Powered By Blogger

Tuesday, September 27, 2011

Penilaian Menengah Rendah !

PENILAIAN MENENGAH RENDAH a.k.a. PMR

Assalamualaikum serta Salam Satu Blogger .. Kawan - kawan blog saya sihat kan ? Mudah - mudahan sihat la . Jangan macam saya , sikit - sikit nak pening kepala . Apa nak jadi ni , PMR makin dekat tapi kesihatan tidak dijaga . Bercakap pasal Penilaian Menengah Rendah atau lebih dikenali dengan PMR , saya ialah salah seorang calon yang akan mengambil peperiksaan tersebut pada tahun ini iaitu pada tanggal 04 Oktober 2011 , Selasa .

Tarikh tersebut bakal menjelma tak lama lagi . Minggu depan dah muncul tarikh tersebut . Ya Allah , terasa diri ini seperti tidak bersedia lagi . Semoga saya mampu menjawab peperiksaan tersebut dengan tenang serta berjaya mendapat keputusan yang diingini . Sudah semestinya saya menginginkan keputusan 8A seperti semua calon - calon lain .

Oh ya , saya baru teringat nak cakap . HEHE ^^
Saya merupakan calon ke - 14 di sekolah saya . Depan kan nombor angka giliran saya ? HUHU , nak buat macam mana , dah saya kelas depan . Tapi tak apa - apalah , nombor giliran tidak ada kena - mengena dengan macam mana saya nak jawab peperiksaan nanti . Apakah saya sudah bersedia ? Hanya Allah SWT sahaja yang tahu .

Selain itu , hari Khamis ini juga akan dijalankan Majlis Izin Ilmu serta Majlis Solat Hajat di sekolah saya . Mudah - mudahan hajat kami diperkenankan oleh ALLAH SWT . InsyaAllah , amin . Tapi , saya tak tahu sempat ke tak nak pergi sekolah rendah . Saya mahu juga minta berkat serta dihalalkan ilmu dari guru - guru sekolah rendah saya . Guru - guru dari sekolah rendah juga telah memberi ilmu kepada saya jadi sudah semestinya berkat dari mereka juga penting . Harap - harap jumaat ini sempatlah saya ke sekolah rendah saya .

Peperiksaan akan bermula dengan subjek BM 1 , BM 2 serta Agama . BM insyaAllah saya mampu jawab jika saya teruskan menjawab latihan dengan banyak . Tetapi Agama ? Mampukah saya menjawabnya ? Memang la saya dapat A untuk percubaan tempoh hari bagi subjek Agama , tetapi tahap keyakinan saya untuk menjawab subjek tersebut sangatlah rendah . Seterusnya BI 1 , BI 2 serta Geografi . Untuk subjek - subjek ini insyaAllah saya mampu serta yakin untuk score kerana banyak buat latihan . Tetapi dalam banyak - banyak subjek , saya takut untuk mengambil kertas Kemahiran Hidup Bersepadu . Saya merupakan pelajar pilihan 4 untuk KHB iaitu Perdagangan dan Keusahawanan .

Saya takut sangat untuk mengambil kertas KHB . Kenapa ? Mungkin kerana subjek ini agak mencabar bagi saya terutama tajuk Akaun . Tapi Alhamdulillah , untuk Akaun saya telah jumpa tutor yang sesuai iaitu tidak lain tidak bukan mama saya sendiri . Mama saya merupakan seorang akauntan di sebuah syarikat . Jadi , mama boleh mengajar saya untuk tajuk Akaun tetapi tajuk lain terpaksalah saya usaha sendiri .

Apakah saya mampu mencapai target 8A ? InsyaAllah , dengan usaha yang berterusan saya mampu mencapai target tersebut . Bukan apa , saya mahu sangat 8A itu kerana 8A saya bermaksud 8A juga buat arwah rakan saya . Rindu dia . Semoga dia tenang di alam sana .
Selain itu , saya juga MAHUKAN 8A itu kerana saya ingin masuk ke Sekolah Berasrama Penuh ataupun Maktab Rendah Sains Mara . Saya ingin mengambil aliran sains , jadi 8A sudah semestinya menjamin bahawa saya akan dapat masuk ke aliran tersebut .

Lagi pula , mama sangat berharap agar saya dapat 8A . Bukan apa , waktu UPSR dulu saya telah mengecewakan harapan mama saya kerana saya tidak dapat 5A . Jadi , sekarang saya tidak mahu menghancurkan harapan dia lagi . Dia dah banyak berkorban untuk saya dengan membeli keperluan untuk saya menghadapi peperiksaan yang penting ini .

Oleh sebab saya rasa saya dah banyak membebel dekat post ini , saya rasa saya patut berundur diri dahulu . Sekian sahaja dari saya ( Natassha Azahar ) buat masa ini . Sehingga kita berjumpa lagi di post yang akan datang kalau tiada aral melintang . Selamat Malam diucapkan kepada para bloggers serta GOOD LUCK kepada semua calon - calon PMR di mana - mana negeri di Malaysia ini . Tidak kira apa bangsa atau agama , DO YOUR BEST ! Saya yakin kalian semua pasti berjaya . PMR ni kacang goreng sahaja asalkan kalian berusaha bersungguh - sungguh serta tidak over confident .

SEKIAN . Wabillahiltaufik walhidayah Wassalamualaikumwarahmatullah hiwabarukattuh serta Salam Sejahtera :)


*MY DREAMS : 8A'S IN PMR SERTA RESULT 8A YANG GEMPAK UNTUK KAWAN - KAWAN YANG LAIN !!

2 comments: