Powered By Blogger

Tuesday, October 29, 2013

Menuju Penamat :')

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Semoga pembaca daku sihat semuanya. Setelah sekian lama saya menyepi seketika, hari ini saya datang membawa sebuah cerita. Sekadar sebuah Luahan Rasa Dengan Kata. Kalau sudi, jemputlah baca. Kalau tak sudi, tidak mengapa :)


Apa khabar pembaca? Semoga sihat walafiat hendaknya. Maaf kerana meninggalkan blog ni sampai berdebu dan bersawang tebal 10 inchi *tipu lebih* hahah.. Al maklumlah, tuan punya blog ni sibuk berhempas pulas untuk SPM yang tinggal lagi 7 hari dari sekarang. Hurwm *doakan saya berjaya ye*
Apa-apa pun, tujuan saya datang ke blog ni sekadar untuk menulis atau dalam erti kata lain merehatkan minda seketika sebelum kembali ke dunia pembelajaran.

Tangan ini merayu-rayu minta menari di papan kekunci. Nak sedapkan hati, saya turutkan saja. Mana tahu ini kali terakhir saya dapat berbuat demikian? Ajal maut tiada siapa yang tahu bukan? Hurwm :')
Maka, warkah kali ini saya hendak mengenalkan beberapa watak yang telah memainkan banyak peranan dalam hidup saya. So, here goes nothing :)


Inilah intan,
Inilah permata.
Mereka yang pertama di sisi,
Di saat aku perlu teman bicara.

Saya percaya sesiapa yang mengikuti setiap penulisan saya pasti tahu siapa mereka dalam hidup saya. Betapa pentingnya mereka sepanjang 3 dari 5 tahun saya di SMKTK. Seolah-olah tak percaya kita akan berpisah jua. Betul la kata orang, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. To both of you, you know who you are to me. Untuk adek, semoga kita sama-sama berjaya ke menara gading. Untuk 'mak', memori bersamamu tidak akan dilupakan. Setiap pertolongan kalian hanya Allah yang dapat membalasnya. Semoga ukhuwah yang telah terjalin tidak akan putus di tengah jalan.


Inilah bos.
Inilah kawan.
Inilah adik.
Walau berbeza umur (setahun je pun) tapi dia tahu banyak benda tentang diriku.
And that makes her so special in my life.
Knowing her had been one of the sweetest memory in SMKTK.

Nama diberi Ainaa. But I call her Cik Puan atau Bos. Hahaha...
Setiap pagi kalau jumpa dia mesti bagi tabik spring sambil ucap "Selamat Pagi Bos"
And that always made me laugh every morning at school :D
Dia budak form 4. Muda setahun la kiranya. Tapi kadang-kadang rasa sikap dia lebih matang dari aku. Mungkin ada yang akan pelik kenapa atau apa pentingnya dia dalam hidup saya kan? Senang je jawapannya, sebab dia ada di samping aku di saat aku susah dan senang (that includes her sister, Amira). Dan yang paling penting, dia ada di samping aku masa aku menangis teruk kat sekolah sebab satu kes baru-baru ni. Itu tak dikira rahsia gelapku yang dia tahu. Mana tak, kawan baik aku sendiri tak tahu apa rahsia aku tu tapi dia mendapat keistimewaan untuk tahu rahsia tu termasuk 'adek' dan 'mak'. Untuk Ainaa, jangan lupakan saya ye bos. Tahun depan, In Shaa Allah akak akan bantu Aina untuk SPM Aina pula.

SPM is just around the corner. And school is about to end for me. Segalanya semakin menuju ke penamat. Detik untuk 5 tahun di SMKTK berakhir semakin dekat. Ya Allah, seperti mimpi semua ini *tampar pipi tak percaya*
Kepada semua kawan-kawan, semoga ukhuwah kita tidak akan terputus di tengah jalan. Jangan dilupa segala memori yang telah terbina. Jangan dibuang seolah tak bermakna sahaja. Kutiplah ia, simpanlah ia dan sematkan segala memori yang telah tercipta di hati dan ingatan selamanya. Kerana apabila kita menginjak dewasa kelak, kenangan itulah yang akan kita ingat semula. Semoga kita semua berjaya menggapai cita-cita yang dikehendaki dan semoga kita bertemu lagi di lain hari :')

Siapa sangka masanya hampir tiba,
Untuk kami melangkah pergi.
Di SMK Taman Kosas memori tercipta,
Semuanya akan disemat di hati.

