Powered By Blogger

Monday, January 23, 2012

Aku Terima Semuanya ;)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat pembaca blog Insan Biasa .
Semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera . Update kali ini bukan apa - apa , cuma ingin bercerita tentang Luahan Rasa Dengan Kata hati Insan Biasa :)




Pertama sekali sebelum Insan Biasa memulakan cerita hari ini , saya hendak memohon maaf kerana sudah sekian lama tidak update . Kasihan buat mana - mana pembaca Insan Biasa yang sekian lama menunggu saya update tapi saya hilang entah ke mana . Cewah , cara saya bicara seolah ramai sahaja pembaca saya . Walaupun tak ramai , tapi saya tahu ada beberapa pembaca saya yang setia menanti saya update . Cuma saya sahaja yang tidak berkesempatan untuk update blog yang sudah penuh dengan sawang labah - labah . Kasihan blog ini . Tidak mengapa , hari ini mood saya sangat terganggu . Apabila itu terjadi , tangan pun mula menari - nari sambil berlagu :)


Kita mulakan cerita hari ini dengan Bismillah :)
Jadi , hari ini saya telah keluar untuk menyiapkan Album KRK . Niat pada mulanya setakat keluar ke Ampang Point untuk menyiapkan Album tersebut , akhirnya sampai ke KLCC pula .  Bukanlah niat untuk melencong sampai jauh sebegitu , tapi Ampang Point tutup pula hari ni . Jadi kami terpaksa ke KLCC untuk menyiapkan Album KRK . Pelik kan nak pergi tempat lain semata - mata untuk menyiapkan Album itu sedangkan rumah ada . Mungkin rumah agak suram sebab tiada sesiapa pun di rumah hari ini .


Tapi , saya bukan hendak bercerita tentang perihal Album KRK tersebut . Album itu sudah siap dan tinggal waktu untuk diberi pada pelajar KRK dan guru lihat sebelum diserahkan pada pentadbir semula . Hari ini setelah pulang dari KLCC lebih kurang pukul 5 petang , saya terus naik ke bilik selepas rehat seketika di ruang tamu . Sudah semestinya kalau naik bilik itu tandanya saya mahu online .. hehe ;D
Semasa saya sedang asyik online , adalah seorang lelaki yang tiba - tiba hantar Chat pada saya . Oleh sebab saya tidak mengamalkan sikap hidung tinggi , saya akan layan walaupun saya tidak kenal . Sekadar untuk mencari kawan , apa salahnya bukan ? Tambahan , lelaki tersebut adalah junior a.k.a pelajar tingkatan 3 di sekolah saya . Mungkin juga dia mahu minta tolong dari segi pelajaran bukan ?


Sedang chat perkenalan , tiba - tiba soalan yang pantang saya lihat keluar . Tidak lain tidak bukan : Awak ni masih single ke ?
Saya pantang sungguh soalan sebegini keluar . Saya akan cakap saya single kerana itu memang hakikat . Saya cakap begitu tidak bermakna saya hendak melayan dia . Tapi bila saya cakap begitu hanya untuk waktu itu kerana selesai chat sahaja saya akan 'block' dia . Dan memang itu terjadi . Dia telah pun saya block . Sudahlah tiba - tiba ajak 'COUPLE' tapi saya tolak je terus sebab saya memang sudah tidak berminat dengan perkara 'COUPLE' ni kerana ia hanya membuang WAKTU dan menjerumus ke arah maksiat . Sebagai umat Islam , semestinya saya mahu elak perkara sebegitu . Buat dosa kering je nanti ;(
Lagipun , kita masih bergelar pelajar . Kita patut fokus pada pelajaran dan bukannya percintaan . Nanti pelajaran entah ke mana , diri pula entah ke mana . Lebih baik fokus pada satu iaitu menuntut ilmu . Itu lebih mulia :)


Selesai chat dengan dia , saya terus block . Tak nak ada hubungan lagi sebab takut makin menjadi - jadi . Selesai masalah dengan lelaki yang pertama ini . Muncul pula masalah dengan lelaki kedua pula . Minggu ini saya banyak kena kacau dengan lelaki yang saya tidak kenali ! Apakah saya ada buat salah pada mereka atau kawan mereka ? Rasanya tidak kerana saya susah untuk membuat musuh . Kalau bermusuhan pun , pasti sekejap sahaja . Okay , mari saya cerita tentang perihal lelaki kedua ini pula .




