Powered By Blogger

Sunday, September 11, 2011

Hatiku Dalam Dilema

Assalamualaikum dan Salam Satu Blogger : )
Kawan - kawan sihat ? Mudah - mudahan kalian sihat sejahtera ..
Hurwm , bermacam - macam perkara yang bermain di fikiran saya sekarang ..
Terutama sekali tentang Sekolah Berasrama Penuh dan semestinya PMR ...
Saya ingat lagi , minggu lepas bukan main lagi saya dan kawan baik saya dok fikir pasal SBP ni . Entah kenapa , SBP sangat - sangat mengganggu fikiran kami ...
Hari khamis minggu lepas kami setakat bincang sahajalah ...
Tetapi , bila masuk hari jumaat , kami bincang pasal benda tu sampai mengalir air mata :'(
Dah la mengalir air mata time pagi jumaat tu ..
Lepastu , mengalir pulak air mata ini depan mak angkat saya ..
Kalau boleh , saya tak suka orang lain nampak air mata ini mengalir ..

Saya tak nak kelihatan terlalu lemah (bab - bab emosi) depan orang lain .
Biarlah orang nampak saya sebagai orang yang kuat dan tabah tetapi hakikatnya berbeza dengan yang terkandung di dalam hati ini ..
Memang saya menangis la pagi jumaat tu dan menangis depan bilik ketua bidang .
Malu yang amat saya ketika itu . Alhamdulillah mak angkat saya telah menenangkan saya meskipun kemudian saya sambung layan perasaan ni dekat sebelah tandas pula ..
Ya - Allah , tenangkanlah hati hambamu ini ..
Berikanlah petunjuk dan hidayah mu agar hambamu ini mampu membuat keputusan yang sebaiknya ...
Borang SBP telahpun saya isi secara online tetapi gabrah punya pasal , nombor IC papa pun boleh salah ( tak tahan btol ) xDD
Adakah saya telah membuat keputusan yang betul ? Entahlah , Allah sahaja yang tahu ..
Saya takut sangat . Tak tahu kenapa / pasal apa saya takut sangat fikirkan SBP ni ..
Hurwm , takpelah . Oleh sebab saya pun dah isi borang tu dan tinggal nak hantar kepada pihak sekolah sahaja , saya pasrah je lah dengan ketetuan Illahi sama ada saya diterima masuk / tidak meskipun hati ini kuat mengatakan saya akan diterima . Mudah - mudahan saya mampu menanganinya kalau saya diterima masuk : )


Sungguhpun begitu , keputusan saya yang memilih untuk memasuki SBP berjaya mengubah fikiran kawan baik saya . Yelaa , kawan saya dapat straight A dalam trial hari tu .
Rugilah kalau dia tak nak masuk SBP ..
Hurwm , takpelah . Mudah - mudahan kami tabah ..
Doakanlah kami yer kawan - kawan : )
Rasanye sampai di sini dulu lah . Saya tak mampu nak melayan perasaan ini lagi .
Lebih baik saya fokus pada PMR ..
FOKUS SHA ! AWAK PERLU FOKUS !
DAPAT / TIDAK SBP , ITU SEMUA BELAKANG KIRA : )
Kata - kata mak angkat saya yang saya guna pakai untuk hilang kan perasaan tentang SBP ni .



Okay la ~ 
Assalamualaikum dan Selamat Malam : )
Basuh kaki sebelum tidur dan jangan lupa baca doa tidur dulu : )

2 comments:

  1. Mahu masuh SBP , result PMR mesti kena gempak :D jadi , buat betul-2 untuk PMR yang datang tak lama lagi :) . insyaallah dengan berkat usaha dan doa , awak akan dapat apa yang awak ingin capaikan .

    ReplyDelete
  2. perasaan saya masih 50-50 tentang SBP ni ..
    Entah iya / tidak saya nak masuk , itu semua belakang kire ..
    Thank you :)

    ReplyDelete