The time has come for me to leave,
And all the memory I shall keep.
From the depth of my heart I weep,
The tears of happiness is what it lead.

Sampai di sini coretan terakhirku sebelum aku akan menuju ke medan perang. Kepada cikgu-cikgu, halalkan semua ilmu yang cikgu dan bagi dan saya minta maaf andai anda salah dan silap dari tutur kata mahupun tindak-tanduk saya.
Kepada kawan-kawan, maaf andai ada salah dan silap. Halakan segala perkongsian ilmu antara kita. Semoga kita berjaya semuanya. Amin :)

p/s: Semoga majlis izin ilmu esok berjalan dengan lancarnya.

Akhir bicara, jaga mata, jaga hati dan jaga iman. Fihifzillah buat semua. Semoga kita bertemu di coretan seterusnya. Assaamualaikum dan Selamat Malam :)

Wednesday, September 18, 2013

It's Your Special Day :)

Assalamualaikum dear readers :)
Hope each and every single one of you is as fit as a fiddle. It has been quite some time since I write anything for you guys right? Sorry for not doing so. Well, here I am today. Writing right here, right now for a special girl name Merissa Arfa or known as Stella :D



Happy birthday dear. I'm not sure whether you're going to read this or not because it's been a while since I left this blog but I'm just going to write something for you. So, here goes nothing ;)

Dear bestfriend, Stella.

I hope you are doing just fine. It has been a while since we chatted and exchange stories. I guess it's because both of us are having such a big exam this year and I understand that. But nevertheless, you need to know that I never forget about you and I hope you didn't forget about me too.

Hey! Guess what? Today's is your birthday. Yeay! :D
Happy birthday dear. May Allah bless you in this world and hereafter. May all your wishes comes true and good luck on your upcoming exam. Hope you know that I miss you a lot. If you read this, do comment cause I miss you like a lot. Ever since SSB is no longer available, I lost contact with you.

Well, I guess that's all I've got to say to you. Bye ~ Hope to hear any respond from you n_n

p/s: Goodnight everyone. Peace, love and Assalamualaikum. Till the next time :)

Saturday, January 26, 2013

Cinta atau Cita-Cita?

Assalamualaikum pembuka bicara. Hope readers fine and sejahtera. Kedatangan saya kali ni membawa sebuah cereka. Sekadar Luahan Rasa Dengan Kata.




Hai readers :D
Sudah terlalu lama rasanya saya meninggalkan blog ni. Sampai dah tak kenal dengan blog sendiri. Mana tidaknya, terlalu lama ditinggalkan, blog ni pun dah berhabuk, berdebu dan bersawang setebal 10inci. Haha *tipu je*
Hurwm~ Tapi pada malam ni, saya tiba-tiba terasa nak menulis pula. Bukanlah menulis tentang benda berat ke apa, cuma nak meluahkan pendapat tentang perkara ni. Perkara apa tu kan?
Perkaranya adalah Cinta dan Cita-Cita :)


Apa itu cinta? Dan apa pula itu cita-cita?
Pada pendapat saya, cinta itu adalah suatu perasaan yang lahir dari dalam diri seseorang apabila kita jatuh hati atau menyukai jantina yang berlawanan dengan diri kita. Cita-cita pula bermaksud impian atau kerjaya yang diimpikan oleh seseorang di masa depan setelah tamat belajar.

Kebanyakan individu masa kini mempunyai atau pernah terlibat dalam percintaan sejak di alam sekolah menengah lagi. Itu sudah menjadi lumrah manusia kerana pada masa remaja itulah seseorang itu hendak atau mahu mencuba sesuatu perkara yang baru. Sekurang-kurangnya sekali ketika remaja pasti seseorang itu terlibat atau dalam istilah masa kini 'couple' dengan seseorang. Kalau tidak, pasti ada menyukai seseorang.

