Tuesday, September 27, 2011

Penilaian Menengah Rendah !

PENILAIAN MENENGAH RENDAH a.k.a. PMR

Assalamualaikum serta Salam Satu Blogger .. Kawan - kawan blog saya sihat kan ? Mudah - mudahan sihat la . Jangan macam saya , sikit - sikit nak pening kepala . Apa nak jadi ni , PMR makin dekat tapi kesihatan tidak dijaga . Bercakap pasal Penilaian Menengah Rendah atau lebih dikenali dengan PMR , saya ialah salah seorang calon yang akan mengambil peperiksaan tersebut pada tahun ini iaitu pada tanggal 04 Oktober 2011 , Selasa .

Tarikh tersebut bakal menjelma tak lama lagi . Minggu depan dah muncul tarikh tersebut . Ya Allah , terasa diri ini seperti tidak bersedia lagi . Semoga saya mampu menjawab peperiksaan tersebut dengan tenang serta berjaya mendapat keputusan yang diingini . Sudah semestinya saya menginginkan keputusan 8A seperti semua calon - calon lain .

Oh ya , saya baru teringat nak cakap . HEHE ^^
Saya merupakan calon ke - 14 di sekolah saya . Depan kan nombor angka giliran saya ? HUHU , nak buat macam mana , dah saya kelas depan . Tapi tak apa - apalah , nombor giliran tidak ada kena - mengena dengan macam mana saya nak jawab peperiksaan nanti . Apakah saya sudah bersedia ? Hanya Allah SWT sahaja yang tahu .

Selain itu , hari Khamis ini juga akan dijalankan Majlis Izin Ilmu serta Majlis Solat Hajat di sekolah saya . Mudah - mudahan hajat kami diperkenankan oleh ALLAH SWT . InsyaAllah , amin . Tapi , saya tak tahu sempat ke tak nak pergi sekolah rendah . Saya mahu juga minta berkat serta dihalalkan ilmu dari guru - guru sekolah rendah saya . Guru - guru dari sekolah rendah juga telah memberi ilmu kepada saya jadi sudah semestinya berkat dari mereka juga penting . Harap - harap jumaat ini sempatlah saya ke sekolah rendah saya .

Peperiksaan akan bermula dengan subjek BM 1 , BM 2 serta Agama . BM insyaAllah saya mampu jawab jika saya teruskan menjawab latihan dengan banyak . Tetapi Agama ? Mampukah saya menjawabnya ? Memang la saya dapat A untuk percubaan tempoh hari bagi subjek Agama , tetapi tahap keyakinan saya untuk menjawab subjek tersebut sangatlah rendah . Seterusnya BI 1 , BI 2 serta Geografi . Untuk subjek - subjek ini insyaAllah saya mampu serta yakin untuk score kerana banyak buat latihan . Tetapi dalam banyak - banyak subjek , saya takut untuk mengambil kertas Kemahiran Hidup Bersepadu . Saya merupakan pelajar pilihan 4 untuk KHB iaitu Perdagangan dan Keusahawanan .

Saya takut sangat untuk mengambil kertas KHB . Kenapa ? Mungkin kerana subjek ini agak mencabar bagi saya terutama tajuk Akaun . Tapi Alhamdulillah , untuk Akaun saya telah jumpa tutor yang sesuai iaitu tidak lain tidak bukan mama saya sendiri . Mama saya merupakan seorang akauntan di sebuah syarikat . Jadi , mama boleh mengajar saya untuk tajuk Akaun tetapi tajuk lain terpaksalah saya usaha sendiri .

Apakah saya mampu mencapai target 8A ? InsyaAllah , dengan usaha yang berterusan saya mampu mencapai target tersebut . Bukan apa , saya mahu sangat 8A itu kerana 8A saya bermaksud 8A juga buat arwah rakan saya . Rindu dia . Semoga dia tenang di alam sana .
Selain itu , saya juga MAHUKAN 8A itu kerana saya ingin masuk ke Sekolah Berasrama Penuh ataupun Maktab Rendah Sains Mara . Saya ingin mengambil aliran sains , jadi 8A sudah semestinya menjamin bahawa saya akan dapat masuk ke aliran tersebut .

Lagi pula , mama sangat berharap agar saya dapat 8A . Bukan apa , waktu UPSR dulu saya telah mengecewakan harapan mama saya kerana saya tidak dapat 5A . Jadi , sekarang saya tidak mahu menghancurkan harapan dia lagi . Dia dah banyak berkorban untuk saya dengan membeli keperluan untuk saya menghadapi peperiksaan yang penting ini .

Oleh sebab saya rasa saya dah banyak membebel dekat post ini , saya rasa saya patut berundur diri dahulu . Sekian sahaja dari saya ( Natassha Azahar ) buat masa ini . Sehingga kita berjumpa lagi di post yang akan datang kalau tiada aral melintang . Selamat Malam diucapkan kepada para bloggers serta GOOD LUCK kepada semua calon - calon PMR di mana - mana negeri di Malaysia ini . Tidak kira apa bangsa atau agama , DO YOUR BEST ! Saya yakin kalian semua pasti berjaya . PMR ni kacang goreng sahaja asalkan kalian berusaha bersungguh - sungguh serta tidak over confident .

SEKIAN . Wabillahiltaufik walhidayah Wassalamualaikumwarahmatullah hiwabarukattuh serta Salam Sejahtera :)


*MY DREAMS : 8A'S IN PMR SERTA RESULT 8A YANG GEMPAK UNTUK KAWAN - KAWAN YANG LAIN !!

Tuesday, September 13, 2011

Perbualan dan Program Itu

Assalamualaikum , Salam Satu Blogger dan Salam Satu Malaysia ...


Huhu ^_^
Oleh sebab Hari Malaysia nak dekat iaitu pada tanggal 16 September ini , jadi saya pun sengaja guna " SALAM SATU MALAYSIA " ..
Entah apa - apa la saya ni kan ? Benda itu pun nak bagitahu !
Tapi tak apa , untuk pengetahuan kawan - kawan semua juga kan ?
Eh , bercakap pasal kawan - kawan ni kan . Kawan - kawan blog saya semuanya sihat - sihat belaka kan ? Kalau kawan - kawan semua sihat , Alhamdulillah . Saya tumpang gembira :)


Okay , saya nak cerita yang mana dulu ? Kawan - kawan nak mana dulu ? Perbualan atau Program Itu ? Dua - dua berlaku semalam tapi yang membezakan kedua - dua cerita ini adalah masa perkara ini berlaku .. Oleh sebab perkara " Perbualan " saya letak dulu ( macam penting sangat je ) , saya cerita pasal PERBUALAN dahulu boleh ? HAHA .. Mestilah boleh kan sebab saya pemilik blog ini . Jadi suka hati sayalah mahu cerita yang mana dahulu ..
Okay2 , nanti marah pula orang yang baca . Banyak sangat merepek tapi cerita tak pun :P


PERBUALAN


Macam ini ceritanya . Malam semalam , saya buat keputusan untuk menelefon mak angkat saya . Jadi , dalam pukul 8.30 malam , saya pun menelefon dia untuk bertanya yang mak angkat saya sibuk atau tidak dalam pukul 9 . Lepas tanya , dia kata dia tak sibuk . Jadi dalam pukul 9.20 , saya pun telefon dia untuk berbual dengan dia . Kami berbual hampir 2 jam .
Astagfirullahalazim , sampai 2 jam kami berbual . Tapi tak apa , papa saya kata kalau berbual nombor telefon rumah ke telefon rumah itu percuma . Jadi , tak salah kami berbual selama 2 jam kan ? hehe ^^
Mesti kawan - kawan pelik kan ? Macam mana kami boleh berbual sampai 2 jam . Biasalah , kata pun anak dengan mak . Walaupun setakat hubungan mak angkat dengan anak angkat , tetapi hubungan kami sangat rapat . Saya senang meluahkan apa - apa masalah dengan dia . Mungkin saya rasa kami ada " chemistry " agaknya . HUHU .. Baguslah kalau saya senang berhubung dengan dia . Kalau tidak , mesti saya akan lebih selalu tertekan . Alhamdulillah , dengan bercakap dengan dia , saya rasa tenang dan macam kurang sedikit bebanan masalah yang saya tanggung . Eh , macam dah lari tajuk pula cerita saya ni . Haha , gila sikit agaknya sekarang ini ataupun berasa terpaksa untuk mengupdate blog ini . HURWM ~
Kami setakat berbual kosong sahaja . Mula - mula saya tanya pasal mak angkat saya puasa tak keesokan harinya sebab saya nak ajak dia datang rumah untuk makan - makan . Tapi , dia puasa pula . Tak dapat ajak dia datang untuk makan - makan tersebut . Tapi tak apa , bukan rezeki dia la sebab tak dapat datang . Lepas itu , saya mula bercakap pasal masalah saya . Masalah apa itu kawan - kawan tak perlulah tahu . Lepas berbual pasal masalah saya itu , kami mula berbual kosong je . Sekadar mengisi masa lapang kerana saya pun tak berapa nak sihat . Pening - pening . Jadi , saya baring atas katil sambil bergayut dengan dia guna telefon rumah sahajalah . Hurwm , perbualan kami ditamatkan pada pukul 11.20 malam . Memang tepat 2 jam la kami berbual . Alamak , macam dah terpanjang sangat pula pasal PERBUALAN ni . Tak apalah , tak mahu cakap pasal PERBUALAN dah . Kita sambung pasal "PROGRAM ITU" pula . HUHU ^_^
Cukuplah sekadar kawan - kawan tau bahawa PERBUALAN ini adalah perbualan mak angkat dengan saya dalam tempoh 2 jam .


PROGRAM ITU


Okay , PROGRAM ITU sebenarnya berkisar tentang program matematik di sekolah saya . Semalam ada program matematik iaitu program DOKTOR PAKAR - DOKTOR - JURURAWAT - PESAKIT . Sebenarnya , program ini untuk pelajar - pelajar tingkatan 3 . Ada beberapa kumpulan pelajar harus ikut cikgu yang ditetapkan tetapi untuk pelajar yang lain dipecahkan kepada kumpulan yang kecil . Doktor terdiri dari pelajar yang bijak pandai . Jururawat pula yang kurang sedikit sahaja jurang markahnya daripada doktor . Macam doktor kumpualan saya , dia dapat 100% untuk percubaan tempoh hari . Saya pula jadi jururawat dengan seorang lagi rakan saya . Dalam kumpulan saya terdapat 2 orang pesakit . Kumpulan saya semua perempuan . Setiap kumpulan mempunyai ahli yang berbeza bilangannya . Mujurlah kumpulan saya hanya mempunyai 5 orang ahli . Pesakit pun 2 orang sahaja . Jadi , lebih senang doktor dan jururawat nak ajar pesakitnya. Program ini boleh dianggap macam program mentor mentee juga lah . Doktor jadi mentor dan jururawat dan pesakit jadi mentee . Jadi , tajuk PROGRAM ITU sekadar ingin bercerita pengalaman saya jadi jururawat untuk program matematik sahaja . 


Oleh sebab jam menunjukkan pukul 12.47 malam tepat , saya rasa saya ingin berundur diri dahulu kerana mata ini juga ingin terkatup dah ni . Saya rajin sangat update blog ni pun kerana kawan saya suruh . Kata kawan saya tu , blog saya ni ayat panjang - panjang dan membantu dia dalam Bahasa Melayu . Entah betul atau tidak itu , saya tak tahu kebenarannya . Hanya kawan saya sahaja yang tahu sama ada dia ikhlas atau tidak berkata begitu . Mudah - mudahan ikhlas . Saya juga ikhlas membantu dia kerana PMR lagi beberapa hari sahaja lagi . Okay la kawan - kawan ..
Selamat Malam :)
Nak tidur tu jangan lupa baca doa dan basuh kaki dulu . Takut diganggu syaitan di malam hari . Banyak syaitan berkeliaran masa - masa macam ini .

Assalamualaikum , Salam Satu Blogger dan Salam Satu MALAYSIA ..
( JANGAN LUPA JAWAB . TAK JAWAB DOSA ) *^_^*

Sunday, September 11, 2011

Hatiku Dalam Dilema

Assalamualaikum dan Salam Satu Blogger : )
Kawan - kawan sihat ? Mudah - mudahan kalian sihat sejahtera ..
Hurwm , bermacam - macam perkara yang bermain di fikiran saya sekarang ..
Terutama sekali tentang Sekolah Berasrama Penuh dan semestinya PMR ...
Saya ingat lagi , minggu lepas bukan main lagi saya dan kawan baik saya dok fikir pasal SBP ni . Entah kenapa , SBP sangat - sangat mengganggu fikiran kami ...
Hari khamis minggu lepas kami setakat bincang sahajalah ...
Tetapi , bila masuk hari jumaat , kami bincang pasal benda tu sampai mengalir air mata :'(
Dah la mengalir air mata time pagi jumaat tu ..
Lepastu , mengalir pulak air mata ini depan mak angkat saya ..
Kalau boleh , saya tak suka orang lain nampak air mata ini mengalir ..

