Powered By Blogger

Monday, October 10, 2011

Tanggungjawab !

Assalamualaikum pembuka bicara , mendoakan kalian sejahtera di hati yang sederhana ini .
Post kali ini bukan apa - apa , sekadar menyatakan TANGGUNGJAWAB diriku sahaja .
Saya doakan kawan - kawan sihat walafiat di samping orang yang anda sayangi . Saya baru baik demam hari ni . Selamat demam satu hari je .



Responsibility atau tanggungjawab merupakan sesuatu yang dipikul oleh setiap orang . Jadi , tidak salah bukan jika saya ingin jalankan tanggungjawab saya ?
Dengan ini , saya ingin menyatakan bahawa tanggungjawab saya untuk PMR telah tamat . Kini , saya hanya perlu berdoa agar keputusan cemerlang akan dapat saya kecapi . Saya YAKIN saya mampu mencapainya kerana saya sudah berusaha sehabis baik .

Meskipun PMR telah tamat dan saya kini bergelar calon PMR yang merdeka dan hanya menanti waktu keputusan keluar , tidak bermakna tanggungjawab saya untuk menuntut ilmu juga tamat . "TUNTUTLAH ILMU SAMPAI KE NEGERI CINA"
Kata - kata itu saya pegang kerana ilmu itu penting . Ilmu itu tidak pernah habis untuk diterokai , bahkan kita tidak mempunyai waktu yang banyak untuk menuntutnya kerana ajal , maut , jodoh serta takdir berada di tangan Allah . Islam juga menggalakkan umatnya menuntut ilmu . Tidak kira ilmu fardu ain mahupun fardu kifayah .

Selain tanggungjawab menuntut ilmu , terdapat juga tanggungjawab lain yang perlu kita jalani seperti tanggungjawab sesama umat Islam yang bersaudara , tanggungjawab sebagai anak bahkan sebagai kawan . Saya hanya ingin meluahkan rasa kecewa apabila saya ikhlas untuk membantu seorang rakan kerana saya rasa ianya tanggungjawab saya sebagai rakan apatah lagi kami se-Agama tetapi dia seolah - olah tidak mahu menerima pertolongan saya .

Saya faham apa yang dia alami merupakan sesuatu yang berat tetapi seberat manapun masalah kita , Allah swt tetap ada untuk mendengar rintihan hati kita . Kita hanya perlu untuk berdoa kepada-Nya dan Allah swt akan mendengar kita . Ini tidak , masalah berat dan rasa tidak mampu menghadapinya , dia mengambil jalan mudah dengan perasaan ingin bunuh diri sama ada terjun bangunan atau mengelar tangan kita sendiri .

MasyaAllah , beginilah remaja zaman sekarang . Bukan begitu caranya . Kita masih ada agama dan mana - mana agama juga melarang penganutnya melakukan sedemikian . Saya sedih serta terkilan apabila nasihat saya bahkan tawaran saya untuk menjadi rakan tidak kira ketika susah mahupun gembira tidak diterima . Bahkan dia diam seribu bahasa .

Sudahlah , saya tidak faham dengan dia . Saya ikhlas , tidak mengharap apa - apa balasan pun tetapi dia tidak ingin berkawan kerana takut terjadi sesuatu yang buruk kerana dia berasa dirinya akan membawa malang terhadap setiap orang yang berada dekat dengannya .
Perkara seperti itu tidak ada bahkan tidak wujud . Semua itu mainan syaitan sahaja . "Setiap yang terjadi sudah ditentukan oleh Allah SWT sejak Azali lagi bahkan setiap yang terjadi ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya "

Ya Allah , aku memohon kepada-Mu , kau bukakanlah pintu hati kawanku itu agar dia tidak
terus - terusan melakukan laranganMu dan bukakanlah pintu hatinya agar menerima nasihat ku ini kerana sesungguhnya aku hanya sebagai perantara diriMu dan dia . Amin .

Sekian sahaja post dariku Insan Biasa .
Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera buat umat sekelian alam .

No comments:

Post a Comment