Bagi seorang pelajar atau murid, apabila hati dicuit dengan perasaan sebegini, pasti dunianya sedikit sebanyak dirasakan akan berubah. Bak kata orang, 'mandi tak basah', 'makan tak kenyang', dan 'tidur tak lena'. Orang yang tengah angau la senang kata. Namun, persoalannya sekarang, TIDAKKAH CINTA ITU AKAN MENGGANGGU KOSENTRASI SESEORANG DALAM MENCAPAI CITA-CITANYA? Mampukah individu tersebut kekal fokus dalam pelajaran demi cita-citanya? Maka, apakah cinta yang bakal dipilih atau cita-cita itu bakal terkubur hanya kerana perasaan cinta?

Ada satu page di laman Facebook yang tidak saya ingat apa nama page itu bertanyakan satu soalan kepada para penggunanya. Soalannya adalah : Kalau korang, korang akan pilih cinta atau cita-cita? Apa sebabnya atas pilihan korang tu?
Kebanyakan pengguna telah memilih cita-cita. Namun, ada juga yang telah memilih cinta dan terdapat juga yang memilih kedua-duanya sekali. Terdapat satu komen yang menarik perhatian saya "Jangan memilih cinta kerana nanti akan sengsara".
Betul ke pendapat orang tu? Tidak dinafikan, jika mengikut logik akal pasti ramai akan memilih cita-cita. Tapi pada realitinya, berapa ramai yang betul-betul akan memilih cita-cita?
Mulut kata 'Mestilah pilih cita-cita. Cita-cita lagi penting!' Namun, hakikatnya ramai yang pasti memilih cinta berbanding cita-cita.

Kenapa saya berani berkata demikian? Jawapannya mudah sekali. Semuanya ada di depan mata kita. Cuba para pembaca fikir. Kalau tidak kerana cinta, kenapa masalah sosial semakin berleluasa di negara kita. Ya, pasti para pembaca akan berkata, 'takkan sebab cinta? Mungkin ada sebab lain'. Pada saya, cinta merupakan salah satu sebab mengapa berlakunya masalah sosial hari ini. Kes-kes pembuangan bayi merupakan salah satu buktinya. Pembuangan bayi sudah tentu berlaku akibat hubungan haram antara lelaki dan perempuan bukan? Kalau tidak kerana cinta, adakah perkara itu akan berlaku? Sudah tentu tidak!

Masalah sosial pasti tidak akan berlaku jika setiap individu mampu menetapkan keputusan dalam memilih cita-cita berbanding cinta. Semuanya terpulang pada diri individu tersebut. Kita perlu ingat, hidup kita di dunia ibarat seorang perantau. Menjadi tanggungjawab kita untuk belajar bukannya mencari cinta. Cinta itu pasti akan hadir sendirinya kerana setiap insan telah ditetapkan jodohnya sebelum dilahirkan lagi. Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita, In Shaa Allah cinta itu akan datang dengan sendirinya :)

Akhir kata dari saya, semua makhluk perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing di dunia ini. Mungkin kerana kurangnya kasih sayang dari keluarga dan tiada kawan membuatkan kita rasa sunyi dan kita hanya berfikir untuk seronok je. Namun, kita perlu ingat kita masih ada Allah tatkala kita merasakan semua orang seolah-olah tiada di sisi kita. Justeru, saya tegaskan, pilihlah cita-cita berbanding cinta. Fokuslah dalam pelajaran demi cita. Kelak, cinta itu akan hadir dengan sendirinya :')



Sekian warkah sayang dari saya pada malam ini. Assalamualaikum dan selamat malam.
Jaga mata, jaga hati dan jaga Iman. In Shaa Allah kita pasti akan dilindungi oleh Allah. Mudah-mudahan. Amin :)

Tuesday, October 16, 2012

Menjadi Diriku :)

Assalamualaikum pembuka bicara :D
Hey readers , apa khabar semuanya ? Semoga dalam keadaan ceria senantiasa . Saya datang cuma untuk berbicara . Sekadar Luahan Rasa Dengan Kata kononnya . Haha xD




Apa khabar readers ? Saya tak tahu nak cakap apa sebab saya cuma nak post lagu ni je . Suka dengar lagu ni . It's all about yourself .