Kita semua ciptaan Tuhan . Semua sempurna tapi adakah itu bermaksud kita boleh menghina ciptaan Tuhan yang lain ? Apakah kita layak dihina sedangkan kita juga ciptaan Tuhan yang satu ? Itulah masalah Insan Biasa dengan kaum Adam yang kedua ini . Pada waktu itu , saya sedang makan malam . Sudah menjadi kebiasaan saya online guna handphone waktu makan malam . Tatkala saya 'log in' facebook saya , terdapat 1 unread message . Saya terus membuka message tersebut dan lelaki tersebut menulis 'Awak ni saya tengok gedik'
Apalagi , mengamuk la saya waktu itu . Mujur sedang makan jadi marah saya tidak seberapa . Saya terus membalas dengan ayat seperti ini 'Kau siapa nak cakap macam tu? Belum kenal tapi dah buat anggapan sendiri'
Selepas itu , mulalah pertikaman lidah antara kami .


Tiba satu saat , saya malas mahu melayan orang yang bernafsukan amarah syaitan ni . Saya terus berkata begini 'Tak guna aku layan kau . Buat dosa melayan amarah syaitan je . Hak kau nak panggil aku apa pun . Masuk telinga kanan , keluar telinga kiri . Sekian , Assalamualaikum .'
Selepas ayat - ayat di atas keluar , dia terus berkata 'okay , saya tak nak gaduh dah'
Malangnya , waktu itu saya sudah ofline dari handphone saya . Apabila saya buka Facebook guna lappy , saya sudah tidak ingat kepada lelaki itu . Lepas itu , dia cari gaduh dengan saya semula . Dia mula panggil saya gedik lagi .
Fine , saya terima walaupun pada hakikatnya di sekolah saya ganas . Tiada lagi yang panggil saya gedik melainkan kawan baik saya itupun kalau kami sedang bergurau manja .


Saya pun tanya dia kenapa panggil saya gedik .  Kemudian dia kata sebab muka saya buruk . Apa hak dia nak kata saya sebegitu ? Mungkin saya tiada paras rupa menawan tapi saya bersyukur dengan paras rupa yang ada . Sekurang - kurangnya paras rupa saya tidak membuat kaum Adam memandang saya dengan syahwat . Nanti kaum Adam berdosa , kaum hawa pun berdosa .
Lebih baik tiada paras rupa berbanding mempunyai paras rupa sehingga maksiat berlaku . Akhirnya , saya mengelak lelaki tersebut dengan mengatakan saya perlu 'log out' kerana sibuk dengan assignment sedangkan saya hanya melarikan diri ke account facebook saya yang kedua .


Setelah memastikan dia tidak lagi online , saya terus 'block' dia . Apa guna berkawan dengan orang yang tiada budi bahasa dan membuat kita sakit hati sahaja ? Lebih baik berkawan dengan batu kalau begitu . Jadi , hari ini 2 orang kaum Adam telah kena block dari Facebook saya .
Kesimpulannya , kalau ada yang cari pasal dengan saya . Cara saya mudah sahaja , block terus . Tak perlu nak tarik lama - lama . Baik kita terus cegah perkara itu sebelum makin teruk hingga melibatkan orang lain pula . Sekian :)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera .
Hidup ini cuma sementara .
Kita di dunia bukan sendiri sahaja .
Oleh itu , hormatlah makhluk yang lain juga .
Agar hidup sentiasa aman bahagia :)

2 comments:

  1. Laman sosial bukannya bertujuan untuk mencari pasangan sahaja =____='' Saya pelik juga orang zaman sekarang yang terlalu terdesak mencari pasangan sewaktu persekolahan . Sedangkan , pembelajaran kita semuanya ditanggung oleh ibu bapa , kita ada hati pula nak mengorat anak orang .

    Saya mengakui saya pernah , tetapi berubah kepada yang lebih baik itu kan lebih afdhal ? (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup . Saya juga mengaku pernah terlibat dalam percintaan segala bagai ni semua . Tapi itu saat kita 'hormon' tinggi ;D
      FB , Twitter atau apa shj lawan sosial patut dimanfaatkan bukannya guna untuk kacau anak dara orang . Tak faham sungguh mereka ni -.

      Delete