Powered By Blogger

Sunday, October 2, 2011

Pantai

PANTAI YANG TENANG !

Assalamualaikum dan Salam Satu Blogger ^_^
Kawan - kawan apa khabar ? Harap - harap semua sihat ?
Mesti kawan - kawan pelik kan ? PMR nak dekat tapi saya masih boleh update blog saya kan ? Dah nama tekanan perasaan , jadi kena la luahkan . Eh , silaplah , saya perlu luahkan rasa rindu di hati ini .

HEHE , rasa rindu dekat siapa ? Bukanlah dekat siapa tetapi pada apa . Kawan - kawan nak tahu ke apa benda yang saya rindukan ? Hurwm , kalau kawan - kawan nampak tajuk entry saya , mesti kawan - kawan akan tahu apakah benda yang menyebabkan saya rindu sangat sampai perlu update blog ni . Yela , lepas ni blog ni akan saya biarkan sampai bersawang kerana saya sibuk mengahadapi PMR .

Okay , sambong cerita . Kalau nak diikutkan , hampir setiap tahun saya akan mengikuti lawatan dengan sekolah . Dia seperti rombongan untuk bercuti la . Tiap - tiap tahun mesti ada percutian dan selalunya dua kali . Selalunya percutian tersebut akan melibatkan kawasan yang berpantai seperti Port Dickson dan Pulau Pangkor *percutian tahun lepas*

Tetapi pada tahun ini , tak ada satu pun aktiviti percutian yang dijalankan . Walhal pada setiap tahun mesti ada pada pertengahan tahun serta akhir tahun . Oleh sebab itu , saya tidak dapat ke Pantai pada tahun ini .

Oh PANTAI ~ Saya rindukan awak . Terutama pantai di Pulau Pangkor . Kenapa saya paling rindukan pantai di Pulau Pangkor ? Kerana pantai tersebut memegang seribu memori yang indah serta pahit .

Pantai Pulau Pangkor jugalah yang telah menolong rakan karibku melupakan seseorang . Pantai tersebut sangat membantunya menghilangkan perasaan tersebut sehingga dia ceria kembali . Saya ingat lagi , di saat rakanku itu menangis dan mengadu kepadaku lalu saya berkata : Sabarlah H , kau tahan dulu perasaan kau ni . Nanti kat P.Pangkor , kau buang perasaan tu jauh - jauh . Biar perasaan tu hanyut dibawa arus ombak .

Ternyata , apa yang saya serta rakan - rakan yang lain kata membuahkan hasil buat rakan karib saya itu . Rakan karib saya berjaya menghilangkan perasaan itu apabila kami basuh dia di Pantai itu . Terima kasih PANTAI .

Tetapi , tahun ini tak ada satu pun percutian lagi . Apabila kami sudah seperti bersemangat kerana cikgu kata akan ada percutian tetapi tiba - tiba dibatalkan . OH PANTAI YANG KU IDAMKAN ~
Saya tidak kisahlah pantai di mana - mana pun , yang pasti saya saya ingin pergi serta rindu akan pantai sekarang .

Seringkali saya rindukan pantai jika angin bertiup sepoi - sepoi bahasa dan langit cerah seakan - akan berada di pantai . Aduh , rasa ingin berada di Pantai semakin membuak - buak . Eh , lupa nak bagitahu , kenapa saya tiba - tiba nak cakap pasal pantai kan ? Sebab , sedang saya bersms dengan rakan karib saya , tiba - tiba dia cakap pasal pantai . Apalagi , saya pun tiba - tiba rindukan pantai !

Akhir bulan ini , saya akan pergi ke pantai . Hajat saya tercapai tetapi rakan - rakan karib saya tiada kerana percutian yang saya pergi ini merupakan percutian untuk Jamuan Akhir Tahun bagi Kelab Kaunseling dan Kerjaya . Saya berharap agar akan ada percutian bagi KRK iaitu kelas saya .

Kalau ada , dapatlah saya meluangkan masa - masa yang terakhir bersama rakan - rakan karib saya *cakapmcmdhnakmatije* . Bukanlah mendoakan maut tetapi masa - masa terakhir di sini saya maksudkan ialah barangkali percutian itu merupakan kali terakhir kami bersama kerana tahun hadapan kami bukan lagi kelas KRK serta akan ada yang pergi meninggalkan sekolah kosas .

HUH ! Sudahlah , saya cuma berharap agar ada percutian hujung tahun ini . Saya berharap sangat agar dapat ke pantai bersama - sama rakan - rakan saya . Moga - moga cikgu sudah merancang sesuatu untu percutian akhir tahun untuk tahun ini .

Assalamualikum , Selamat Sejahtera dan Selamat Malam Semua .
Tidur nyenyak :))
Jangan lupa basuh kaki sebelum tidur . Take Care 



Enjoy this Video :D

No comments:

Post a Comment