Hidup kita ni tak seperti bintang di langit atau pelangi yang sentiasa indah .
Hidup kita ada kitaran . Kadang kita di atas , kadang kita di bawah .
Rambut sama hitam , hati lain - lain . Manusia mungkin kelihatan sama tapi pada hakikatnya , kita semua berbeza .



Sering wajahku menunjukkan aku sombong , garang dan yang paling ketara adalah sukar tersenyum :')
Aku hanya insan biasa . Aku tak sempurna . Ketahuilah bahawa aku sudah terbiasa sebegitu rupa . Biarkan orang berkata , kerana aku tetap aku !
Hanya mereka yang mengenali aku akan mengetahui diriku yang sebenar .


Biar apa pun yang terjadi , ingatlah wahai kawan - kawanku dan pembaca yang menatap isi hatiku ini :-
Kita perlu sentiasa menjadi diri sendiri !
Terima segala kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri kita .
Ketahuilah bawah setiap orang itu ada kekurangannya dan kelebihannya . Dan kekurangan serta kelebihan yang ada pada diri kita itulah yang membuatkan diri kita itu unik :D

Kepada kawan - kawan mahupun sesiapa sahaja yang mengenali diri ini ,
Terimalah aku seperti apa adanya . Aku hanya insan biasa dan aku pun tak sempurna .
Tuhan menjadikan setiap orang itu berbeza - beza agar kita mampu saling melengkapi di dunia yang fana ini .
Terima kasih kepada orang - orang yang sentiasa menerima aku apa adanya dan sentiasa sabar dengan kerenah aku . Walaupun aku tahu , kadang - kadang kerenah aku ni tak kena dengan umur aku yang dah mencecah 16 tahun ni .


Dan seperkara lagi , kita kenalah bangga dengan apa jua perkara yang kita ada . Tidak kiralah apa orang berkata , kita kena bangga ! Bangga !
Setiap waktu ku nikmati , anugerah hidup yang ku miliki .
Setiap saat , setiap minit , setiap jam mahupun setiap hari yang berlalu dalam hidup kita ni , kita harus ingat bahawa semua itu adalah nikmat yang dikurniakan . Hargailah semua anugerah itu . Jangan persiakan kerana kelak engkau jua yang akan menyesal ..


Hati kita ibarat awan yang terkumpul di langit . Kadang cerah , kadang gelap . Kadang ringan dan kadang pula berat . Tapi bila hati menjadi berat , ia akan menjadi hitam . Dan setelah hujan datang (menangis) atau dalam erti kata lain meluahkan apa yang terbuku , pasti hati kita akan menjadi putih suci ibarat awan yang baru terkumpul di langit biru :)
Jadi , jangan takut untuk menangis jika ia mampu meredakan hati kita !

Sekian sahaja luahan kata dari saya . Saya tinggalkan rakan - rakan dan para pembaca yang lain dengan lagu Menjadi Diriku dari kumpulan EdCoustic . Harap semua terhibur dan selamilah maksud di sebalik lagu itu :')
Assalamualaikum dan Selamat Malam !


Thursday, October 11, 2012

Sekolah Sri Bangsar ♥

Assalamualaikum pembuka bicara . Hope readers fine and sejahtera . Entry kali ni membawa sebuah cerita . Sekadar Luahan Rasa Dengan Kata dari Si Gadis Hati 
Kalau sudi , silalah baca . Kalau tak sudi , tiada paksaan dari saya :D


Readers saya apa khabar ? Sihat tak . Haha . Lama tak menulis . Saya rindu one of my bestie which is Stella . That's why tiba-tiba datang mood nak menulis tu . Iyalah , Stella is one of my stalker kat blog . Itu yang sengaja datang nak menulis tu . huhu ^_^

Hey , tapi itu tetap bukan motif utama saya datang menulis . Antara sebabnya is saya just need to write something . It's been a while since I wrote anything here . Rasanya blog saya ni pun dah berdebu , bersawang , berhabuk , semuanyalah . haha *okay, merepek jap*
Anyway , teruskan membaca . Sebab ceritera saya hendak bermula :D

