Powered By Blogger

Monday, November 7, 2011

Setahun Sekali .

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .
Harap pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera . Post ini bukan apa - apa , sekadar
Luahan Rasa Dengan Kata !




Mesti kalian pelik bukan ? Title entry "Setahun Sekali" tapi tiba - tiba gambar pasal tekanan ?
HUHU . Tunggulah saya cerita kepada kalian dahulu , baru kalian faham apa kena - mengena TEKANAN dengan Setahun Sekali tu .   xD


Okey , pada minggu lepas iaitu Rabu , 2 Oktober 2011 merupakan hari ketiga sekolah selepas cuti seminggu . Nak dibuat cerita , adik saya pula demam sebelum itu dan baru baik . Pada hari selasa , hari sebelumnya , saya tidur bilik dia . Tak tahu mengapa saya tiba - tiba nak tidur bilik dia . Pelik .


Kemudian , hari rabu itu saya pergi sekolah seperti biasa tetapi pada pagi itu saya sudah berasa lain macam . Maksud lain macam saya ialah saya rasa mabuk dan pening di sekolah . Saya tahan saja kerana saya lebih sanggup berada di sekolah daripada kebosanan duduk di rumah . Kemudian , saya keluar bersama bonda ( Puan Erni ) , mak angkat saya , Yai dan Qis membeli barang untuk dibuat hamper bagi Majlis Penutup Program Lepasan PMR .


Semasa keluar membeli barang ini baru saya rasa pening kepala saya semakin teruk . Rasa nak pitam pun ada tetapi di tahan sahaja . Kemudian , kami pulang ke sekolah setelah selesai membeli barang . Kawan - kawan yang lain sambung buat hamper tapi saya pergi jumpa Cikgu Aida dan ambil kertas untuk distapler kerana dia minta tolong . Tidak mengapalah , biar saya seorang sahaja yang buat kerja stapler tu dan yang lain buat hamper . Hamper lebih penting .


Buat kerja stapler itu agak memberi tekanan kerana banyak kertas yang perlu distapler dan hanya saya seorang sahaja membuat kerja tersebut . Sedang membuat kerja itu , kepala saya makin tertekan akibatnya pening kepala saya makin teruk dan saya sedar itu tandanya saya akan demam teruk .


Tekaan saya benar kerana apabila bunyi sahaja loceng sekolah , saya terus keluar dan balik rumah nenek kerana tidak larat . Sampai kawan baik saya pun tidak tahu saya sudah balik kerana saya hendak elak hujan *takuthujanmakinlebat*
Sampai di rumah nenek , saya terus tidur . Lebih kurang pukul 4 petang , saya terjaga lalu saya makan roti dan ambil ubat .


Beberapa ketika selepas makan ubat , saya muntah - muntah pula . Apabila sudah begitu jadinya , sahlah bahawa saya tertekan sehingga demam . Saya cuma akan demam Setahun Sekali . Alhamdulillah , demam tahun ni tidak teruk meskipun ubat dah habis tetapi pening kepala masih tidak hilang lagi . Cepatlah pergi wahai demam dan penyakit yang seangkatan datang dengannya . 


Walau apapun , saya bersyukur saya tidak demam teruk seperti waktu saya darjah 3 . Sampai masuk hospital ketika itu . Tidak sanggup rasanya jika kejadian seperti itu berulang lagi . Kalau ada sesiapa yang tidak faham cerita ini , buat - buat faham sudahlah *kejam* xDDD


Pendek Cerita : Setahun sekali menceritakan tentang saya yang hanya demam sampai tak datang sekolah tapi setahun sekali sahaja . Tiap - tiap tahun , pasti akan ada 1 atau 2 hari saya tidak datang sekolah sebab demam . Kalau teruk sangat pun , mesti 3 hari sahaja . HUHU ^^

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .
Thanks readers yang sudi baca .
Post ini sekadar cerita , tentang saya yang demam sekali sekala :D
Peace No War !

No comments:

Post a Comment