . Pelajar tingkatan 3 yang lain berada di dewan untuk mendengar ceramah tentang remaja .


Di saat berada di PSS , saya takut sangat . Andai kata ada Cikgu disiplin yang masuk dan tangkap kami , naya je nasib kami . Takut sangat ada kat dalam PSS tu tetapi cikgu - cikgu yang nampak kami di situ pun buat tak tahu je dengan kami . Tak kisahlah dengan itu , tetapi yang paling saya tak tahan , apabila Yai dan Edy keluar , mesti mereka nampak Guru Kelas kami . Mak angkat saya pun mereka nampak . Mujur tak ditangkap , kalau tidak naya je .


Sedang saya asyik membaca komik , saya terdengar satu suara yang amat saya kenali . Apabila saya toleh ke belakang , ternyata sangkaan saya benar . Mak angkat saya berada di dalam PSS . Apalagi , cuaklah saya kerana mak angkat saya juga Cikgu Disiplin sekolah saya . Lepas itu , saya beritahu kepada junior form 2 yang ada dengan saya supaya memberitahu gerak - geri mak angkat saya itu . 


Saya juga sedang mencari di mana Yai , Edy dan Naj pergi . Mereka tidak muncul - muncul . Saya pula dah cuak kerana takut ditangkap . Mula - mula , mereka kata 'dia' dah pergi . Nasib saya tak bangun lagi kerana mereka kata , 'dia' patah balik . Selepas dia keluar , saya terus bangun dan rupa - rupanya , Yai , Edy dan Naj dah nampak 'dia' dulu . Itu sebab mereka lari dulu dan tidak sempat nak warning saya .

Tidak mengapalah , janji saya tidak kena tangkap . Muahhaha =,=

Aduh , esok kena pergi sekolah lagi . Nasib baik nak kena pulangkan buku SPBT .
Kalau tidak , jadi PELARIAN lagilah saya esok . xD
Sekian .


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


HAHA XD
Jadi , apa komen kalian dengan cerita saya ?
Harap kalian faham isi kandungan cerita saya . Sampai di sini sahaja update saya kali ini . Sekian dan terima kasih sudi membaca cerita saya .

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .

Tuesday, October 11, 2011

Gembira dalam Sedih ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca blog sekalian .
Harap kalian berbahagia sentiasa .
Oleh sebab PMR sudah tamat , maka saya dapat update blog saya selalu . Kali ni nak cakap pasal sesuatu yang menjadi tanda tanya buat diriku .


Pada hari ini , Selasa 11 Oktober 2011 , saya dan kawan - kawan telah keluar untuk hangout . Sekadar ingin melepaskan tekanan . Iyelah , PMR sudah habislah katakan . Namun , tujuan lain kami keluar adalah kerana ingin menyambut Ulangtahun Kelahiran sahabat baik saya iaitu Nurhidayah a.k.a Yai .

Kami sekadar makan di McDonald , masuk Popular bookstore dan pergi main boling . Saya pergi ber-tujuh tadi . Saya , Yai , Edy , Najwa , Ilyana , Fazlia dan Puteri . Saya have fun sangat tadi . Iyelah , kan ramai pula yang nak keluar kosas tahun hadapan jika dapat masuk ke Sekolah lain termasuklah Yai , jadi saya nak ada kenangan terakhir bersama dia .

Namun begitu , gembira tetap gembira di raut wajah tetapi hati saya sayu a.k.a sedih tanpa sebarang sebab yang munasabah . Saya sendiri pelik , walhal hari ini sepatutnya hari yang gembira kerana bukan selalu saya dapat keluar sampai 7 orang sekali . Selalunya 3 hingga 5 orang sahaja .


Apakah hatiku sedang mempermainkan diriku ? Aku sendiri tidak pasti . Yang pasti , perasaanku yang sedang gundah gulana ini membuatku ingin update blog yang sederhana ni . Rasa nervous juga ada . Pelik bukan ? Apa hal tiba - tiba nak rasa nervous pula ?