Siapa pernah dengar tentang Sekolah Sri Bangsar ? Peminat Kak Ain Maisarah pasti tahu tentang sekolah ni bukan ?
Sekolah Sri Bangsar ni sebenarnya sekolah alam maya yang ditubuhkan oleh Kak Ain . Saya juga merupakan antara pelajar di sekolah alam maya ni dan boleh dikatakan antara pelajar yang kuat online . Sekolah ni merupakan tempat untuk kita berinteraksi dengan pembaca - pembaca novel Kak Ain dari seluruh Malaysia .


Di sekolah online ni , saya dapat berkenalan dengan ramai orang . Antaranya ialah Stella , Mimi , Junior Labi Ipin (Iz) , Eiz , Sahirah , Farihah dan ramai lagi yang lain . Tapi , baru - baru ni SSB tak dapat dicari a.k.a tak boleh bukak langsung .
Kalau sebelum ni , at least dapat bukak home page dia . Tapi ni Google langsung tak dapat detect SSB . Jadi , saya agak frust .

Kenapa nak frust kan ? Saya frust sebab tak dapat nak contact a.k.a merepekings dengan kawan - kawan saya especially Stella kat SSB >_<
Hurwm ~ Harap SSB 'pulih' dengan kadar segera ..
Rasa macam pelik kalau sehari tak bukak SSB . Dah kalau tiap - tiap hari bukak , mesti nak bukak selalu kan ?
Haha . Owh well , just hope SSB 'pulih' supaya saya dapat kembali berinteraksi dengan kawan - kawan saya :)

Saya rasa cukup la sampai di sini celoteh saya . Kalau buat panjang - panjang pun bukan ada nak baca . Kalau celoteh lebih - lebih nanti banyak merepek je . Haha . Okay then . Sudah cukup sudah , Cukup sampai di sini saja entry dari saya . Assalamualaikum dan semalam malam semuanya ...

Jaga mata , jaga hati dan jaga Iman :)

p/s : Good luck to SMKTK students for exam tomorrow especially my friends :)

Saturday, October 6, 2012

Selamat Tinggal Kenangan :')

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera . Hope readers fine and sejahtera . Entry saya kali ni membawa sebuah cerita . Segalanya tentang Luahan Rasa Dengan Kata :')
Sudi - sudilah baca . Kalau tak sudi , saya tak memaksa .




So , readers saya apa khabar ? Sihatkah ? Lama saya menghilang . Sampai blog ni bersawang . Eh , kejap . Rasa macam baru sebulan saya menghilang kan ? Kira tak lama la . Well , hari ni nak update sikit . More to meluahkan perasaan actually . Kalau tak nak baca , tak payah baca okay . Saya bukan orang yang suka memaksa . Saya sedar , siapalah saya ni . Blog pown bukan cantik . Lagi la takde orang yang nak baca kan ? Anyway , keep on scrolling untuk sesiapa yang nak baca okay ^_^

As para pembaca tahu (bagi yang pernah baca entry saya pada 3.8.2012) je , pintu hati saya telah diketuk oleh seseorang . Namun , kini semuanya berubah . Iya , saya akui . Saya memang rapat dengan dia . Tapi itu dulu . Sekarang ni , kalau boleh saya tak nak pandang muka dia LANGSUNG ! Reason ? Biarlah rahsia . I just can't accept him anymore !

Kalau boleh , saya tak nak jumpa dia langsung dah kat sekolah . Tapi lately makin kerap pula berjumpa dengan dia . *sigh*
Apalah nasib diriku ini >_<



Hurwm ~ Sedih memikirkan apa yang terjadi . Saya memang sukakan dia . Tapi after the confession , saya cuma anggap dia sebagai kawan . Mengapa ini pula yang terjadi ? Betul ke saya anggap sebagai kawan ? *berfikir sejenak*
Itu sebab saya betul - betul sakit dengan apa yang dia buat . Saya tahu saya salah sebab apa yang saya buat kat dia . Tapi saya dah minta maaf . Hurwm ~
Apa-apa je la kawan . Yang pasti , harap lepas ni tak perlu interact dengan dia dah . Tak nak sakit hati je . Cukuplah kalau bertemu sekadar berbalas senyuman je . Kalau tak nak senyum , terpulang pada dia la .
Akhir kata dari saya :

