Powered By Blogger

Wednesday, December 21, 2011

Gemuruh Melanda !

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat para pembaca yang sedang menatap warkah dari Insan Biasa pada kali ini .
Warkah kali ini seperti biasa hanyalah Luahan Rasa Dengan Kata hati Insan Biasa :)
Semoga pembaca membacanya dengan suka tanpa ada paksaan dari sesiapa .





Dup dap .. Dup dap .. Dup dap jantung milik Insan Biasa berdegup . Berdegup dengan kadar yang luar biasa . Jarum jam menunjukkan waktu sudah menginjak masuk ke pukul 6 pagi . Semakin lama masa berlalu , semakin kencang degupan jantung Insan Biasa . Perasaan gemuruh itu sudah semestinya ada sehingga darah tidak mampu mengalir ke tangan secara normal . *tangandahsejuk* Kerana perasaan gemuruh ini jugalah , saya tidak mampu melelapkan mata . Saya tidak melelapkan mata dari semalam lagi .


Hari yang begitu bermakna buat semua calon PMR 2011 iaitu 22 Disember 2011 , Khamis telah tiba . Tarikh di mana keputusan PMR yang amat bermakna buat semua calon akan dikeluarkan . Setelah hampir dua bulan menunggu , keputusan bakal diagihkan kepada calon - calon PMR . Termasuklah saya .
Nervous bukan kepalang saya memikirkan hari ini sehingga tidur pun sudah tidak peduli . Setelah semua usaha yang saya berikan , hari ini akan dibalas kembali dengan keputusan yang cemerlang . InsyaAllah :)


Apakah mampu saya menghadapinya dengan tenang . Atau saya memerlukan seseorang di sisi ? Sedangkan saya sendiri bertegas ingin mengambil keputusan saya sendiri tanpa kehadiran ibu bapa di sisi . Ini keputusan saya sendiri . Andai keputusan yang sudah sedia tercetak itu kurang cemerlang , biarlah saya kecewa sendiri dahulu . Setelah reda barulah saya kongsi .

Itulah diri saya . Sentiasa mahu menanggung segalanya sendirian sedangkan kita di dunia ini bukan sendirian : |

Oleh sebab sudah tiada apa yang perlu diperkatakan , saya mengundur diri dahulu . Buat kawan - kawan yang lahir pada tahun 1996 , calon PMR tahun 2011 , saya Insan Biasa yang bernama Nornatassha Ahmad Azahar , mengucapkan serta mendoakan agar kalian ikhlas serta redha menerima segala keputusan yang diperolehi . Gagal sekarang tidak bermakna anda gagal selamanya . Itu hanya bermakna anda perlu berusaha lagi di masa hadapan .


Bagi yang memperolehi keputusan cemerlang , tolong jangan terlalu selesa dengan kedudukan anda . Hidup umpama roda yang berputar . Sekejap anda berada di atas , sekejap anda berada di bawah . Teruskan usaha anda untuk kekal cemerlang . Jangan bersikap hidung tinggi apabila sudah berjaya .
Mulakan hari anda dengan ucapan Bismillah dan tatkala menerima keputusan anda , ucaplah Alhamdulillah . Segala kejayaan yang diperolehi hanyalah pinjaman daripada Tuhan yang Maha berkuasa . Sekian , saya undur diri dengan dua buah lagu untuk semua .



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,
Bismillah pembuka kata , alhamdulillah pengakhirnya .
Selesai sudah luahan rasa Insan Biasa ,
Sehingga berjumpa di entry lain pula :)



Gemuruh Jiwa , Semangat Membara !
Teruskan semangat yang membara , jangan kerna result anda kecewa selamanya . Masa depan anda masih ada :)


Today My Life Begins .
Anggaplah keputusan anda pada hari ini sebagai ,
Permulaan Hidup Anda yang Baru menuju 
Menara gading untuk masa hadapan :)

No comments:

Post a Comment