Powered By Blogger

Tuesday, November 29, 2011

Selesai Akhirnya !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .
Semoga pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera . Post ini bukan apa - apa , sekadar
Luahan Rasa Dengan Kata !



HEHE
Tiba - tiba sahaja terpampang gambar DONE ya ? HUHU ^^
Bukan selesai apa - apa , cuma saya gembira dan bersyukur kerana Kenduri Doa Selamat semalam dan Ujian Kelayakan Kemasukan ke MRSM pada hari ini telah selesai .
Gembira bukan kepalang apabila kedua - dua perkara yang penting pada minggu ini telah selesai .

Alhamdulillah , syukur ke hadrat Illahi Kenduri semalam berjalan dengan lancar walaupun hujan lebat . Tak mengapalah hujan . Hujan itu rahmat . Janji majlis berjalan dengan lancar . Kenduri Doa Selamat itu mak ayah saya buat sebab adik - adik saya berKHATAN ! . HUHU
Adik saya yang berumur 11 tahun dan 8 tahun di Khatankan sekali . Lepas itu , Kenduri tu juga sempena awal Muharam ( Birthday saya dalam Islam ) dan semenjak kami sekeluarga duduk di rumah ini , kami tidak pernah buat sebarang kenduri kesyukuran sebab telah berpindah !


So , the first event this week is DONE . A tick in my diary :D
Lets' move on to the next event which is today's event . HUHU
So , event pada hari ini pula Ujian Kelayakan Kemasukan ke MRSM . Well , saya sebagai calon PMR 2011 mesti ada hasrat untuk ke mana - mana sekolah berasrama . Jadi , saya telah memohon ke Sekolah Berasrama Penuh Kuala Selangor dan juga Maktab Rendah Sains Mara Alor Gajah . Untuk SBP , tiada ujian yang perlu diambil tetapi bagi MRSM , pemohon perlu mengambil Ujian Kelayakan . 



Ujian tersebut terdiri daripada 3 kertas . Kertas matematik , sains dan juga keperibadian .
Okay , soalan Matematik dia telah membuat saya terkedu , terpempan dan segala yang buat saya terdiam tak tahu nak bereaksi bagaimana . Soalan dia sangat - sangat - sangatlah susah . Saya dapat jawab 20 lebih sahaja daripada 40 soalan . Itu pun belum pasti semua yang berjaya dijawab itu betul . Lepas itu , masa untuk ujian Matematik pun tamat . Nak tahu apa pengawas tu cakap pada semua pemohon di dalam lab itu ?
*lupa nak bagitahu , saya salah masuk makmal rupanya . buat malu sahaja*

Pengawas : Okay . Saya bagi anda 1-2 minit kepada sesiapa yang belum siap lagi untuk tembak soalan bagi habis dan tekan butang SELESAI !
Ceh , pengawas pun suruh kami tembak ya . (Y)


Okay , habis je ujian matematik , pengawas tu bagi kami keluar . Then , saya duduk kejap dan minum air dulu . Nak makan , selera saya telah direntap oleh ujian matematik yang susah gila tu . Then , saya keluar juga sebab ingat nak pergi tandas dan nangis sendirian *okay tipu* . HEHE
Saya keluar sebab saya perlu call somebody . I need to talk to somebody . So , saya pilih untuk call Cikgu Haizan tapi Cikgu tak angkat phone . Jadi , saya call kawan baik saya iaitu Nurhidayah !


Okay , since I need somebody to talk to , saya terus buka call log kat handphone saya dan terus ternampak nama Cikgu Haizan . Hurwm , apalagi , terus call la sebab dah tak tahan stress ujian matematik tu . Tapi sakit hati pula yang datang sebab Cikgu tak jawab panggilan saya . 
Alhamdulillah dia tak jawab sebab lepas call dia baru saya teringat yang kawan baik saya baru dapat handphone baru . Apalagi , saya terus call dia la . Tapi tak dapat cakap lama . Waktu cakap dengan dia , saya ada nangis sikit . Pergh , kalau sampai nangis tu maknanya saya memang beriya - iya nak masuk MRSM la kan ?!


Lepas cakap dengan kawan , saya terus masuk balik makmal untuk ujian seterusnya . Tak lain tak bukan , paper Sains dan Keperibadian . Sains saya dapat siap dengan cepat sekali . Soalan dia sangat senang dan direct questions . 50 soalan saya siap dalam tempoh 50 minit sahaja . Bermakna pukul 10.50 saya sudah siap menjawab soalan Sains dan terus menyambung soalan Keperibadian pula . Soalan Keperibadian mengambil masa sedikit . Ada 100 soalan yang perlu di jawab dalam tempoh 30 minit . Walaupun saya jawab dengan pantas tetapi saya tetap check semula jawapan saya . Takut ada salah tanda atau nak tukar jawapan .


Soalan - soalan Ujian Keperibadian macam tak logik je rasa . Antara soalan yang ada ialah :
1 . Kereta Nasional mana merupakan pilihan idaman anda .
2 . Apakah ciri - ciri HERO pilihan anda .
Macam - macam lagi sebab ada 100 soalan tapi yang saya ingat dua ini sahaja .
Pelik soalan dia . Apa kena - mengena dengan MRSM pun saya tak tahu .
HAHA . Tapi dah itu soalan yang diberi , saya jawab sahajalah .


Okaylah . Cukup lama dah saya merapu kat post ni . Kasihan pula kepada pembaca saya .
Dah la panjang pastu membosankan pula tu . Tak mengapa , saya sedar diri saya . Saya cuma Insan Biasa yang tiada apa - apa keistimewaan dalam diri . HUHU ^^
Sekian sahaja warkah Insan Biasa . Saya undur diri dahulu . Enjoy lagu kat bawah ni . Banyak kali dengar lagu ni waktu perjalan pergi dan balik daripada KPM Beranang .
Peace (Y) no war everyone :)

Smile and Take Care !


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .
Terima Kasih sebab tak jawab phone call saya .
Exam matematik tadi main tembak sahaja .
Soalan dia , fuhhh ... Orang yang terror pasti boleh jawab punya !
*Saya tak terror* -____-



Entah berapa kali dengar lagu ni .
Saya pun tak pasti . Yang pasti , saya dengar dan layan sahaja .
Since tak tahu nak berbual apa dengan papa dalam kereta !

No comments:

Post a Comment