Powered By Blogger

Saturday, October 1, 2011

Andai Kata ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua rakyat Malaysia yang membaca blog saya yang biasa lagi sederhana ini *ceehh , humble konon *
Hurwm , ANDAI ? Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan tersebut ?
Andai bermaksud sesuatu yang mungkin terjadi *bagi saya lah *
Tapi kenapa saya dok cakap pasal andai ni ? Mungkin kerana saya sudah seperti tidak tenang menghadapi serta menjalani hidup ini sejak belakangan ini .


Andai kata ditakdirkan sesuatu terjadi kepada saya . Adakah saya akan mampu menghadapai perkara tersebut sedangkan perkara yang kecil terjadi kepada saya belakangan ini sahaja telah mengguris hati dan perasaan saya sedikit demi sedikit ..


Andai kata saya ditakdirkan ditimpa kecelakaan ? Apakah saya akan sempat menghadapi PMR yang akan berlangsung pada Selasa minggu hadapan ? Ya Allah , aku memohon pada - Mu , kau sembuhkanlah tanganku ini . Aku takut sangat . Seolah - olah maut berada dekat denganku . Eish , apa yang aku cakap ni . Tak baik berkata begitu , seolah - olah mendoakan sahaja .


Andai kata maut datang menjemputku , adakah aku sudah bersedia untuk menyahut seruan tersebut . Saya sedar , saya sedar saya banyak membuat dosa . Tapi itu memang sifat manusia , selalu sahaja alpa dengan kekayaan di dunia lantas sering lupa akan akhirat . Tetapi , apakan daya , aku cuman manusia biasa yang tidak sempurna melainkan Allah swt .


Andai aku pergi dari rumah , adakah aku mampu menjalani hidup tanpa keluarga di sisi terutama sekali tanpa mak angkat serta rakan - rakan karibku ? Aku manusia yang lemah terutama sekali dari segi emosi . Emosi sering mengawal diriku ini . Aku lemah ! Aku lemah !


Aku tidak mahu begini sentiasa . Jika hendak disenaraikan , terlalu banyak ANDAI yang sering bermain di fikiran ini . 


Post bertajuk ' Andai Kata ' ini sudah lama daku tahan untuk menulisnya . Tetapi apabila terlalu  lama tertahan , daku sudah kelu lidah , tangan dan hati untuk berkata - kata tentangnya .
Aku insan biasa yang sentiasa memikirkan apa yang bakal terjadi terhadap diriku ini ..


Sekian sahaja dahulu dari aku insan biasa .
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .


Terima kasih buat rakan - rakan yang sentiasa bersama diri ini terutama Hidayah , Ainor , Yap serta mak angkatku sendiri Cikgu Haizan dan adek iaitu Raudatul . Takkan aku lupa korang serta rakan pena iaitu Azzah . Thanks 4 listening to my problem :'(



No comments:

Post a Comment