Powered By Blogger

Thursday, October 13, 2011

Hidup Umpama Pelarian

Pelarian merupakan orang yang lari daripada ditangkap atas kesalahan yang dilakukannya . Macam orang dah kena tangkap dan masuk penjara tetapi melarikan diri selepas itu dan hidup sebagai pelarian .


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sebagai pembuka kata di petang yang indah lagi terang untuk aktiviti termenung di angkasa lepas tetapi saya memilih untuk update blog saya yang sederhana ini . Hari ni , saya nak cuba update blog saya dengan membuat cerita . Harap kawan - kawan enjoy dengan cerita saya ni :)


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Aku merupakan lepasan PMR bagi tahun 2011 . Peperiksaan Menengah Rendah yang telah berakhir pada 10 Oktober 2011 merupakan detik yang paling indah kerana semua beban yang aku tanggung sudah habis . Keesokan harinya , aku dan kawan - kawan telah pergi outing di Ampang Point . Kami keluar rumah pada pukul 11 pagi dan pulang ke rumah pada pukul 4 petang .


Ketika outing , kami ada juga berbual dan bertanya pendapat antara satu sama lain .
"Wei , korg semua nak datang sekolah ke esok ? "
"Kalau datang sekolah , ada aktiviti apa ? "
Setelah berbual , semua decide nak pergi sekolah kerana semua berfikiran kalau datang , boleh enjoy berbual dan membaca novel yang baru beli tadi .


Malang tak berbau , sangkaan kami tersasar jauh sama sekali . Pada keesokan harinya iaitu Rabu , 12 Oktober 2011 , kesemua pelajar Tingkatan 3 telah dikumpulkan di dewan sekolah bagi program Lepasan PMR . Cikgu kata , program tersebut akan berlangsung selama tiga minggu ! Tiga minggu ? Bermaksud sampai tamat sekolah . Aduh , hancur musnah segala harapanku untuk berbual dan have fun dengan kawan di dalam kelas .


Walaupun bosan di dalam dewan , keesokan harinya iaitu Khamis , saya tetap datang ke sekolah . Namun , pada hari Khamis iaitu hari ini , hidup saya seolah - olah pelarian . Mengelak daripada Cikgu Disiplin kerana tidak berada di dalam dewan . Dari awal pagi iaitu dari pukul 7.30 sehingga 9.50 pagi , saya duduk di dewan .


Walaupun duduk di dalam dewan tetapi saya langsung tidak mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti yang mereka lakukan . Saya terus - terusan layan buku cerita Mr.Midnight .
Kemudian , loceng berbunyi menandakan waktu rehat . Saya keluar agak lambat dari dewan kerana pening kepala . Pening kepala gara - gara perut lapar sebab tak makan malam pada hari sebelumnya .


Kemudian , apabila sudah keluar , saya berjalan agak perlahan sehingga tidak sedar yang mak angkat saya juga berada di sebelah saya . Dia juga bertanya kenapa saya tidak melibatkan diri . Bukan apa - apa , seperti yang telah saya nyatakan , saya nak baca buku dan tidak larat untuk melibatkan diri kerana pening kepala . Lagipun , saya tak makan lagi .


Selepas rehat iaitu pada pukul 10.15 pagi , hidup saya sebagai PELARIAN pun bermula . HUHU ^^ Selepas saya selesai makan , saya dan kawan - kawan tidak masuk semula ke dewan tetapi duduk di Pusat Sumber Sekolah dan membaca buku di situ . Cuma saya , Yai , Edy dan Naj sahaja di PSS . Pelajar tingkatan 3 yang lain berada di dewan untuk mendengar ceramah tentang remaja .


Di saat berada di PSS , saya takut sangat . Andai kata ada Cikgu disiplin yang masuk dan tangkap kami , naya je nasib kami . Takut sangat ada kat dalam PSS tu tetapi cikgu - cikgu yang nampak kami di situ pun buat tak tahu je dengan kami . Tak kisahlah dengan itu , tetapi yang paling saya tak tahan , apabila Yai dan Edy keluar , mesti mereka nampak Guru Kelas kami . Mak angkat saya pun mereka nampak . Mujur tak ditangkap , kalau tidak naya je .


Sedang saya asyik membaca komik , saya terdengar satu suara yang amat saya kenali . Apabila saya toleh ke belakang , ternyata sangkaan saya benar . Mak angkat saya berada di dalam PSS . Apalagi , cuaklah saya kerana mak angkat saya juga Cikgu Disiplin sekolah saya . Lepas itu , saya beritahu kepada junior form 2 yang ada dengan saya supaya memberitahu gerak - geri mak angkat saya itu . 


Saya juga sedang mencari di mana Yai , Edy dan Naj pergi . Mereka tidak muncul - muncul . Saya pula dah cuak kerana takut ditangkap . Mula - mula , mereka kata 'dia' dah pergi . Nasib saya tak bangun lagi kerana mereka kata , 'dia' patah balik . Selepas dia keluar , saya terus bangun dan rupa - rupanya , Yai , Edy dan Naj dah nampak 'dia' dulu . Itu sebab mereka lari dulu dan tidak sempat nak warning saya .

Tidak mengapalah , janji saya tidak kena tangkap . Muahhaha =,=

Aduh , esok kena pergi sekolah lagi . Nasib baik nak kena pulangkan buku SPBT .
Kalau tidak , jadi PELARIAN lagilah saya esok . xD
Sekian .


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


HAHA XD
Jadi , apa komen kalian dengan cerita saya ?
Harap kalian faham isi kandungan cerita saya . Sampai di sini sahaja update saya kali ini . Sekian dan terima kasih sudi membaca cerita saya .

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .

2 comments:

  1. haha . Itulah pasal . Tiap ary lari masok library . X nk dok dewan nye pasal ~

    ReplyDelete