Dalam Hati Ada Taman,
Dalam Taman Ada Rindu.
Dalam Rindu Ada Sepi,
Dalam Sepi Ada Tangis.
Dalam Tangis Ada Kenangan,
Dalam Kenangan Kau Ku Tinggalkan.
SELAMAT TINGGAL KENANGAN :')

Berakhir sudah entry saya pada kali ini . Saya tahu pendek je entry ni . Tapi apakan daya . Mata saya dah mengantuk . Maka dengan ini , saya ingin mengundur diri . Dengarkanlah lagu didekasikan khas dari saya buat para pembaca . Assalamualaikum dan Selamat Malam :)

Sudah cukup sudah ,
Cukup sampai di sini saja .
Jaga mata , jaga hati dan jaga iman :')

*Sudah Cukup Sudah-Nirwana band*

*Kosong-Najwa Latif*

Monday, September 24, 2012

Mr.Frog :3

Assalamualaikum pembuka bicara . Hope readers fine and sejahtera . Sekian lama saya menghilangkan diri tanpa bicara , today saya kembali dengan Luahan Rasa Dengan Kata :)
Sudi - sudilah membaca , kalau tak sudi saya tak memaksa . Saya sedar siapalah saya . *poyo* xD




Apa khabar para pembaca? Maaf sebab saya sering menghilangkan diri. Semenjak memasuki alam tingkatan 4 ni, busy je memanjang. Al-maklumlah, tahun depan merupakan tahun akhir di alam sekolah menengah ni. Takut, gementar semua ada. Tahun SPM katakan (Y)
Tapi itu bukan tujuan saya nak berceloteh kat sini. Tajuk saya hari ni ialah Encik Katak or in English Mr.Frog :3

Pada tanggal 22 September 2012 iaitu pada hari Sabtu yang lepas, pelajar aliran SC di SMKTK telah mengadakan suatu experiment yang dinamakan DISECTING FROG.
Experiment apakah itu? Experiment itu adalah operasi membedah katak. Muahahah XD
Interesting? Best? Awesome?

Jyeah.... Untuk saya, experiment tersebut memang best. Pada malam sebelum saya menjadi 'Doktor Bedah', saya ada tengok video pembedahan katak yang dijalankan oleh budak sekolah lain . Terus terang saya cakap, saya mabuk lepas tengok video tu . Tapi pada hari pembedahan yang sebenar , saya tak mabuk pown . Haha :D
In fact, group saya seronok gila buat pembedahan tu. Doktor Yasmin *bukan nama sebenar* pown dapat overcome her fear dengan katak . Shocking right? Walapun banyak jugak jeritan-jeritan dari classmates yang lain kedengaran, secara keseluruhannya EXPERIMENT TU BERJAYA DAN SANGAT AWESOME ! Huhu ^_^
Saya rasa karangan ni berakhir sampai di sini sahaja . Tengok pictures pembedahan katak tu je la . Tapi AMARAN kepada yang tidak tahan tengok organ - organ dalaman katak atau geli - geleman dengan katak , dinasihatkan JANGAN TENGOK! Takut ada yang sakit jantung plak nanti (Y)

 *dari kiri*
Dr.Qis, Dr.Amy, Dr.Yasmin, Dr.Sha
 *Pesakit untuk pembedahan kami*
 Dr.Qis bersama pesakit XD

 Operasi membedah bermula :D

 *layer kulit pertama*






 Organ katak :3






TAMAT !

Berakhir akhirnya entry saya kali ini . Hope readers sudi baca . Kalau geli saya memahami . Hehe .. Sekian sahaja celoteh saya :)
Assalamualaikum dan Selamat Malam .
Jaga mata, Jaga Hati dan Jaga Iman :')
p/s: Happy Birthday to 'adek' iaitu Raudatul :)