Itulah , saya sendiri tidak mampu mentafsir perasaan ini . Adakah akan terjadi sesuatu kepada saya ? WallahuAlam , saya sendiri tidak mengetahui apakah yang telah dirancang untuk diri ini . Aku hanya mampu berdoa yang terbaik sahaja untuk diriku .


Esok sekolah ? Tapi apa yang kita nak buat kat sekolah ? Bukannya saya belajar apa - apa lagi . Merdeka la katakan . Namun , saya dah rancang sesuatu lepas PMR ni . Harap - harap menjadi . InsyaAllah , Amin !!


Oleh sebab saya tiada apa yang mahu diucapkan mahupun ditulis , lebih baik saya berundur diri dahulu kerana jam juga telah menunjukkan tepat pukul 12.04 pagi . Esok pula sekola macam biasa . Saya undur diri dahulu buat harini .


Sekian , Assalamualaikum dan Selamat Malam .
Nak tidur , baca doa dan basuh kaki dahulu :)
Peace :PP

Monday, October 10, 2011

Tanggungjawab !

Assalamualaikum pembuka bicara , mendoakan kalian sejahtera di hati yang sederhana ini .
Post kali ini bukan apa - apa , sekadar menyatakan TANGGUNGJAWAB diriku sahaja .
Saya doakan kawan - kawan sihat walafiat di samping orang yang anda sayangi . Saya baru baik demam hari ni . Selamat demam satu hari je .



Responsibility atau tanggungjawab merupakan sesuatu yang dipikul oleh setiap orang . Jadi , tidak salah bukan jika saya ingin jalankan tanggungjawab saya ?
Dengan ini , saya ingin menyatakan bahawa tanggungjawab saya untuk PMR telah tamat . Kini , saya hanya perlu berdoa agar keputusan cemerlang akan dapat saya kecapi . Saya YAKIN saya mampu mencapainya kerana saya sudah berusaha sehabis baik .

Meskipun PMR telah tamat dan saya kini bergelar calon PMR yang merdeka dan hanya menanti waktu keputusan keluar , tidak bermakna tanggungjawab saya untuk menuntut ilmu juga tamat . "TUNTUTLAH ILMU SAMPAI KE NEGERI CINA"
Kata - kata itu saya pegang kerana ilmu itu penting . Ilmu itu tidak pernah habis untuk diterokai , bahkan kita tidak mempunyai waktu yang banyak untuk menuntutnya kerana ajal , maut , jodoh serta takdir berada di tangan Allah . Islam juga menggalakkan umatnya menuntut ilmu . Tidak kira ilmu fardu ain mahupun fardu kifayah .

Selain tanggungjawab menuntut ilmu , terdapat juga tanggungjawab lain yang perlu kita jalani seperti tanggungjawab sesama umat Islam yang bersaudara , tanggungjawab sebagai anak bahkan sebagai kawan . Saya hanya ingin meluahkan rasa kecewa apabila saya ikhlas untuk membantu seorang rakan kerana saya rasa ianya tanggungjawab saya sebagai rakan apatah lagi kami se-Agama tetapi dia seolah - olah tidak mahu menerima pertolongan saya .

Saya faham apa yang dia alami merupakan sesuatu yang berat tetapi seberat manapun masalah kita , Allah swt tetap ada untuk mendengar rintihan hati kita . Kita hanya perlu untuk berdoa kepada-Nya dan Allah swt akan mendengar kita . Ini tidak , masalah berat dan rasa tidak mampu menghadapinya , dia mengambil jalan mudah dengan perasaan ingin bunuh diri sama ada terjun bangunan atau mengelar tangan kita sendiri .

MasyaAllah , beginilah remaja zaman sekarang . Bukan begitu caranya . Kita masih ada agama dan mana - mana agama juga melarang penganutnya melakukan sedemikian . Saya sedih serta terkilan apabila nasihat saya bahkan tawaran saya untuk menjadi rakan tidak kira ketika susah mahupun gembira tidak diterima . Bahkan dia diam seribu bahasa .