Saya tak nak kelihatan terlalu lemah (bab - bab emosi) depan orang lain .
Biarlah orang nampak saya sebagai orang yang kuat dan tabah tetapi hakikatnya berbeza dengan yang terkandung di dalam hati ini ..
Memang saya menangis la pagi jumaat tu dan menangis depan bilik ketua bidang .
Malu yang amat saya ketika itu . Alhamdulillah mak angkat saya telah menenangkan saya meskipun kemudian saya sambung layan perasaan ni dekat sebelah tandas pula ..
Ya - Allah , tenangkanlah hati hambamu ini ..
Berikanlah petunjuk dan hidayah mu agar hambamu ini mampu membuat keputusan yang sebaiknya ...
Borang SBP telahpun saya isi secara online tetapi gabrah punya pasal , nombor IC papa pun boleh salah ( tak tahan btol ) xDD
Adakah saya telah membuat keputusan yang betul ? Entahlah , Allah sahaja yang tahu ..
Saya takut sangat . Tak tahu kenapa / pasal apa saya takut sangat fikirkan SBP ni ..
Hurwm , takpelah . Oleh sebab saya pun dah isi borang tu dan tinggal nak hantar kepada pihak sekolah sahaja , saya pasrah je lah dengan ketetuan Illahi sama ada saya diterima masuk / tidak meskipun hati ini kuat mengatakan saya akan diterima . Mudah - mudahan saya mampu menanganinya kalau saya diterima masuk : )


Sungguhpun begitu , keputusan saya yang memilih untuk memasuki SBP berjaya mengubah fikiran kawan baik saya . Yelaa , kawan saya dapat straight A dalam trial hari tu .
Rugilah kalau dia tak nak masuk SBP ..
Hurwm , takpelah . Mudah - mudahan kami tabah ..
Doakanlah kami yer kawan - kawan : )
Rasanye sampai di sini dulu lah . Saya tak mampu nak melayan perasaan ini lagi .
Lebih baik saya fokus pada PMR ..
FOKUS SHA ! AWAK PERLU FOKUS !
DAPAT / TIDAK SBP , ITU SEMUA BELAKANG KIRA : )
Kata - kata mak angkat saya yang saya guna pakai untuk hilang kan perasaan tentang SBP ni .



Okay la ~ 
Assalamualaikum dan Selamat Malam : )
Basuh kaki sebelum tidur dan jangan lupa baca doa tidur dulu : )

Sunday, September 4, 2011

Sayang dalam Benci ?

Assalamualaikum dan Salam Satu Blogger .. :)


Rakan - rakan blogger saya semua macam mana ? Sihatkah semua ?
hehe , mesti semua dah naik berat kan sebab makan banyak sangat ? 
huhu ^_^ 
semangat raya katakan ..
kalau rakan - rakan tak naik , dengan jujurnya saya katakan , berat saya dah naik ..
hahha , tapi tak apa , esok saya start puasa 6 ..
huhu , tak sabar nak start puasa balik ..
heheh , okay .. now , back to the title ..
apa masalahnya yerk ?

saya bukanlah bercakap prince charming saya tapi tentang orang lain ..
tindakan dia buat saya sakit hati dengan dia tapi saya tak tahu apakah saya patut bermasam muka dengan dia . Ya - Allah , tolonglah hambamu ini ..
dia tak patut buat saya macam tu .
saya tak tahu apa - apa .
tapi dia pula nak marah - marah .
baru je waktu syawal pertama kita bermaafan ..
tapi , lepas itu dia buat saya sakit hati ..
saya minta tolong tapi dia tak nak tolong .
okay , fine , saya boleh terima dia tak nak tolong saya time tu .
tapi , baru - baru ni nak pergi raya tapi dia tak ada dekat KL .
lepas itu , dia dok kata tukar lah time bila dia ada .
banyak chantek , dah la suruh tukar time hari ahad ( hari ini ) .
sah - sah semua orang busy la kawan .
yang awak nak paksa - paksa kenapa .
lepas itu nak merajuk pulak .
ish , saya harap esok saya boleh la hadap muka dia .
kalau tak . entah-lah nak cakap apa .
sabar sahaja lah .


Ya - Allah , aku memohon padamu , kau tabahkanlah serta kuatkanlah hati hambamu ini agar dapat menahan sakit di hati ini . Kau ubahkanlah jua hati orang yang menyakitkan hatiku ini .
sesungguhnya , niatku hanya agar kami tidak bermasam muka .
amiinn ...


hurwm , okay lah . mesti rakan - rakan tak faham kan cerita ni sebab tak berapa nak clear pasal apa  . 
tak apalah , biar ia menjadi rahsia di lubuk hatiku yang paling dalam ini ..


 hope that person will change :)

Assalamualaikum , Salam Satu Malaysia dan Selamat Malam semua .
Tidur nyenyak yerk ; )
bye (^_^)