Powered By Blogger

Friday, December 16, 2011

Our Last Time ?

Assamualaikum dan Salam Sejahtera .
Semoga pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera . Post ini bukan apa - apa , sekadar
Luahan Rasa Dengan Kata hati Insan Biasa .
Sudi - sudilah baca ya ? :)




So , erm , Yeah this is my friends . Eh , apa hal aku speaking pula ni ? -.-
HAHA :D Sebenar - benarnya , pada tarikh 16 Disember 2011 kami telah memilih untuk keluar outing . Barangkali untuk kali terakhir sebagai penutupan tahun 2011 . Iyalah , pada tarikh keramat 22.12.2011 iaitu Khamis depan keputusan PMR kami akan keluar . Hati berdebar - debar menanti minggu depan . Apakah keputusan kami nanti ?



Ya Allah ya Tuhanku , aku redha serta mengikhlaskan segala apa yang telah ditakdirkan buat diriku pada hari keputusan keluar . Segala apa yang telah Engkau tetapkan pasti ada hikmah di sebaliknya . Andai ditakdirkan aku memperolehi keputusan yang kurang cemerlang , semoga Engkau tabahkan hati kedua ibu bapaku untuk menerima takdirMu ini ya Allah . Amin :"(


Okay . Tak nak mood emosional lagi . Hari ini , aku telah keluar Outing dengan kawan - kawanku iaitu Najwa Afifah , Yasmin , Fazlia , Puteri and juga seorang junior Form 2 yang rapat dengan kami iaitu Ain Syazween :)
Kami keluar pada pukul 10.00 pagi dan berkumpul di 7E . Kami pergi menaiki bas kecuali Fazlia kerana Fazlia dihantar oleh kakak dia ke KLCC .


Kami sampai lebih kurang pukul 11.05 di KLCC . Sampai sahaja di sana , kami terus ke Kinokuniya sebab Fazlia sedang menunggu di situ . Oleh sebab kami takut tiket habis , kami telah menyuruh Fazlia membelikan tiket dahulu untuk kami . Dan harga tiket itu tidaklah mengejutkan saya iaitu RM14 sebab cerita yang kami nak tengok iaitu Alvin and The Chipmunks 3 : Chipwrecked baru sahaja ditayangkan mulai 15 Disember .





HOHO . Lepas cari Fazlia , kami terus ke Parkson sebab mama suruh saya mencari hadiah untuk hari jadi papa berupa Tali Leher . Tapi harga Tali Leher di Parkson mencecah RM200 satu 0.0
Oleh sebab mahal sangat , mama akhirnya suruh saya pergi cari Tali Leher di Ampang Point . Lepas ke Parkson , kami naik semula ke Food Court . Semua perut kosong termasuklah saya yang hanya minum susu sahaja sebelum keluar rumah . Sampai di Food Court , kami terus pilih meja dan kemudian terus pergi mencari makanan kami sendiri . Masing - masing dengan pilihan makan sendiri . 2 orang makan McDonald , 2 orang makan Claypot Dish dan 2 orang lagi makan Nasi Ayam iaitu saya XD


Lepas makan , kami terus menuju ke Taman KLCC . Tidak lain tidak bukan kalau nak posing di sana . Posing sekadar untuk Kenangan di kemudian hari sahaja . Agak lama juga kami di sana . Sampai pukul 12.45 juga tetapi masuk ke dalam semula sebab cuaca semakin panas . HAHA . Apa kata pembaca tengok je gambar masa kat Taman . Macam - macam kerenah kami XD
Kami juga sempat berjumpa dengan banyak pelancong asing seperti kanak - kanak dari Jepun :D

















 Kanak - kanak dari Jepun :D



Kemudian , kami masuk semula ke dalam sebab kepanasan . Lepas itu , kami teman Puteri beli cekak . Lepas beli cekak , kami semua naik semula ke Panggung Wayang sebab movie tersebut akan bermula pada pukul 1.30 petang . Lepas beli popcorn dan air , kami masuk ke pawagam nombor 11 XD
Cerita tersebut tamat pada pukul 3.00 petang . Kami keluar dan decide untuk terus ke Ampang Point tapi terkejut sebab dekat luar sedang hujan . Terpaksalah kami redah hujan lintas jalan sebab kena ambil bas di seberang jalan . Basahlah kami tetapi mujur hujan tidak berapa lebat .


 Dihujani (Y)

Pencemaran betul -.-

Sampai sahaja di Ampang Point , Yasmin , Najwa dan Ain pergi mencari surau untuk solat . Saya dan yang lain pula pergi ke tandas dan teman Fazlia cari Jam Tangan untuk hari jadi sepupu dia . Kemudian , kami terus ke Factory Outlet untuk mencari Tali Leher . Nasib kami baik sebab dapat Tali Leher yang bersesuaian serta menepati bajet saya ada terjual di situ . Tapi nak buat pilihan bukan main lama lagi . Sampai minta pendapat 3 orang asing pasal ni . Tapi yang lucunya , ada seorang abang tu *pekerja kedai* sempat lagi nak cucuk jarum cuba mengurat Yasmin . HAHA

* Tie yang dipilih . Cantik kan ? XD

Lepas bayar , kami jalan - jalan dalam Ampang Point cuci mata dulu dan kemudian pergi beli air . Lepas pergi beli air , kami terus ke Perhentian Bas . Seperti biasa , kalau tunggu bas rapid mesti lambat sebab bas rapid yang masuk ke Kosas tidak banyak . Dari pukul 5 sampai pukul 5.35 kami tunggu bas . Penat sangat masa tu . Rasa nak pengsan pun boleh . Lepas dapat bas , kami terus balik . Saya turun di Ampang Indah sebab nak pergi Pasar Malam dan perhentian bas itu dekat dengan rumah nenek . Dah beli apa yang patut di Pasar Malam , kami terus balik . Penat kami tidak terkata . Sekian sebagai penutup kata .

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera .
Mood saya tiba - tiba berubah pula .
Mood lapar mula menjelma .
Gara - gara tidak ambil dinner XD
Bye . Take care (Y)

No comments:

Post a Comment