Sudahlah , saya tidak faham dengan dia . Saya ikhlas , tidak mengharap apa - apa balasan pun tetapi dia tidak ingin berkawan kerana takut terjadi sesuatu yang buruk kerana dia berasa dirinya akan membawa malang terhadap setiap orang yang berada dekat dengannya .
Perkara seperti itu tidak ada bahkan tidak wujud . Semua itu mainan syaitan sahaja . "Setiap yang terjadi sudah ditentukan oleh Allah SWT sejak Azali lagi bahkan setiap yang terjadi ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya "

Ya Allah , aku memohon kepada-Mu , kau bukakanlah pintu hati kawanku itu agar dia tidak
terus - terusan melakukan laranganMu dan bukakanlah pintu hatinya agar menerima nasihat ku ini kerana sesungguhnya aku hanya sebagai perantara diriMu dan dia . Amin .

Sekian sahaja post dariku Insan Biasa .
Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera buat umat sekelian alam .

Saturday, October 8, 2011

Mereka !

Assalamualaikum pembuka kata . Sebagai tanda mengucapkan semoga kalian berada dalam keadaan sihat serta sejahtera . Post saya kali ini bukan apa - apa . Sekadar ingin mengenalkan kepada kawan - kawan , orang yang sangat saya sayang serta perlu untuk menjalani hidup ini .
Enjoy the post .



Ini diri saya . Semestinya orang yang penting untuk diri ini . Kenapa ?
Kerana , tanpa saya , macam mana nak ada pula orang lain yang penting bukan ?


Ini keluarga saya . Sudah semestinya saya sayang mereka dan mereka penting buat saya !


Ini pula kawan baik saya . 
Nurhidayah dan Ainor Rashidah .
Saya sayang korg .
Korg la kawan baik saya dunia akhirat .
Sentiasa ada buat saya di saat saya menangis atau gembira .


Ini pula mak angkat saya .
Cik Noor Haizan .
Saya sangat menyayangi dia .
Dia mentor yang amat ambil berat .
Dia ambil kisah tentang saya .
I Love You !


Yang ini Azzah .
Dia kawan pena saya . Saya kenal dia melalui blog dia .
Dia selalu dengar masalah saya .
*Maaf ambil gambar awak tanpa kebenaran .


Ini pula Yap !
Dia seorang yang *emo*
Tapi emo pun , saya sayang dia .
Dia faham perasaan saya .
Seolah - olah kami sehati sejiwa !


Cikgu Aida Zaharah .
Dia cikgu Matematik saya tahun ni .
Dia selalu ambil tahu pasal saya .
Dia sangat baik dan sporting sama seperti mak angkat saya .
Oleh itu , saya sayang cikgu Aida .


Hazliana : Yang Kepeng tu .
Azriena yang lagi sorg .
Dorg ny Petugas kooperasi dengan saya pada hari khamis .
Dorg selalu ceriakan saya .

Saya rasa , mereka sahaja yang tetap saya sayang di hati . Saya minta maaf kepada sesiapa yang gambar mereka tidak dimasukkan . Saya sayang juga yang lain tetapi mereka yang gambarnya dimasukkan sahaja yang betul - betul saya sayang . 
Korg yang gambar tidak di masukkan , saya minta maaf dan janganlah berkecil hati . Korg tetap saya sayang cuma tidak seperti mereka di atas .

Kepada orang - orang yang saya sayang di atas . Terima kasih sangat - sangat kerana telah menceriakan hati saya di saat susah . Thanks for everything . Saya sayang korg dunia dan akhirat serta akan selalu mendoakan kebahagiaan korg .
Satu saya pesan , jangan sesekali sakitkan hati saya . Sekali saya berasa sakit dengan kata - kata atau perbuatan korg , sampai bila saya pendam perasaan itu .

Andai saya ada buat salah , saya minta maaf . Saya tidak bermaksud sebegitu atau saya sedang berada dalam keadaan yang tertekan .
Sekian kepada orang - orang yang saya sayangi .

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .

p/s : Saya sedang menangis di saat ini kerana saya marah . Dari saya marah dan di hasut syaitan , baik saya mengeluarkan perasaan itu dengan menangis !