Powered By Blogger

Tuesday, September 13, 2011

Perbualan dan Program Itu

Assalamualaikum , Salam Satu Blogger dan Salam Satu Malaysia ...


Huhu ^_^
Oleh sebab Hari Malaysia nak dekat iaitu pada tanggal 16 September ini , jadi saya pun sengaja guna " SALAM SATU MALAYSIA " ..
Entah apa - apa la saya ni kan ? Benda itu pun nak bagitahu !
Tapi tak apa , untuk pengetahuan kawan - kawan semua juga kan ?
Eh , bercakap pasal kawan - kawan ni kan . Kawan - kawan blog saya semuanya sihat - sihat belaka kan ? Kalau kawan - kawan semua sihat , Alhamdulillah . Saya tumpang gembira :)


Okay , saya nak cerita yang mana dulu ? Kawan - kawan nak mana dulu ? Perbualan atau Program Itu ? Dua - dua berlaku semalam tapi yang membezakan kedua - dua cerita ini adalah masa perkara ini berlaku .. Oleh sebab perkara " Perbualan " saya letak dulu ( macam penting sangat je ) , saya cerita pasal PERBUALAN dahulu boleh ? HAHA .. Mestilah boleh kan sebab saya pemilik blog ini . Jadi suka hati sayalah mahu cerita yang mana dahulu ..
Okay2 , nanti marah pula orang yang baca . Banyak sangat merepek tapi cerita tak pun :P


PERBUALAN


Macam ini ceritanya . Malam semalam , saya buat keputusan untuk menelefon mak angkat saya . Jadi , dalam pukul 8.30 malam , saya pun menelefon dia untuk bertanya yang mak angkat saya sibuk atau tidak dalam pukul 9 . Lepas tanya , dia kata dia tak sibuk . Jadi dalam pukul 9.20 , saya pun telefon dia untuk berbual dengan dia . Kami berbual hampir 2 jam .
Astagfirullahalazim , sampai 2 jam kami berbual . Tapi tak apa , papa saya kata kalau berbual nombor telefon rumah ke telefon rumah itu percuma . Jadi , tak salah kami berbual selama 2 jam kan ? hehe ^^
Mesti kawan - kawan pelik kan ? Macam mana kami boleh berbual sampai 2 jam . Biasalah , kata pun anak dengan mak . Walaupun setakat hubungan mak angkat dengan anak angkat , tetapi hubungan kami sangat rapat . Saya senang meluahkan apa - apa masalah dengan dia . Mungkin saya rasa kami ada " chemistry " agaknya . HUHU .. Baguslah kalau saya senang berhubung dengan dia . Kalau tidak , mesti saya akan lebih selalu tertekan . Alhamdulillah , dengan bercakap dengan dia , saya rasa tenang dan macam kurang sedikit bebanan masalah yang saya tanggung . Eh , macam dah lari tajuk pula cerita saya ni . Haha , gila sikit agaknya sekarang ini ataupun berasa terpaksa untuk mengupdate blog ini . HURWM ~
Kami setakat berbual kosong sahaja . Mula - mula saya tanya pasal mak angkat saya puasa tak keesokan harinya sebab saya nak ajak dia datang rumah untuk makan - makan . Tapi , dia puasa pula . Tak dapat ajak dia datang untuk makan - makan tersebut . Tapi tak apa , bukan rezeki dia la sebab tak dapat datang . Lepas itu , saya mula bercakap pasal masalah saya . Masalah apa itu kawan - kawan tak perlulah tahu . Lepas berbual pasal masalah saya itu , kami mula berbual kosong je . Sekadar mengisi masa lapang kerana saya pun tak berapa nak sihat . Pening - pening . Jadi , saya baring atas katil sambil bergayut dengan dia guna telefon rumah sahajalah . Hurwm , perbualan kami ditamatkan pada pukul 11.20 malam . Memang tepat 2 jam la kami berbual . Alamak , macam dah terpanjang sangat pula pasal PERBUALAN ni . Tak apalah , tak mahu cakap pasal PERBUALAN dah . Kita sambung pasal "PROGRAM ITU" pula . HUHU ^_^
Cukuplah sekadar kawan - kawan tau bahawa PERBUALAN ini adalah perbualan mak angkat dengan saya dalam tempoh 2 jam .


PROGRAM ITU


Okay , PROGRAM ITU sebenarnya berkisar tentang program matematik di sekolah saya . Semalam ada program matematik iaitu program DOKTOR PAKAR - DOKTOR - JURURAWAT - PESAKIT . Sebenarnya , program ini untuk pelajar - pelajar tingkatan 3 . Ada beberapa kumpulan pelajar harus ikut cikgu yang ditetapkan tetapi untuk pelajar yang lain dipecahkan kepada kumpulan yang kecil . Doktor terdiri dari pelajar yang bijak pandai . Jururawat pula yang kurang sedikit sahaja jurang markahnya daripada doktor . Macam doktor kumpualan saya , dia dapat 100% untuk percubaan tempoh hari . Saya pula jadi jururawat dengan seorang lagi rakan saya . Dalam kumpulan saya terdapat 2 orang pesakit . Kumpulan saya semua perempuan . Setiap kumpulan mempunyai ahli yang berbeza bilangannya . Mujurlah kumpulan saya hanya mempunyai 5 orang ahli . Pesakit pun 2 orang sahaja . Jadi , lebih senang doktor dan jururawat nak ajar pesakitnya. Program ini boleh dianggap macam program mentor mentee juga lah . Doktor jadi mentor dan jururawat dan pesakit jadi mentee . Jadi , tajuk PROGRAM ITU sekadar ingin bercerita pengalaman saya jadi jururawat untuk program matematik sahaja . 


Oleh sebab jam menunjukkan pukul 12.47 malam tepat , saya rasa saya ingin berundur diri dahulu kerana mata ini juga ingin terkatup dah ni . Saya rajin sangat update blog ni pun kerana kawan saya suruh . Kata kawan saya tu , blog saya ni ayat panjang - panjang dan membantu dia dalam Bahasa Melayu . Entah betul atau tidak itu , saya tak tahu kebenarannya . Hanya kawan saya sahaja yang tahu sama ada dia ikhlas atau tidak berkata begitu . Mudah - mudahan ikhlas . Saya juga ikhlas membantu dia kerana PMR lagi beberapa hari sahaja lagi . Okay la kawan - kawan ..
Selamat Malam :)
Nak tidur tu jangan lupa baca doa dan basuh kaki dulu . Takut diganggu syaitan di malam hari . Banyak syaitan berkeliaran masa - masa macam ini .

Assalamualaikum , Salam Satu Blogger dan Salam Satu MALAYSIA ..
( JANGAN LUPA JAWAB . TAK JAWAB DOSA ) *^_^*

No comments:

Post a Comment